Tidak dinafikan bila usia bayi sudah masuk enam bulan, ibu sudah mula teruja untuk mencuba kesemua jenis makanan pejal baik bubur atau beraneka puri untuk diberikan kepada anak. Terujaan itu perlu namun mak ayah jangan gopoh dan tergesa-gesa untuk mencuba semua jenis makanan buat bayi kita.

Menurut Dr Ahmad Luqman Bukhari, anak memerlukan masa untuk mencuba kesemua jenis makanan ini. Malah ketika cuba memperkenalkan makanan pejal untuk anak juga perlu ada caranya agar ibu dapat mengenal pasti samada satu-satu jenis makanan itu bersesuaian dengan anak mahupun tidak.

Ada baiknya ibu ayah hadam kesemua langkah dan ilmu yang dikongsikan oleh beliau sebagai panduan sebelum memperkenalkan makanan pejal pada anak.

Baca: Kalau Terpaksa Bawa Anak Keluar Rumah Tolong Pakaikan Face Mask Jika Usia Lebih 2 Tahun!

Walau Umur Bayi Dah Cukup 6 Bulan, Tak Perlu Tergesa-Gesa Cuba Semua Makanan Pejal, Ikut Langkah Tepat!


Aduh! Saya tahu ada mak ayah yang excited habis nak ajar baby makan bila dia masuk umur 6 bulan tapi tolonglah jangan tergesa-gesa sangat. Seram bila tengok segala jenis buah dan sayur nak disuapnya terus kat budak tu.

Bila suap macam-macam makanan sekaligus, kita takut tak sempat nak detect kalau-kalau baby tak serasi dan ada alahan dengan makanan tu.

Nanti tiba-tiba je kulit budak tu naik ruam dan gatal-gatal. Ada yang sampai mata, bibir atau lidah membengkak, muntah-muntah dan kadangkala menangis teruk langsung tak dapat dipujuk. Malangnya kita pun tak pasti dia alah dengan apa sebab dah banyak jenis makanan diberi sekaligus.

Walau Umur Bayi Dah Cukup 6 Bulan, Tak Perlu Tergesa-Gesa Cuba Semua Makanan Pejal, Ikut Langkah Tepat!

IKLAN

4 Perkara Perlu Kenal Pasti Sebelum Beri Anak Makanan Pejal

Bukan mudah nak perkenalkan satu-satu jenis makanan pada anak kita. Perlu ada caranya supaya apabila anak menunjukkan alahan atau kurang serasi dengan makanan yang diberikan itu, ibu sudah punya jawapan pada semua persoalan. Jadi hati-hati.

Sebab tu bila nak perkenalkan makanan kat bayi kita, ada beberapa benda penting ni yang mak ayah kena tahu:

Walau Umur Bayi Dah Cukup 6 Bulan, Tak Perlu Tergesa-Gesa Cuba Semua Makanan Pejal, Ikut Langkah Tepat!

✅ Masa umur baby 6-8 bulan, tu sebenarnya ialah tempoh transition dari susu ke makanan pelengkap. Kita nak bagi baby kenal rasa dan tekstur makanan selain susu.

IKLAN

Bukan nak bagi kenyang tau. Baby masih lagi perlukan susu ibu sebagai makanan utama.

✅ Guna teknik 4 days rule. Kita kenalkan satu jenis makanan je pada bayi selama 4 hari berturut-turut.

Mudah kita nak kesan takut-takut makanan tu belum serasi dengan perut si comel sampai dia sembelit atau ada alahan hingga timbul tanda-tanda allergy macam yang saya ceritakan tadi.

Walau Umur Bayi Dah Cukup 6 Bulan, Tak Perlu Tergesa-Gesa Cuba Semua Makanan Pejal, Ikut Langkah Tepat!

✅ Tak apa je kita bagi baby bubur nasi yang tawar, puri sayuran hijau yang ada rasa pahit serta puri buah yang ada rasa manis dan masam.

IKLAN

Tapi jangan sekali-kali campurkan dengan garam atau gula dalam makanan tu sebab kesian makanan dia tawar dan pahit. Kita tak nak baby kita besar nanti jadi anak yang memilih makanan.

Walau Umur Bayi Dah Cukup 6 Bulan, Tak Perlu Tergesa-Gesa Cuba Semua Makanan Pejal, Ikut Langkah Tepat!

✅ Usah risau kalau baby tak nak makan banyak masa peringkat ni. Sebenarnya 1-2 sudu besar tu pun dah cukup bagus.

Mana yang tengah bersiap tunggu kelahiran cahaya mata tu pun, dah boleh mula belajar ilmu nak bagi anak makan ni tau. Nanti bila sampai masanya tak adalah kita terbuat silap.

Harapnya lebih ramai pasangan yang akan dapat manfaat dari ilmu ni.

Dr Ahmad Luqman Bukhari.

Baca: Bila Anak Menangis Tengok Badut Kita Gelak Sebab Comel, Jangan Pandang Remeh Atau Sengaja Menakutkan Anak!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI