“Walid & Mama Tunggu Kakak Bangun” Perlukan Bantuan Ventilator, Doakan Ainul!

Share

“Doakan kesembuhan Ainul.” Begitu kongsi ayah adik Ainul Mardhiah yang kini sedang bertarung melawan sakitnya.

Anak hebat dan kuat kesayangan rakyat Malaysia ini kini sedang berjuang untuk dirinya sendiri selepas mengalami jangkitan kuman.

Melalui facebook bapanya, Ahmad Safiuddin, bapa yang sentiasa kuat diuji ini turut memohon doa dari seluruh rakyat Malaysia buat Ainul terus bangkit berjuang.

Malah mengharapkan anak sulungnya itu terus kuat berjuang seperti selalu.

“Bangun dan lawan, kakak.

“Walid dan mama sayang kakak, kami tunggu kakak bangun, lawan dan menang seperti selalu,” tulisnya menerusi Facebook.

Melalui perkongsian Instagram ibunya tengah hari tadi, Ainul dikhabarkan berada dalam keadaan tenat selepas jangkitan kuman yang sudah mula merebak.

Semuanya bermula selepas Ainul muntah dan cirit birit dalam masa sehari manakala hari kedua pula keadaan Ainul semakin tidak bermaya.

Anak kecil yang terus mendapat perhatian ramai ini juga kemudiannya terus di bawa ke hospital dan kini dikhabarkan berada di PICU.

Sementara itu bapa Ainul juga turut memohon doa dari semua agar anak kecil ini terus kuat melawan serangan yang agak kuat dirinya malah kembali sembuh seperti biasa.

“Mohon doakan Ainul Mardhiah kami bangkit melawan serangan yang agak teruk kali ni.

“Ainul dirawat di PICU sekarang, perlukan bantuan ventilator.

“Doakan juga Allah swt bimbing, berikan jalan dan mudahkan urusan doktor dan jururawat yang sedang merawat ainul sekarang,” doanya lagi.

Ainul Mardhiah, anak sulung pasangan Ahmad Safiuddin dan isterinya, Nurul Erwani Zaidi ini terus sentiasa didoakan oleh orang ramai agar kuat melawan tubuhnya. Rata-rata ramai yang memberikan kata-kata semangat buat kedua-duanya untuk terus memberikan kekuatan buat Ainul.

Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.

Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN