Wanita wajib mengambil tahu tentang kewujudan pelbagai penyakit yang mungkin boleh menyerang mereka serta cara-cara penjagaan kesihatan diri agar terhindar daripada menghidapinya. Menurut Pakar Sakit Puan terkenal, Datuk Dr Hamid Arshat, hari ini semakin ramai wanita yang menderita sakit akibat kerosakan rahim pada usia muda.
Penyakit ketumbuhan dalam rahim, fibroids dan adenomyosis pada suatu ketika dulu menimpa wanita-wanita umur 40-an. Zaman sekarang dalam umur 20-an tahun pun sudah mengidap penyakit tersebut. Malah ada yang amat besar tumbuhan tersebut.
Wanita Elak Rahim Rosak Di Usia Muda
Penyakit berkaitan dengan rahim juga ada kaitan dengan pemakanan. Maka sebab itulah kaum wanita perlu menjaga pemakanan sejak dari kecil lagi. Makanan yang kita makan antara penyumbang pelbagai jenis penyakit.
Berikut antara penyakit-penyakit berkaitan dengan rahim.
Adenomyosis
Bagi adenomyosis, tanda pertama ialah senggugut sering didahului dengan penyakit endometriosis.
Dalam endometriosis, tisu-tisu darah haid (endometrium) tumbuh di luar rahim. Adenomyosis tisu-tisu tersebut tumbuh dalam otot rahim.
IKLAN
Tanda-tanda lain ialah perdarahan yang banyak dan/atau berpanjangan.
Adenomyosis telah merosak seluruh rahim.
Gejala-gejala ialah sukar hamil, mandul dan sering gugur.
Fibroids pula sering tiada tanda, tiada gangguan atau gejala. Malah ramai wanita yang hamil dan melahirkankan anak tanpa gangguan.
Banyak yang dikesan secara kebetulan waktu pemeriksaan untuk tujuan lain.
Ada juga yang mengalami perdarahan, kesakitan, keguguran, sukar hamil, gangguan-gangguan kencing dan buang najis.
Fibroid, bulat tumbuhannya, disekelingi capsule. Kurang kerosakkan pada tisyu otot lain.
Datuk Dr Hamid Arshat Pesan Jaga Pemakanan Dari Kecil
Fakta Penting
Kedua-dua jenis tumbuhan tersebut ada faktor baka, ertinya jika emaknya mengidap penyakit tersebut, anak-anakp erempuan ada risiko. Berwaspada!
IKLAN
Jika anak-anak gadis mengalami senggugut, gangguan pendarahan dan edaran haid, elok buat ultrasound scan perut untuk mengesan masalah peranakan dan ambil langkah-langkah awal untuk mengawal dan mencegah.
Ajar, pupuk dan sematkan tabiat makan yang baik sejak dari kecil lagi. Jadi sangat penting mengambil pemakanan yang berzat dan berkhasiat. Didik anak-anak makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Kawal dan cegah makanan fast dan junk food. Ramai ibu-ibu ambil jalan mudah bila anak-anak menangis, merengek atau merajuk mereka pujuk dengan memberi junk food.
Kesan buruk ialah kegemukan anak dan kelemahan imuniti anak-anak menyebabkan mereka ditimpa berbagai penyakit.
Mari kita amalkan tabiat makan yang terbaik, mulakan dari anak-anak kecil lagi.
Hati ibu ayah mana tidak luluh bila selepas 17 hari bertarung nyawa, bayi yang baru berusia 4 bulan akhirnya pergi buat selama-lamanya meninggalkan yang tersayang semuanya.
Reda dengan ujian Allah, namun masih merindui pemergian anak tersayang. Masih terbayang-bayang wajah comelnya yang merengek manja membuatkan air mata seorang ibu tumpah semula.
“Baru 3 hari Adam Fahmy pergi..Ya Allah terasa rindu sangat…” itu luahan hati Puan Zaiemah Zainol yang baru kehilangan anak tersayang pada 27 Jun lalu.
DALAM KENANGAN..
