Baru sahaja pulang dari bermain pantai di Desaru bersama anak dan isteri, namun siapa menyangka itulah momen terakhir bersama anak kecil itu.

Anak kecil yang baru berusia dua tahun, Gibran Alfarizqi maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 57.2 Lebuhraya Senai-Desaru, Bandar Penawar, petang semalam.

Bapanya, Aizat Istamuel Amir Hamzah, 30 berkongsi rasa kehilangan itu malah mahu pemandu yang terbabit bertanggungjawab di atas perbuatan itu.

Katanya, disebabkan kecuaian dan kelalaian seseorang, anak tunggalnya itu pergi meninggalkan dirinya dan isteri, Farida Kurnianingsih, 36.

“Pagi semalam saya bawa isteri dan anak main pantai di Desaru. Gibran sangat gembira main pantai dan beritahu dia seronok main dengan mama dan papa.

“Lihatlah anak saya, masih kecil, masih belum sempat mengenal dunia. Terlalu singkat waktu bersama ibu bapanya. Terlalu singkat gelak tawa, tangisan dan permintaan dari dia.

“Wang Ringgit Boleh Ganti Tapi Anak Saya…” Anak 2 Tahun Meninggal Dunia, Bapa Mohon Kesan Pemandu Tak Bertanggungjawab!

” Harta, wang ringgit semua boleh diganti. Tapi, anak saya. Satu-satunya anak saya, tiada gantinya. Saya kehilangan anak yang saya cintai dan isteri saya kritikal patah di pelbagai anggota badan.

IKLAN

“Awak telah merampas hidup anak saya. Saya harap awak yang menyebabkan kemalangan ini sedar dan bertanggungjawab,” katanya berkongsi rasa sayu dan pilu.

Mohon individu tampil bantu siasatan

Berkongsi detik hitam itu, akuinya dia melihat sebuah kenderaan berwarna hitam yang memotong terlalu rapat namun tidak lepas dan melanggar kenderaan lain termasuk keretanya.

Justeru itu, Aizat memohon bantuan sekiranya ada individu yang mempunyai rekod atau rakaman ketika kejadian tampil membantu.

“Sebelum kemalangan saya melihat sebuah kenderaan berwarna hitam atau gelap memotong terlalu rapat dengan kereta dari arah bertentangan sehingga mereka mengelak dan terbabas melanggar saya dan kereta di belakang.

IKLAN

“Saya mohon bantuan jikalau ada sesiapa yang ada dashcam atau lain-lain bukti atau saksi untuk tampil ke Balai Trafik Kota Tinggi,” katanya.

“Wang Ringgit Boleh Ganti Tapi Anak Saya…” Anak 2 Tahun Meninggal Dunia, Bapa Mohon Kesan Pemandu Tak Bertanggungjawab!

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Hussin Zamora berkata, punca kemalangan disyaki memotong kenderaan tidak lepas.

“Nombor kenderaan tidak diketahui kerana kelima-lima kenderaan hilang kawalan akibat mengelak antara satu sama lain dari arah bertentangan.

“Polis dalam usaha mengesan saksi kemalangan membabitkan lima kereta yang mengorbankan kanak-kanak lelaki.

IKLAN

“Saksi kejadian diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi, Inspektor Amirul Mustakim Mustaza di talian 017-479 3329 bagi membantu siasatan,” katanya.

Kalau kau rajin dan gigih macam aku, maka selamat mencuba.

Menarik: Nama Pendek & Sweet, Mia Ahmad Kongs Nama Buah Hati Terbaru, Senang Nak Sebut!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Sumber: Harian Metro

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI