Xandra Perlu Jalani Pemeriksaan Bibir Hingga Usia 18 Tahun. Lan Risau Anaknya Makin Lasak

Share

Penyanyi Lan Solo memberitahu anak keempatnya, Nur Amna Quxandra perlu menjalani pemeriksaan berjadual di hospital sehingga dia berusia 18 tahun.

Lan, 33, berkata pemeriksaan itu perlu bagi memastikan jahitan pada bibir anaknya itu berada dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah Xandra dah sepenuhnya sihat cuma belum pergi pemeriksaan selanjutnya sebab nak check bahagian atas lelangit bimbang jahitan terbuka atau merekah.

“Buat masa ini setiap bulan dia akan menjalani pemeriksaan doktor sehinggalah dia berusia 18 tahun,” katanya kepada mStar Online.

Xandra dilahirkan pada 24 Februari lalu dan selamat menjalani pembedahan masalah sumbing di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 31 Mei lalu.

Sementara itu, Lan berkata dia agak bimbang jika terdapat rekahan pada jahitan tersebut kerana ia berkemungkinan menyebabkan anaknya itu perlu dibedah buat kali kedua

“Kalau ada rekahan dan kesan jahitan naik, dia perlu menjalani pembedahan lain. Saya takut sebab dia sudah membesar, sekarang dah agak lasak dan bimbang jahitan itu tertarik.

“Kulit dia pun dah semakin menegang, tapi doktor beritahu kalau rekahan jahitan itu menganggu hidung memang kena operate lagi.

“Harap-harap tidaklah, tak sanggup nak tengok Xandra menjalani pembedahan lagi,” katanya.

Sumber: Mstar & Ig Lan Solo

IKLAN