AL-FATIHAH ADAM FAHMY BIN MOHD HAFIZ 14 Feb 2018 – 27 June 2018 umur 4 bulan 13 hari
Hanya diri ini yang tau betapa peritnya bila Anak Syurga ini pergi dalam keadaan melawan sakit dek kerana adenovirus pneumonia with multiorgan failure dan jangkitan kuman gram negative septicaemia..kuman septicaemia ini doktor dapat detect pada hari Allah ambil Adam Fahmy..patut lah bila Adam Fahmy kena tambah darah je..darah asik keluar tak benti2..Allah..kuatnya anak melawan sakit
Selama 17 hari ibu menjaga Adam Fahmy semasa di hospital..ibu nampak betapa peritnya Adam Fahmy melawan sakit..
Semasa bleeding melalui mulut dan hidung dan semasa perut membesar mengening dengan tompok-tompok darah di lapisan kulit kerana doktor kata pembuluh darah dah pecah..dgn tangan lebam-lebam kesan dari cucuk ambil darah bagai..
Ubat jangan cakap la macam-macam ubat antibiotik doktor kasi dari yang biasa hingga yang kuat..dalam hati ibu memang tak setuju dengan antibiotik kuat semua tu sebab semua tau kan buah pinggang Adam Fahmy masih baby lagi susah nak proses..
Banyak juga nama-nama ubat ibu catit tuk simpanan ibu..tapi dah tu cara doktor ikhtiar untuk hapuskan virus dan kuman-kuman..tapi virus dan kuman-kuman tu tetap tak nak mati..kaki tangan bengkak dan keras berkerisik sebab dah lama baring..ibu rasa sangat sedih..sangat marah pada virus dan kuman-kuman tu..tapi dah itu yg tertulis tuk Adam Fahmy..
Ibu tau Adam Fahmy kuat lawan virus tu..kira lama juga Allah pinjamkan Adam Fahmy kepada ibu tuk ibu jaga Adam Fahmy semasa sakit..sangat bersyukur Allah bagi peluang ibu jaga Adam Fahmy..
Adam Fahmy bertarung nyawa melawan adenovirus pneumonia..sangat terkesan di hati ibu..semasa Adam Fahmy sakit tiap hari ibu baca yassin tuk Adam Fahmy..Sekarang bila Adam Fahmy dah tak ada tiap kali lepas solat ibu akan baca yassin tuk Adam Fahmy..tiap kali baca yassin itu lah menitis air mata mengenang keadaan Adam Fahmy semasa derita melawan sakit..
Sebenarnya ibu tak sangka adenovirus akan ragut nyawa Adam Fahmy sebab mulanya hari 1st admit Adam Fahmy.. ibu tgk Adam Fahmy tak seteruk hari ke 5 admit..tapi tu semua dah tertulis..ibu redha dengan ketentuan ilahi..
Hari ke-12 di wad PICU
Ibu bangga Adam Fahmy kuat lawan virus hingga akhir hayat..Adam Fahmy HERO ibu,abi dan kakak2..
pengajaran buat ibu…walaupun ibu tak bawa Adam Fahmy ke tempat-tempat orang ramai pun..jika bawa ke hospital kerap sangat pun akan dapat macam-macam kuman..bak kata doktor disebabkan Adam Fahmy kerap keluar masuk hospital kemungkinan Adam Fahmy dapat kuman atau virus dari hospital..teringat lagi kata-kata seorang doktor tu..
Pada 27hb pukul 11pagi semasa doktor inform ibu..anak ibu semakin tenat kita dah tambah platelet tapi masih lagi bacaan rendah dan kita tambah darah merah masih lagi bacaan rendah..bleeding makin banyak..jika bleeding makin banyak akan efek semua organ..tapi kita akan cuba buat yang terbaik..jika jantung Adam Fahmy tiba-tiba berhenti ibu nak kita buat CPR atau tak??kesan dari CPR tulang Adam Fahmy akan patah..masa tu ibu terus menangis..
Selepas inform kepada abi Adam Fahmy..abi ckp better buat CPR jika tak buat takut kita menyesal..tepat jam 7malam pada 27hb doktor inform jantung Adam Fahmy makin slow sikit demi sedikit..
Lebih kurang 7.20mlm doktor inform jantung Adam Fahmy dah berhenti..doktor buat CPR then tunggu setengah jam jantung Adam Fahmy masih lagi tak berdegup..then doktor tunggu setengah jam lagi still tak berdegup juga…then doktor datang kepada ibu abi..
tepat jam 8.20mlm doktor inform kita dah cuba sebaik mungkin tapi Allah lebih sayangkan Adam Fahmy…innalillahhiwainnailaihirojiun.. Anak syurga ibu pergi buat selama-lamanya..
“Jumpa mu di pintu syurga,” Ibu
Bagi ibu-ibu di luar sana kena alert bila anak-anak demam panas tak kebah-kebah walaupun makan ubat, batuk-batuk kering tapi berkahak, nafas laju, mata merah, cirit birit asal menyusu je berak najis cair dan badan lemau..antara tanda-tanda adenovirus..
Ajal maut di tangan tuhan..doktor hanya merawat Allah yang menentukan segala-galanya..
Alhamdulillah berakhir sudah penderitaan Adam Fahmy selama 17hari..bersemadilah anak syurgaku dengan tenang di sana..tunggu ibu,abi dan kakak-kakak di pintu syurga..
TERIMA KASIH kepada semua yang mendoakan Adam Fahmy dan mengucapkan takziah kepada ibu..insyaAllah ibu akan kuat demi anak-anak yang lain..tahun 2020 nanti moga Allah bagi pengganti Adam Fahmy..amin..Adam Fahmy cukup bermakna di hati ibu..ibu sayang Adam Fahmy
Sakit tak kalau nak sunatkan bayi lelaki awal-awal?.. Tak sampai hatilah tengok kecil-kecil dah sunat.” Ini antara dialog ibu bapa yang rasa serba salah untuk sunatkan anak lelaki pada usia awal.
Namun bagi sesetengah ibu bapa, memilih untuk bersunat awal lebih mudah penjagaannya dan cepat sembuh berbanding apabila menunggu anak dah besar.
Bagi ibu bapa yang masih lagi berkira-kira untuk sunatkan bayi lelaki, panduan yang dikongsikan oleh seorang ibu, Puan Izzati Awanis Kushairi ini sangat lengkap infonya.
SUNATKAN BAYI LELAKI
Sekarang ni kan musim cuti sekolah AKA musim sunat untuk budak laki. Yes, i know, Kamal Danish nanti tak ada pengalaman bersunat dengan kawan-kawan sebab dah sunat masa bayi.
Bagaimanapun, ramai yang nak tau proses sunat dan jaga luka macam mana, susah ke senang. Jadi untuk pertama kali ni saya nak kongsi pengalaman jaga Kamal Danish sunat.
Muka sebelum sunat. Mama yang berdebar-debar.
Moga perkongsian ni dapat menjawab soalan-soalan yang terbuku di hati ibu ayah yang nak sunat bayi lelaki masing-masing.
Saya memang dah bercadang nak sunatkan Kamal Danish masa dia bayi. Kamal Danish sunat ketika usia 3 bulan.
Kenapa saya nak sunat anak masa baby? Sebab banyak manfaat, manfaat sunat masa baby ni boleh google ye, saya nak kongsi pengalaman saya dulu.
Ketika proses bersunat
Kamal Danish bersunat kat Klinik DR HASBI menggunakan kaedah clamping.
1) USIA?
Saya sunat pada usia 3 bulan, anak saya masih belum pandai bergolek. Jadi senang la nak jaga sebab anak baring je sepanjang masa.
2) PEMAKANAN?
Ni senang. Sebab masa ni, Kamal Danish cuma menyusu badan sahaja. Jadi segala ‘pantang’ makanan, mama yang kena pantang.
3) KENCING?
Untuk penjagaan selepas sunat, doktor nasihatkan untuk biar togel untuk anginkan luka supaya cepat baik.
Saya cuba pakai Waterproof Bed Pad yang macam hospital pakai tu dengan harapan, bila anak kencing, saya hanya perlu tukar lapik.
Tapi, bila dia kencing, bukan padding yang basah, mama yang basah, dan muka dia sendiri yang basah. Kami betul-betul kena kencing macam air fountain.
Jadi akhirnya kami ambil keputusan, masa recovery bersunat, saya bagi anak pakai pampers XXL sebab tak nak anak terpancut muka sendiri lagi dan tak nak luka terlalu tertutup. Bagi ada ruang kiri kanan untuk angin keluar masuk. Setiap kali kencing/berak, setiap kali tu tukar pampers sebab saya imagine moist=bacteria.
4) CUCI?
Ok. Yang ni unik sikit. Bila anak kencing, air kencing keluar ikut corong (refer gambar yang ada arrow). Klinik memang bagi syringe untuk cuci kencing. Jadi, bila nak cuci, kita kena cuci pakai syringe.
Air kencing keluar ikut corong ni.
Cara saya, saya tembak air bersih dalam corong dan alirkan air kencing keluar dari corong. Saya tembak air bersih ke dalam corong beberapa kali sampai yakin bersih. Lepas tu baru letak ubat.
5) UBAT?
Ubat ada 3 jenis. Yang pertama, ubat sapu (iodin). Ikutkan kena sapu. Sapu kat dalam dan sapu kat luar.
Tapi, disebabkan corong tu terlalu kecik dan nak sapu bahagian dalam corong pakai cotton bud pun susah, jadi, saya main tembak je iodin ke dalam corong. Gelek-gelek sikit, bagi iodin kena kat semua tempat, then alirkan keluar.
Bahagian luar corong senang, sapu dengan cotton bud je. Yang kedua, ubat tahan sakit. Kalau anak nampak macam sakit, bagi ubat tahan sakit. Ubat tahan sakit ni, doktor ubat paracetamol pink yang bau sedap tu. Hanya bila perlu.
Yang ketiga, antibiotik. Antibiotik bancuh. Pun bau sedap jugak. Kenapalah ubat orang tak sedap macam ubat budak.
6) BUKA CLAMPING DEVICE
*rujuk gambar*
Lepas lima hari, nombor 1 dan 3 boleh bukak sendiri. Tinggalkan yang nombor 2.
Masa mandikan baby, rendam dalam bath tub, nombor 2 akan tanggal sendiri.
7) HARGA?
Saya buat tahun December 2019. Masa tu harga RM250 sekali ubat.
Harap perkongsian ini dapat membantu ibu bapa yang nak sunatkan bayi lelaki.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Apa nak buat bila anak demam? Pertama sekali ibu bapa jangan terlalu risau. Bertenang dan cuba ambil tindakan yang betul.
Kalau macam masih teragak-agak, cuba panduan yang Dr Erna Nadia kongsikan ini untuk kita praktikkan.
Demam biasanya terjadi apabila
1.anak anak terkena jangkitan kuman ( samada virus atau bakteria),
2.apabila anak anak nak pandai buat sesuatu ( sebab badan menjadi agak stress sedikit).
3.apabila bermain panas terlalu lama
4.apabila terkejut akan sesuatu perkara contoh jatuh katil ( badan jadi stress sikit)
5.selepas kena cucuk ( badan nak berinteraksi dengan ubat)
Setiap rumah wajib ada termometer. Belilah yang elok sikit supaya kita tak tersalah tengok suhu badan anak kita. Takpa berbelanja lebih sikit untuk benda yang perlu dan penting kan.
Check suhu anak
Suhu yang normal adalah 36-37.4 darjah celsius. 37.5-37.9 adalah subfebrile (demam sikit) 38.5 dan ke atas dikira demam tinggi.
Jika suhu anak melebihi 38.5 darjah celsius, seeloknya bagi anak ubat punggung (dapat nasihat doktor). Tapi kalau tak yakin dan tak tahu dose, bagi ubat demam biasa dan lap lap anak-anak atau mandikan dia.
Seeloknya bagilah ubat demam 6-8 jam sekali. Periksa semula suhu anak setengah jam selepas ubat diberikan.
Jika suhu menurun, alhamdulillah. Kemudian wajib pantau.
Jika tidak, tengok keadaan dia. Nampak biasa atau luar biasa. Buka semua baju dia.
Jangan pakaikan anak pakaian yang tebal atau stoking bagai. Pakaikan baju yang nipis dan berlubang lubang kecil tu. Biarkan haba panas keluar.
Bolehkah mandikan anak dengan air sejuk?
Boleh tapi seeloknya mandikan atau lap lah menggunakan air suam suam biasa. Kesian lah anak tu kejung sebab sejuk sangat nanti.
Apa yang kita perlu risau sewaktu anak demam?
1. Anak aktif ke tak?
2. Anak boleh makan ke tak?
3. Kalau tak boleh makan, dia boleh minum atau tidak?
4. Ada nafas laju atau nafas bunyi tak?
5. Ada muntah dan cirit tak?
6. Ada buang air besar tak?
7. Pampers anak basah tak? ( biasanya kita tukar pampers 5-6 jam sekali kan, jadi bila tukar tu kita tengok, basah ke tak)
8. Anak merengek tak?
9. Bunyi dan cara bernafas anak pelik tak sewaktu tidur?
10. Anak anda respon dengan baik atau biasa tak?
11. Anak anda tarik (sawan) tak?
12. Ada ruam-ruam atau tidak?
Jika ada simptom simptom seperti di atas, tolonglah bawa anak anda ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Kalau demam tinggi atau demam melebihi tiga hari, darah akan diambil untuk kita ketahui punca demam.
Ada masanya darah susah nak dapat sebab salur darah anak menjadi sempit akibat dehidrasi ( kurang air) dan sebab itu sekali cucuk tak dapat.
Janganlah terus melulu marah doktor atau misi atau penolong pegawai perubatan cucuk dua tiga kali.
Bolehkah terus bagi antibiotik kepada anak?
Tak boleh. Wajib periksa darah dahulu samada perlu mulakan antibiotik atau tak.
Dan tolonglah buang antibiotik yang dah lepas. Anda wajib makan antibiotik mengikut dose dan cukupkan seminggu. Kalau ada lebihan, sila buang.
Boleh kah bagi ubat punggung saja sebab anak susah nak makan ubat?
Takboleh.
Ubat punggung diberikan bila suhu melangit sahaja dan tidak boleh melebihi dua kali sehari atau melebihi tiga hari.
Ianya menurunkan suhu badan dengan cepat jadi agak berbahaya jika diberi jika suhu tidak tinggi mana.
Bolehkah anak minum air kelapa sewaktu demam?
Boleh. Cuma jangan berlebihan.
Bolehkah anak minum 100plus sewaktu demam?
Tak boleh. Minuman bergas adalah tidak bagus untuk kanak-kanak atau orang dewasa.
Yang tiada gas pun tak boleh sebab 100plus mengandungi kandungan elektrolit yang tinggi dan menyebabkan dehidrasi menjadi lebih teruk.
Bolehkah bagi aiskrim time anak demam?
Boleh. Ianya untuk melegakan tekak sahaja. Membuatkan tekak anak menjadi sedikit kebas supaya dia berasa sedikit selesa untuk makan.
Jangan paksa jika dia tak mau makan nasi. Bagi apa yang dia nak makan.
Seeloknya benda yang lembut dan sejuk macam puding atau agar-agar. Dapat bagi sup pun dah ok.
Jangan paksa jika anak tak mahu menyusu. Cuma perlu pastikan dia mahu minum air masak.
Pantau pampers dia. Jika dah tukar 2 kali pun masih kering, bawalah anak berjumpa doktor.
Dehidrasi adalah merbahaya kerana boleh membawa maut.
Bila dah jadi ibu bapa, memang jarang nak dapat tidur yang empuk dan lena.
Periksa suhu dan keadaan anak malam malam.
Biasanya suhu badan anak akan melangit bila tengah malam sampai ke subuh. Jika suhu melebihi 38.5, bagilah ubat punggung (dapat nasihat doktor dulu). Periksa balik suhu anak selepas setengah jam atau sejam.
Ingat, jika anda rasa anak anda pelik, bawa sahaja untuk diperiksa.
Insha Allah, anak-anda akan sihat jika langkah awal diambil.
Bolehkah kalau nak bagi air jampi sahaja?
Hurm boleh bagi air jampi tapi eloklah kita tahu dahulu apa punca demam anak kita. Janganlah semua pun nak dikaitkan dengan jin.
Bolehkah bagi supplemen pada anak anak?
Sebolehnya tak perlu dan janganlah membazir.
Demam menunjukkan sistem imunisasi anak anda bekerja dengan baik kerana memberikan tindak balas terhadap perubahan badan.
Biarkan imun badan dia menjadi kuat secara natural. Dia kan sedang membesar.
Kita dulu dulu pun mak ayah kita rilek saja. Sekarang ni yang macam macam nak disumbat mulut anak.
Jangan risau sangat ok. Dan tolonglah jangan membazir.
مَا أَنْزَلَ اللهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً
“Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali Dia juga menurunkan penawarnya.”
(HR Bukhari).
Anak yang sihat adalah anak yang mendapat makanan yang sihat, gembira ceria dan aktif.
Ibu dan bapa mana yang tidak gembira bila melihat prestasi anak-anaknya yang mampu menguasai pelbagai subjek dengan baik di sekolah. Satu kebanggaan atas usaha selama ini.