Walaupun dalam keadaan sarat hamil, tetapi Isteri kepada pelakon Remy Ishak tetap menemani suaminya dan bersenam bersama-sama.
Ezza Yusof sering memuatnaik video dia dan suami bersenam bersama-sama untuk kekal sihat dan cergas. Ada sesetengah netizen memuji dia kelihatan comel dan kagum bentuk badannya masih dapat dikekalkan walaupun dalam keadaan hamil.
Aktiviti seperti ini bagus untuk ibu yang hamil kerana dapat membantu menguragkan risiko menghidap pra-eklampsia selain itu, mengeklakan kecergasan juga boleh membantu mengelakkan kencing manis semasa hamil. –Portal Myhealth
Terdapat pelbagai jenis makanan yang boleh diamalkan oleh ibu hamil untuk menambah darah jika ada anemia. Maklum sahajalah, rata-rata ibu hamil kebanyakannya diuji dengan masalah masalah kekurangan hemoglobin (Hb) darah.
Anda perlu prihatin dengan masalah ini kerana boleh menbahayakan diri dan kandungan. Hal ini kerana kandungan darah anda tidak mengandungi sel darah merah yang cukup untuk membawa oksigen bagi keperluan tisu badan sendiri dan pembentukan bayi. Lebih daripada itu, ia boleh komplikasi serius yang lain seperti kelahiran bayi pramatang, bayi kurang berat badan dan mungkin boleh mengalami perkembangan yang lewat.
Antara simptom yang biasa ditunjukkan termasuklah pening kepala, lesu, kelihatan pucat, sesak nafas dan sering berasa sejuk atau kebas pada tangan. Jadi, atasi masalah anemia yang dihadapu dengan mengamalkan makanan tambah darah ini.
1. Jambu batu
Anda sangat disarankan untuk memperbanyakkan pengambilan buah-buahan kerana kebanyakannya mengandungi vitamin C. Vitamin ini boleh membantu penyerapan zat besi ke dalam tubuh. Menurut kajian, buah jambu batu memiliki kandungan Vitamin C dua kali lebih banyak daripada oren.
2. Tembikai
Tembikai yang kaya dengan vitamin A ini merupakan makanan penambah darah yang kurang diketahui ramai. Selain daripada terkenal sebagai makanan yang membantu memperbaiki kesihatan mata, vitamin A yang ada di dalam tembikai sangat berkesan untuk meningkatkan jumlah sel darah merah. Hal ini kerana ia dapat membantu zat besi dalam hemoglobin ‘mengikat’ oksigen.
3. Buah-buahan kering
Jadikan kismis, kurma, prun, aprikot, buah tin dan buah kering yang lain sebagai kudapan setiap hari ketika hamil. Buah-buahan kering ini dapat membantu menambah darah kerana memiliki kandungan zat besi yang amat baik untuk meningkatkan Hb dalam darah.
4. Sayur berdaun hijau
Sayur-sayur yang mengandung zat besi yang tinggi adalah daripada jenis berdaun hijau. Antaranya bayam. Selain itu, brokoli, kangkung, sawi juga ada zat besi yang boleh membantu ibu hamil mengelakkan risiko anemia.
5. Ikan
Ikan mengandung asid lemak Omega-3. Antaranya salmon yang boleh meningkatkan bacaan Hb anda ketika mengandung kerana ia turut mengandungi vitamin B12 untuk pembentukan sel-sel darah.
Bagi yang gemar telur ikan pula, ia juga bagus kerana mengandung nutrisi berkhasiat sepert protein, karbohidrat dan zat besi yang boleh membantu dalam menaikkan bilangan hemoglobin.
6. Daging merah
Berbanding daging putih (ayam atau burung), daging merah daripada kambing, kerbau dan lembu lebih kaya dengan protein dan mengandung banyak zat besi serta mineral lain termasuk vitamin A, D, K, B2, B3, B6 dan B12; asid amino, Omega-3 dan selenium yang diperlukan oleh ibu hamil. Kesemua mineral ini mampu meningkatan hemoglobin dengan cepat.
Walau bagaimanapun, daging merah juga tinggi kandungan lemaknya berbanding daging putih. Oleh itu, elakkan pengambilan daging berlemak dan jangan ambil secara berlebihan karena ia boleh meningkatkan risiko kesihatan yang lainnta pula.
7. Kuning telur
Telur mengandung protein, kalsium, vitamin dan zat besi. Kuning telur sangat berkesan sebagai makanan menambah darah. Cuba amalkan pengambilan telur secara teratur dua kali sehari.
8. Roti dan bijirin berserat tinggi
Roti dan bijirin berserat tinggi seperti beras merah memiliki kandungan karbohidrat, serat semula jadi dan zat besi untuk meningkatkan sel-sel darah. Selain itu, roti jagung, pasta, bijirin penuh serat (whole grain) juga baik untuk ibu hamil menangani anemia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon dan penyanyi kesayangan ramai, Ayda Jebat berkongsi khabar gembira buat para peminat apabila mendedahkan dirinya kini sedang hamil anak ketiga. Perkongsian manis itu dibuat menerusi akaun Instagram miliknya, sekali gus mencuri perhatian warganet dan rakan artis yang tidak putus-putus menitipkan ucapan tahniah.
