Penggunaan walker perlu difikirkan semula. Kalau niatnya nak latih anak berjalan, ibu ayah perlu fahami risiko-risiko ini.

Ramai ibu bapa yang mempunyai bayi sudah tidak sabar untuk melihat perkembangan si kecil. Apatah lagi untuk membantu proses untuk anak dalam mencapai pelbagai peristiwa penting perkembangan(developmental milestones).

Tetapi sejauh mana perkara-perkara yang dikatakan membantu dalam perkembangan, seperti walker kanak2 contohnya, benar-benar membantu? Bukan sahaja itu malah adakah ianya SELAMAT untuk digunakan?

Menurut AAP(American Academy of Paediatrics) yang melakukan kajian terhadap penggunaan walker kanak-kanak ini, berdasarkan pelbagai kajian yang melibat pelbagai umur anak, jenis walker dan sebagainya, mereka telah membuat kesimpulan dan menyarankan penggunaan walker utk kanak-kanak ini DIHARAMKAN atas beberapa faktor. Antaranya:

1) TIDAK MEMBANTU SI KECIL BELAJAR BERJALAN

Ianya terbukti TIDAK membantu dalam membuat kanak2 tersebut belajar berjalan hasil daripada penilaian BERATUS RIBU kanak2.

2) LAMBATKAN PROSES BELAJAR

Penggunaan walker juga sebenarnya turut MELAMBATKAN proses belajar berjalan kerana si kecil itu kurang mendapat motor and sensory tactile stimulation(mereka tidak bergerak sendiri tapi dibantu oleh walker)

3) KECEDERAAN OTAK/ KEPALA

Berisiko untuk mengalami kecederaan terutamanya kecederaan otak/kepala. Paling banyak sekali kes yang berlaku turut melibatkan berdekatan dengan tangga rumah, walaupun yang mempunyai pagar tangga untuk menghalang sikecil. Tidak kira dari atas atau bawah tangga.

IKLAN

4) RISIKO TERCEKIK

Risiko choking hazard (tercekik mainan) kerana kebanyakan walker ini turut dilengkapi dengan permainan kecil yang mampu tercabut atau rosak secara mekanikal.

5) 3 JUTA KECEDERAAN PELBAGAI JENIS

Kajian juga menunjukkan sebanyak 3 juta kecederaan pelbagai jenis yang dialami akibat penggunaan walker. Kajian juga mendapati bilangan ini sebenarnya lebih tinggi iaitu 10 KALI GANDA sebab tidak semua kes direportkan atau mereka tidak mendapatkan rawatan.\

6) BAYI CEDERA WALAU PUN DI BAWAH PEMANTAUAN 

Pelbagai kes kecederaan tetap juga berlaku walaupun terdapat pemantauan orang dewasa! Didalam bilik atau kawasan rumah. Sebabnya walker ini kadang kala digunakan sebagai babysitting equipment(penjaga buat kerja, dia biarkan kanak2 tersebut dalam tu walker tu)

IKLAN

7) STANDARD BERBEZA

Standard yang berbeza yang digunakan oleh pengeluar baby walker ni jugak menjadi masalah besar untuk memastikan keselamatan penggunaan dari segi size, ketahanan, hazards walker tersebut.

8) TIDAK BELAJAR DUDUK, MERANGKAK & BERJALAN LEBIH AWAL

Berdasarkan kajian antara kanak2 yg menggunakan baby walker dan mereka yang tidak(kumpulan kawalan), mereka yang TIDAK menggunakannya sebenarnya belajar duduk, merangkak dan berjalan LEBIH AWAL. Mereka juga turut mendapat pencapaian perkembangan yang lebih tinggi berdasarkan penilaian Bayley yang menilai perkembangan mental mereka.

***

Oleh itu, seeloknya anda menilai benefit vs risk(manfaat dan risiko) penggunaan baby walker untuk cahaya mata anda. Semestinya ambil keputusan berdasarkan fakta dan kajian yang sahih!

IKLAN

Rujukan:

– Kauffman IB, Ridenour M
(1977) Influence of an infant walker on onset and quality of walking pattern of locomotion: an electromyographic investigation.Percept Mot Skills 45:1323–1329.

– Fazen LE III,Felizberto PI
(1982) Baby walker injuries.Pediatrics 70:106–109

– Kavanagh CA,Banco L
(1982) The infant walker: a previously unrecognized health hazard. Am J Dis Child136:205–206.

– Rieder MJ,Schwartz C,Newman J
(1986) Patterns of walker use and walker injury. Pediatrics 78:488–493

– Chiavello CT,Christoph RA,Bond GR
(1994) Infant walker-related injuries: a prospective study of severity and incidence. Pediatrics 93:974–976

– Ridenour MV
(1982) Infant walkers: developmental tool or inherent danger. Percept Mot Skills55:1201–120

– Morrison CD,Stanwick RS,Tenenbein M
(1996)Infant walker injuries persist in Canada after sales have ceased. Pediatr Emerg Care 12:180–18

Sumber: Root Of Science

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI