Bila negara sedang alami krisis yang berdepan dengan virus sebegini, sedikit sebanyak pasti timbul rasa cemas dalam diri masing-masing. Ini kita yang sihat, apatah lagi ibu-ibu yang bakal melahirkan. Pasti ada yang rasa risau nak hadapi saat kelahiran ketika seluruh negara bahkan seluruh dunia sedang bergelut dengan virus Covid-19.

Pertama sekali tenangkan diri kerana kita mempunyai kakitangan kesihatan antara yang terbaik di dunia. Jadi ibu-ibu hamil yang sedang menunggu hari jangan terlalu memikirkan hingga sampai boleh jadi stress.

Perkongsian yang dibuat oleh Anies Surianie menceritakan pengalaman dirinya bersalin dalam fasa covid-19 ini diharap sedikit sebanyak dapat memberikan maklumat yang diperlukan buat ibu lain yang sedang menunggu hari.

Wanita Tunggu Hari Nak Bersalin Tak Perlu Gusar, Ibu Ini Kongsi Pengalaman Bersalin Musim Covid-19. Patuhi Arahan Semua Beres!

Menurutnya, sebelum tiba hari lagi dia memang telah dipesan oleh jururawat Klinik Kesihatan apabila bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia perlu bersiap sedia dengan kawalan ketat dari pihak hospital.

 Bersalin dalam fasa PKP Covid19

 Alhamdulillah dah hampir seminggu selamat melahirkan anak kedua. Saya rasa terpanggil untuk share pengalaman bersalin dalam #fasaconvid19 sekarang ni.

IKLAN

Start je Perintah Kawalan Pergerakan tempoh hari, nurse KK dah pesan kena bersiap sedia dengan kawalan ketat dari pihak hospital.

  1. TIADA PENEMAN DALAM LABOUR ROOM

    Walaupun beranak anak pertama, kedua atau keberapa sekalipun suami atau waris tak boleh masuk teman. Suami/waris hanya boleh hantar dekat pintu wad bersalin sahaja. Be ready ye ibu² yang tengah menunggu hari. (Kalau boleh sediakan mask, kot² nurse hospital tempat awak suruh pakai sebelum masuk wad bersalin)

Ingat balik pesan nurse/doktor jangan panic. Kawal pernafasan, belajar curi nafas supaya tak mudah penat. Jangan nangis, jangan menjerit. Bagi perhatian apa yang nurse nak cakap masa dalam labour room tu. Sebab hanya nurse yang boleh tolong kita masa tu.

Suami hanya boleh tunggu depan pintu wad bersalin dan bersedia untuk azan atau iqamat anak depan pintu tu je. Langsung x boleh jenguk isteri dah masa ni.

Saya haritu hanya sorang nurse yg sambut baby. kebetulan sampai je dah penuh dalam LR lain, ada gang nak beranak skali. Hehe hanya katillah yg jadi tempat berpaut mencari kekuatan. Alhamdulillah, Allah permudahkan dua² ibu dan anak selamat.

IKLAN
  1. TIADA PENEMAN SIANG & MALAM DALAM WAD

    Sediakan barang baby & ibu secukupnya. Untuk labour room & dalam wad packing siap² nanti senang husband bawak je. Kalau ada gdm atau rasa² kena beranak emergency pun kena prepare awal².

Paling penting bersedia dengan banyak² BELAJAR CARA MENYUSU. Dalam wad nanti hanya SUSU IBU SENJATA UTAMA untuk tenangkan baby. Dah tak ada mak/suami disisi nak tolong tenangkan baby kalau ibu penat. Nasib baik nurse pesan letak tissue dalam pampers baby, senang nak tengok baby dah kencing ke tidak. Takde la ibu blur sangat masa tu.

Walaupun anak kedua, sangat struggle sorang². Nak urus diri sendiri lagi, nak jaga baby lagi. Saya rasa dah cukup kuat masa tu, tapi tiap kali bergerak menitik jugak la air mata. 😅 tambah² terkena rengat, rasa macam ada sorang lagi baby nak keluar.

  1. TIADA PELAWAT DIBENARKAN MASUK PAGI ATAU PETANG

    Kalau mak/suami nak kirim bekal makanan dari rumah kena past kat guard je. Beg² baju pun guard Yang tolong bawak masuk atau bawak keluar time nak discharge.

Nasib baik bersalin kt HTA, dapat lah jugak tengok muka suami ikut tingkap wad ibu & anak tu. Nak wat muka sedih tak sampai hati pulak, kita senyum jela tanda kita okey dah tak sabar nak balik #dudukrumah.

Buat ibu-ibu seperjuangan yang tengah menunggu hari, be prepared be ready. Bawak barang yg rasa betul² diperlukan secukupnya. Penuhkan ilmu menyusu didada. Jangan mengeluh gais. Kita kuat kerana kita wanita🙋‍♀️. Mintak suami & family doakan proses bersalin dipermudahkan.

IKLAN

Selamat berjuang!
#24March2020 #babyboy
#kitajagakita

Tahniah Pa&Ma ucapkan kepada Anies Surianie dengan kelahiran bayi lelakinya. Semoga ibu dan babynya ini diberikan kesihatan dan dipermudahkan segala urusan. Bagi ibu-ibu yang nak bersalin tak lama lagi, semoga perkongsian yang dibuat oleh Anies ini dapat memberikan gambaran apa yang bakal anda semua tempuhi bila nak bersalin nanti dan diharap semua lebih bersedia untuk bersalin ketika ini.

Sumber: Anies Surianie

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI