Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Kami Nak Syed Dan Alhamdulillah…” Afifah Nasir Syukur Bakal Timang Bayi Lelaki

Pelakon cantik manis, Afifah Nasir dan suami tercinta Syed Hariz bakal menimang cahaya mata lelaki!
Dalam satu perkongsian penuh rasa syukur dan bahagia, Afifah meluahkan betapa besar nikmat yang dikurniakan Allah kepada rumah tangga mereka.
Afifah berkongsi khabar gembira apabila dia bakal menimang cahaya mata lelaki selepas memuatnaik video majlis pengumuman jantina atau ‘gender reveal’ yang dihadiri ahli keluarga.
Kongsi Afifah, biarpun mereka berdua pada mulanya tidak kisah akan jantina bayi mereka, namun jauh di sudut hati mereka secara diam-diam berharap bakal dikurniakan cahaya mata lelaki dan bersyukur Allah SWT makbulkan doa mereka.
A post shared by Afifah Nasir (@afifahnasir93)
“Sungguh menakjubkan bagaimana Allah mendengar perancangan anda. Hariz memberitahu saya, dia mahu 2024 hanya tentang kami, fokus antara satu sama lain dan InsyaAllah, mendapat bayi pada 2025.
Kami juga bercakap tentang jantina. Walaupun kami berdua berkata kami tidak kisah, jauh di sudut hati kami tahu, kami diam-diam mengharapkan anak lelaki. Kami mahukan Syed dan alhamdulillah, Allah makbulkan. Subhanallah.”-kongsi Afifah di Instagram
Perkongsian Afifah dibanjiri dengan ucapan tahniah serta doa netizen buat Afifah agar segala urusan ibu dan bayi ini ini dipermudahkan kelak.
Untuk rekod, Afifah dan Hariz mendirikan rumah tangga pada 5 Mei 2024 selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan.
Majalah Pa&Ma ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Afifah Nasir dan suami tercinta atas berita gembira ini. Semoga segala urusan dipermudahkan, dan bayi lelaki yang bakal lahir nanti menjadi anak soleh, penyejuk hati umi dan abinya.
Tak sabar nak lihat wajah si comel nanti! 💙
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!
“Baby Kuat Teman Mama.” Liza Hanim Bleeding Dan Alahan Teruk Untuk Kehamilan Anak Kelimanya

Penyanyi Liza Hanim berkongsi detik cemas ketika proses awal kehamilan anak kelimanya yang mana kandungannya kini dah masuk lima bulan.
Menurut Liza atau nama sebenar Haliza Hanim Abdul Halim, 38, dia mengalami pendarahan dan pernah dimasukkan ke hospital akibat simptom alahan yang teruk.
“Saya mengalami bleeding sebelum Konsert Dua Diva di Singapura, sampai kena masuk wad akibat muntah teruk sampai kekurangan air dalam badan.
“Alhamdullilah, walaupun kuat dugaan sepanjang kehamilan, baby kuat meneman mama dia menyanyi dan memenuhi undangan,” tulisnya di Instagram.
Penyanyi lagu Siapa Sangka Siapa Menduga ini mengumumkan kehamilan anak kelima selepas menjayakan Konsert Semalam Di Malaya yang diadakan di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur baru-baru ini
Liza mendirikan rumahtangga bersama bekas anggota kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Samsudin pada tahun 2003 dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan.
Sementara itu, Liza memberitahu kehamilannya kali ini merupakan anugerah dan rezeki yang cukup bermakna buat dirinya dan suami.
Liza turut meminta peminat mendoakan agar kandungannya sihat dan dia mampu meneruskan kerjaya seni seperti biasa.
“Sesungguhnya ini adalah rezeki dan anugerah terindah yang sungguh indah dan amat bermakna daripada Allah.
“Doakan saya sihat sehingga melahirkan nanti… time being, kerja tetap kerja!,” katanya.
Sumber: Mstar Online
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!
“It’s A Girl”. Mawar Rashid Umum Bakal Timang Anak Perempuan, Lengkap Sepasang!

Pelakon popular, Mawar Rashid yang sarat hamil 8 bulan hari ini memaklumkan jantina bayi keduanya. Menerusi saluran Youtubenya sebentar tadi, Mawar berkongsi sebuah majlis ringkas sempena mengumumkan jantina bayi itu kepada umum.
Majlis serba ringkas yang diadakan di The Penthouse KLCC itu khusus diadakan buat saudara mara dan kenalan terdekat itu cukup meriah dan gamat bila mana kesemuanya bersorak ketika Mawar memecahkan belon untuk mengumumkan jantina bayi keduanya.
Tema warna putih dan jingga melatari keseluruhan majlisnya. Ringkas tetapi cukup meriah.
“It’s a girl”.
Sorakan kuat saudara dan kenalan sebaik belon dipecahkan Mawar dan keluarga kecilnya menggamatkan suasana. Dalam pada itu juga, menerusi instagram miliknya, Mawar turut berkongsi video dan sekeping gambar bagi memberitahu video yang dikongsikannya di Youtube.
A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)
“Gender Revealed! Kali ni sumpah tak tak prank korang lagi.
“Betul-betul dah reveal. Click link kat Bio now,” kongsinya sambil memberitahu perkongsian videonya di Youtube.
Mawar juga turut berkongsi sebuah video pendek serta sekeping gambarnya bersama suami dan anak-anak ketika majlis berlangsung.
Dalam pada itu, Mawar juga turut mendoakan pasangan suami isteri lain agar turut dikurniakan rezeki zuriat sepertinya.
” Mawar doakan pada yang baru kahwin tu moga turut dikurniakan zuriat yang baik-baik, yang tak kahwin lagi, cepat-cepat kahwin,” kongsinya ringkas.
Pada majlis serba jingga itu, suami Mawar, Raf Yaakob turut sama membacakan doa agar isteri tersayangnya dipermudahkan urusan untuk bersalin kelak.
A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)
Terdahulu, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac 2019. Raf turut mempunyai dua orang anak, Rayyan dan Raysaa hasil perkahwinan bersama bekas isteri.
Semoga kehamilan Mawar dipermudahkan hingga proses bersalin kelak.
Artikel berkaitan: Makin Adik Nak Keluar, Makin Dia Manja, Rafael Makin Manja, Mawar Rashid Risau, Ramai Ibu Kongsi Pengalaman Sama!
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!