Ayda, atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 33, memaklumkan dirinya kini hamil empat bulan. Sebagai seorang selebriti yang aktif, berita ini nyata membuatkan ramai teruja kerana sebelum ini Ayda masih kelihatan lincah dan ceria menguruskan kerjaya serta keluarga.
Hantaran yang dibuat Ayda segera dibanjiri doa dan ucapan manis, termasuk daripada rakan artis rapat, Mira Filzah yang pernah bergandingan dengannya dalam drama Mandul Bukan Pilihan. Mira dengan nada berseloroh menulis,
“Awak rahsiakan dari kami ya. Tapi saya gembira jadi antara yang pertama tahu. Kalau tak, memang saya tak bagi Elhan (watak Ashraf Muslim) campak-campak awak. Tahniah, jangan nakal-nakal okey.”
Ayda yang terkenal dengan sifat ramah dan mesra, membalas dengan penuh kasih sayang, “Maaf sayang, saya terpaksa. Kalau tak mesti kalian tak bagi buat dramatik. Insya-Allah semuanya okey. Sayang kamu semua.”
Untuk rekod, Ayda mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan pengacara, Nabil Mahir pada tahun 2020. Pasangan ini sudah dikurniakan dua cahaya mata, Ana Nayla yang kini berusia empat tahun serta Aali Mateen yang berusia dua tahun. Kini, kehadiran anak ketiga pastinya menambah keceriaan rumah tangga mereka.
Bagi ibu-ibu, kehamilan anak ketiga biasanya membawa pengalaman berbeza. Walaupun tubuh sudah terbiasa dengan proses kehamilan, tanggungjawab mengurus dua anak kecil serentak boleh menjadi cabaran. Namun, sokongan pasangan serta keluarga menjadi kunci utama untuk memastikan ibu hamil kekal positif dan sihat sepanjang tempoh mengandung.
Berita gembira ini bukan sahaja mengundang senyuman buat peminat, malah memberi inspirasi kepada para ibu bahawa setiap anak adalah rezeki yang tidak ternilai. Semoga kehamilan Ayda dipermudahkan dan bayi yang bakal lahir nanti sihat serta menjadi penyeri keluarga kecil mereka.
✨ Tahniah sekali lagi buat Ayda Jebat dan Nabil Mahir!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah diucapkan buat pengacara, Yaya Zahir yang mengumumkan hamil anak pertama yang kini sudah pun berusia enam bulan.
Menerusi Instagramnya, Yaya yang cukup petah berkata-kata ini memuat naik video kehamilan itu.
Kongsi Yaya menerusi satu perkongsianya, dia pada mulanya merasakan dirinya terkena jangkitan virus Covid-19 kerana ketika itu dia baru sahaja pula dari urusan kerja di luar negara.
Namun kebimbangannya berganti kegembiraan sebaik mengetahui dirinya hamil pada Ogos tahun lalu.
“Ogos tahun lalu saya ada kerja di New York, waktu disana Daiyan Trisha tegur saya kenapa makan banyak sangat, tapi saya macam anggap itu bukan benda pelik sebab saya memang kuat makan.
“Kemudian sehari selepas balik New York saya macam nak demam, saya fikir simptom COVID sebab baru balik travel jauh kan. Malam hari itu badan saya menggigil.
“Keesokan paginya saya ada shooting, tapi sebelum pergi kerja saya tergerak hati nak ambil pregnancy test, walhal tak terfikir apa pun ketika itu.
“Sekali check betul saya pregnant, Alhamdulillah sekarang dah masuk usia enam bulan,” katanya berkongsi.
Mengidam makanan Korea
Pengacara cantik dan berbakat ini juga rupanya sanggup terbang jauh ke Seoul, Korea semata-mata kerana terlalu teringin menikmati makanan Korea di sebuah restoran di sana.
Tidak hanya sekali, bahkan ketika lawatan itu, Yaya turut mengunjunginya sebanyak enam kali sepanjang berada di sana.
“Yang paling aneh saya pergi Korea semata- semata sebab mengidam nak makan dekat sebuah restoran yang saya minat sangat di daerah Myeongdong
“Bulan November saya pergi dengan kawan rapat saya iaitu Adriana. Beli tiket pun sangat urgent, tiga hari sebelum. Sebab craving sangat saya makan sampai enam kali dekat restoran itu.
“Morning sickness lain macam biasa, muntah- muntah, pening dan penat macam kebanyakkan orang mengandung,” tambahnya.
Semoga kehamilan Yaya dipermudahkan hingga detik melahirkan bayinya kelak.
Terdahulu, Yaya mendirikan rumah tangga bersama pasangannya, Arriz Azim pada Ogos 2019. Pasangan ini kini cukup teruja menanti kelahiran cahaya mata sulung mereka.
Pil perancang hamil juga? Ketahui punca pil perancang gagal, bila kesuburan kembali selepas berhenti merancang serta tempoh subur bagi setiap kaedah perancang kehamilan.