“Walaupun mungkin saya tidak punya anak…” – begitulah luahan ikhlas penyanyi dan pelakon popular, Amira Othman, apabila ditanya tentang kesediaannya memikul tanggungjawab sebagai ibu tiri kepada anak perempuan Fattah Amin dan Nur Fazura iaitu Fatima.

Baru sahaja bergelar isteri, Amira kini melangkah ke fasa baharu kehidupan. Bukan sekadar menjadi seorang isteri, tetapi turut menerima amanah besar untuk mendampingi seorang anak kecil yang sudah pun menjadi kesayangan ramai.

Status Ibu Tiri Bukan Bebanan

Dalam satu perkongsian bersama mStar, Amira mengakui beliau tidak melihat status ibu tiri sebagai satu bebanan, sebaliknya ia adalah lumrah dalam kehidupan berumah tangga. Katanya, apabila memilih pasangan, apa sahaja latar belakang dan tanggungjawab yang datang bersama harus diterima dengan hati yang terbuka.

“Mungkin Saya Tidak Punya Anak…” – Amira Othman Terima Amanah Sebagai Ibu Tiri Fatima
Amira Othman

“Pada saya siapa pun yang saya pilih, tak kira status atau keadaan seseorang itu saya perlu terima. Walaupun mungkin saya tidak punya anak, tapi ada benda-benda lain yang saya harus terima,” jelas Amira penuh yakin.

Ads

Doa Jadi Isteri & Ibu Yang Baik

Amira turut menambah bahawa amanah ini bukanlah mudah, tetapi beliau percaya setiap langkah akan dipermudahkan dengan izin Allah. Baginya, fasa baharu dalam hidup harus ditempuh dengan penuh doa dan kesabaran.

“Apa yang pasti setiap fasa baharu itu harus dilalui dengan baik. Mudah-mudahan dapat jadi isteri yang baik,” katanya lagi.

Ads

Kata-kata ini menunjukkan betapa Amira mahu melaksanakan peranan baharunya bukan sekadar sebagai isteri, tetapi juga seorang ibu tiri yang prihatin dan penyayang buat Fatima.

Majlis Pernikahan Sederhana Penuh Bermakna

Sekadar info, Amira dan Fattah telah selamat diijabkabulkan dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung pada malam Ahad di Sepang, Selangor. Majlis sederhana tetapi penuh bermakna itu menjadi saksi penyatuan dua hati yang kini melangkah ke alam rumah tangga.

Ads

“Mungkin Saya Tidak Punya Anak…” – Amira Othman Terima Amanah Sebagai Ibu Tiri Fatima

Inspirasi Buat Ramai Wanita

Kisah Amira ini memberi inspirasi kepada ramai wanita yang berada dalam situasi serupa. Peranan ibu tiri sering kali dianggap mencabar, namun dengan keikhlasan, doa dan kesabaran, hubungan yang harmoni pasti dapat terjalin. Kehadiran ibu tiri bukan untuk mengganti, tetapi untuk menambah kasih sayang dalam sesebuah keluarga.

Dengan niat yang tulus dan doa yang tidak putus, Amira yakin amanah ini adalah sebahagian daripada rezeki yang Allah aturkan dalam kehidupannya.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads