Salah satu penyakit berbahaya yang kerap kali menyerang kaum wanita adalah kanser payudara. Sememangnya ia menjadi satu igauan ngeri dan ketakutan untuk insan bernama perempuan. Kanser payudara dapat dikesan dan mungkin boleh diubati sekiranya mendapatkan rawatan dari awal.

Kanser payudara mempunyai beberapa peringkat. Di dalam perkongsiannya di laman Facebook, Dr Zubaidi Hj Ahmad berkongsi tentang rawatan yang boleh dibuat pada penghidap kanser payudara peringkat satu.

RAWATAN KANSER PAYUDARA PERINGKAT SATU
.
Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur menjadi sel yang bahaya dan mudah merebak. Ia boleh menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Ia juga boleh menyebabkan kematian.

Artikel Menarik: [Minum Ais Guna Mulut Bukan Saluran Lain. Macam Mana Boleh ‘Becak’ Di Kawasan Sulit]

IKLAN

Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar susu atau saluran kelenjar susu. Sementara ketumbuhan yang tidak berbahaya dinamakan tumor, terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal yang tidak bahaya dan tidak merebak.

Tengah Mandi & Baring, Belek Payudara. Kalau Ada Ketulan ‘Lain Macam’ Cepat Jumpa Doktor
Seorang wanita itu sendiri dapat mengesan kanser payudara apabila mula menyedari bahawa terdapat bengkakan dalam payudaranya bersama tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan. Ini mungkin tanda permulaan kanser payudara. Di samping itu terdapat juga bengkakan kelenjar di ketiak yang abnormal.
.
Untuk mendiagnosis kanser payudara, doktor akan melakukan pemeriksaan mamografi atau MRI payudara. Peringkat kanser payudara ditentukan mengikut sifat sel atau tahap pembiakan (proliferasi).

Tengah Mandi & Baring, Belek Payudara. Kalau Ada Ketulan ‘Lain Macam’ Cepat Jumpa DoktorArtikel Menarik: [Jangan Rushing Nak Hamil Semula Selepas Gugur. Rehatkan Rahim Sepenuhnya Sebelum ‘Bawa’ Bayi Semula]

IKLAN

Peringkat 0 atau tumor kanser di tempat asalnya (karsinoma in situ) dikira sebagai risiko kanser payudara tanpa kehadiran penyakit itu sendiri. Karsinoma lobular in situ atau LCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam kelenjar payudara. Karsinoma duktal in situ atau DCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam duktus payudara.
.
Peringkat I merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak.
.
Peringkat II merujuk kepada kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke kelenjar di ketiak.

Tengah Mandi & Baring, Belek Payudara. Kalau Ada Ketulan ‘Lain Macam’ Cepat Jumpa Doktor
Peringkat III ialah di mana ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke kelenjar ketiak; atau telah merebak ke kelenjar di dalam tulang dada.
.
Peringkat IV merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada.
.
Rawatan bergantung kepada ciri-ciri atau kelas kanser payudara. Biasanya pada peringkat I, rawatan yang diberikan ialah pembedahan dan diikuti dengan radioterapi, atau salah satu rawatan ini. Ini bergantung kepada jenis sel kanser payudara itu. Kemoterapi tidak diperlukan.

IKLAN

Artikel Menarik: [Ada Lendir Jernih Pada Faraj, Tandanya Sedang Subur Dan ‘Ready’ Untuk Hamil]

Rajin-rajinlah buat pemeriksaan pada payudara. Ia tidak sukar dibuat dan anda boleh lakukan sendiri. Bagi yang mungkin masih keliru dengan cara pemeriksaan payudara yang betul, boleh rujuk video di bawah ini:

https://www.youtube.com/watch?v=biTZmXL0Nu8

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI