Mewah dengan coklat dan kekacang, pastinya biskut ini akan menjadi pilihan untuk hari raya nanti. Bukan itu je, jika mama buat biskut ala Ferrero ni, mesti anak-anak akan berulang ambil dalam botol.

Rasa biskut ini yang lemak butter dan disalut pula dengan coklat badam pasti buatkan sesiapa yang pertama kali makan akan terus jatuh cinta. Jika biskut Almond London tu bentuknya bujur, tapi untuk biskut Ferrero dibentukkan secara bulat.

Yang buatkan lain sikit dari Almond London kerana badam disalut sekali dengan coklat dan bila digigit, ada lagi kacang didalamnya. Memang rugi kalau tak buat. Bahannya pun mudah sangat.

Nak cuba buat, ini resipi yang dikongsikan oleh Faizah Arzmi.

Mewah Rasa Coklat, ‘Ferrero Cookies’ Pasti Buatkan Anak Tak Pandang Biskut Lain!

FERRERO COOKIES

Bahan-bahan:

250 gram buttercup

3/4 cawan gula kastor

IKLAN

1/2 cawan serbuk badam

1/2 cawan susu tepung

1 cawan nestum dikisar menjadi serbuk

2 sudu tepung jagung

2 sudu tepung beras

Tepung gandum (cap sauh) ikut sukatan doh.. 2 cawan lebih kot..(kalau doh lembik sangat, tambah tepung sikit-sikit yea sampai doh cantik boleh olah dengan baik.. Jangan terlalu banyak tepung, doh mudah keras dan pecah masa nak getel jadi bulat)

IKLAN

Kacang hazelnut biji.. Dibakar hingga rangup

Kacang nib Dibakar terlebih dahulu

Beryl’s Milk compound dicairkan

Cara membuatnya:

Pukul buttercup dan gula hingga kembang. Masukkan serbuk badam, susu tepung, nestum kisar, tepung jagung, tepung beras. Kacau dan masukkan tepung gandum sikit-sikit sehingga doh sebati cantik, mampu digentel dengan elok terletak.

Mewah Rasa Coklat, ‘Ferrero Cookies’ Pasti Buatkan Anak Tak Pandang Biskut Lain!

IKLAN

Bentukkan bulat doh, letakkan kacang hazelnut sebiji-biji. Bulatkan dan bakar sehingga masak..Bergantung oven masing-masing yea. Bakar sehingga doh garing sikit..(Untuk rangup)

Mewah Rasa Coklat, ‘Ferrero Cookies’ Pasti Buatkan Anak Tak Pandang Biskut Lain!

Sejukkan biskut.. Cairkan coklat beryl’s, masukkan kacang nib dalam coklat cair. Ambil biskut celupkan dalam coklat yang dah bercampur dengan kacang nib. Masukkan dalam papercup.

Mewah Rasa Coklat, ‘Ferrero Cookies’ Pasti Buatkan Anak Tak Pandang Biskut Lain!

Biarkn sehingga keras atau letak dalam freezer sekejap.. Siap!

Kredit: Faizah Arzmi

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI