Penyanyi Liza Hanim berkongsi detik cemas ketika proses awal kehamilan anak kelimanya yang mana kandungannya kini dah masuk lima bulan.
Menurut Liza atau nama sebenar Haliza Hanim Abdul Halim, 38, dia mengalami pendarahan dan pernah dimasukkan ke hospital akibat simptom alahan yang teruk.
“Saya mengalami bleeding sebelum Konsert Dua Diva di Singapura, sampai kena masuk wad akibat muntah teruk sampai kekurangan air dalam badan.
“Alhamdullilah, walaupun kuat dugaan sepanjang kehamilan, baby kuat meneman mama dia menyanyi dan memenuhi undangan,” tulisnya di Instagram.
Ads
Penyanyi lagu Siapa Sangka Siapa Menduga ini mengumumkan kehamilan anak kelima selepas menjayakan Konsert Semalam Di Malaya yang diadakan di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur baru-baru ini
Liza mendirikan rumahtangga bersama bekas anggota kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Samsudin pada tahun 2003 dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan.
Ads
Sementara itu, Liza memberitahu kehamilannya kali ini merupakan anugerah dan rezeki yang cukup bermakna buat dirinya dan suami.
Liza turut meminta peminat mendoakan agar kandungannya sihat dan dia mampu meneruskan kerjaya seni seperti biasa.
Bagi peminat sukan Badminton pasti cukup mengenai kegigihan pemain profesional beregu wanita dari Indonesia yang sering mengharumkan nama negara itu.
Kini selepas pencen secara rasmi, dua bulan selepas berehat, Greysia Polii mengesahkan dia kini hamil 6 bulan.
Berkongsi perkhabaran gembira itu kepada peminatnya di seluruh dunia, bekas atlit badminton yang disegani di Indonesia ini meluahkan rasa syukurnya kerana rezeki yang tidak terhingga itu.
“Dua bulan setelah pencen sebagai atlet profesional bulu tangkis, sekitar Agustus 2022, saya dan @felixdjimin menerima hadiah yang sangat indah dari Tuhan, sekarang kandungan sudah berusia 6 bulan,” kongsinya penuh bahagia.
Jika dahulu wajahnya sering muncul dengan gaya cukup tangkas bersama pasangan beregunya, Apriyani Rahayu, kini kehidupannya berubah sejak disahkan hamil.
“Dulu dunia mama hanya seputar bulu tangkis dan fokus menjadi seorang juara saja.
“Setelah mama menyatakan pensiun (pencen) dari bulu tangkis profesional, diumur mama yang sudah 35th (bukan usia yang produktif buat seorang wanita untuk mengandung – sekali lagi Tuhan menunjukan kesetiaannya terhadap manusia).
“Ternyata papa @felixdjimin dan mama tidak perlu menunggu lama untuk kehadiran kamu. Hanya 2 bulan, kamu hadir menjadi benih di perut mama. Mungkin kamu sudah gak sabar kali ya mau dilahirin.
“Sekarang setelah kamu bertumbuh dalam perut mama, buat mama, kamu adalah seorang juara. Mama jadi lebih mengerti lagi arti seorang juara sejati yang sesungguhnya. Kamu mengalahkan ribuan benih lain yang juga ingin berjuang mendapatkan kehidupan,” tulisnya lagi.
Malah kongsi Greysia Polli lagi, dia amat bersyukur dan mohon untuk terus mendoakan kehamilannya hingga detik melahirkan kelak.
“Kami sangat bersyukur untuk semua yang sudah mendoakan kami. Mohon terus doakan kami hingga hari persalinan nanti ya,” kongsinya lagi.
Perkongsian berita gembira mengenai kehamilan sememangnya antara detik paling bermakna buat pasangan suami isteri. Ada yang memilih untuk membuat kejutan istimewa kepada pasangan, manakala ada juga yang merakam reaksi ahli keluarga sebagai kenangan manis untuk disimpan sepanjang hayat.
Namun, dalam keterujaan menyambut khabar bahagia itu, aspek kebersihan tidak seharusnya dipandang ringan, terutamanya apabila melibatkan ibu hamil dan persekitaran rumah yang turut dihuni anak-anak kecil.
Kebelakangan ini, tular di media sosial trend ‘surprise’ menggunakan kit ujian kehamilan yang telah digunakan. Ada yang menyimpannya dalam kotak hadiah, mempamerkannya di rumah malah menjadikannya sebagai prop kejutan ketika berkongsi berita kehamilan.
Walaupun kelihatan manis dan kreatif, pengamal perubatan menegaskan bahawa tindakan menyimpan kit ujian kehamilan walaupun sudah dicuci boleh mengundang risiko jangkitan kuman yang tidak disedari.
Pengamal perubatan, Dr. Irma Izzati, tampil menegur amalan segelintir wanita yang memilih untuk menyimpan dan mempamerkan kit ujian kehamilan sebagai kenangan.
Menurut beliau, walaupun air kencing hanya disentuh sedikit ketika ujian dilakukan, alat tersebut tetap dianggap kotor dan tidak selamat untuk disimpan dalam jangka masa panjang.
“Faham gembira dengan keputusan hamil, tetapi janganlah sampai ambil alat tersebut, tunjuk, simpan dalam kotak atau lebih parah selitkan dalam pinggan makan.
Tahu tak ia sangat kotor sebab alat ujian itu sentuh air kencing, walaupun hanya celup sedikit dan cuci, masih kotor,” jelasnya.
Tambah Dr. Irma lagi, terdapat risiko percikan air kencing yang mungkin tidak dapat dilihat atau disedari ketika ujian dilakukan. Percikan ini berpotensi membawa bakteria dan kekal pada permukaan kit ujian kehamilan walaupun selepas dibasuh.
Situasi ini boleh menjadi lebih berisiko sekiranya kit ujian tersebut:
Menurut beliau, amalan menyimpan kit ujian kehamilan juga tidak dibenarkan di klinik atas faktor kebersihan dan keselamatan.
“Di klinik sekali pun, jika pesakit bawa kit ujian seperti itu, kami akan minta terus dibuang.
Tidak perlu disimpan walaupun sekadar untuk ditunjukkan, cukup ambil gambar atau lebih baik buat imbasan terus di klinik,” tegasnya.
Bagi pasangan yang ingin menyimpan kenangan indah kehamilan, doktor menyarankan agar cukup sekadar mengambil gambar kit ujian kehamilan tersebut. Gambar boleh dijadikan memori, dikongsi atau disimpan tanpa menjejaskan kebersihan dan keselamatan keluarga.
Selepas ujian dilakukan, kit ujian kehamilan disarankan untuk:
Tidak salah untuk meraikan berita kehamilan dengan cara kreatif dan penuh emosi. Namun sebagai ibu bapa, setiap trend perlu diteliti dengan bijak agar tidak menjejaskan kesihatan ibu, anak dan seluruh ahli keluarga.
Ingat, kehamilan adalah permulaan kepada satu amanah besar. Penjagaannya bermula sejak saat pertama berita gembira itu diketahui, termasuk dalam hal kebersihan yang sering dianggap remeh tetapi memberi kesan besar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hamil tanpa sedar, “kandungan sudah 8 bulan, baru tahu ada ‘penghuni’ dalam rahim.” Kehamilan adalah satu fasa yang penting dalam kehidupan seorang wanita. Namun, terdapat kes-kes di mana seseorang wanita tidak menyedari dirinya hamil sehingga kandungan sudah besar.
Fenomena ini dikenali sebagai “kehamilan tanpa sedar” atau “cryptic pregnancy”. Artikel ini akan membincangkan gejala-gejala kehamilan tanpa sedar dan faktor-faktor yang menyebabkannya berlaku.
Menerusi satu hantaran yang dikongsikan oleh seorang wanita di TikTok @teahhamed_ dia bercerita tentang keadaan dirinya yang baru tahu sedang hamil ketika usia kandungan sudah mencecah 8 bulan.
Hantaran yang dikongsikan oleh wanita ini dihujani dengan komen-komen warga maya. Ramai juga yang mengalami masalah hamil tanpa sedar ini rupanya. Berikut antara komen-komen warga maya.
Gejala-Gejala Kehamilan Tanpa Sedar
Haid yang Tidak Teratur
Salah satu gejala utama kehamilan adalah ketiadaan haid. Namun, bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur, mereka mungkin tidak menyedari ketiadaan haid sebagai tanda kehamilan. Haid yang tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti stres, perubahan berat badan, atau masalah hormon.
Perubahan Berat Badan yang Tidak Ketara
Sebahagian wanita mungkin mengalami kenaikan berat badan yang sedikit atau tidak ketara semasa hamil. Mereka mungkin menganggap kenaikan berat badan ini disebabkan oleh faktor lain seperti pemakanan atau kurang bersenam.
Pergerakan Bayi yang Disalah Tafsir
Pergerakan bayi dalam kandungan mungkin dirasai sebagai masalah pencernaan atau pergerakan usus. Wanita yang tidak menyedari dirinya hamil mungkin mengabaikan tanda-tanda ini.
Gejala Kehamilan yang Tidak Jelas
Gejala seperti loya, muntah, atau keletihan boleh disalah anggap sebagai simptom penyakit lain seperti selesema atau masalah gastrik. Sebahagian wanita mungkin tidak mengalami gejala kehamilan yang biasa seperti morning sickness.
Wanita yang pernah hamil sebelum ini mungkin tidak menyedari tanda-tanda awal kehamilan kerana mereka beranggapan bahawa setiap kehamilan adalah sama. Mereka mungkin tidak mengaitkan gejala yang dialami dengan kehamilan.
Faktor-Faktor yang Menyebabkan Kehamilan Tanpa Sedar
Faktor Psikologi
Dalam sesetengah kes, wanita mungkin berada dalam keadaan psikologi yang menafikan kemungkinan mereka hamil. Ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti tekanan hidup, masalah hubungan, atau kehamilan yang tidak dirancang.
Masalah Kesihatan
Masalah kesihatan seperti sindrom ovarium polisistik (PCOS) atau masalah hormon boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur dan gejala kehamilan yang tidak jelas.
Kehamilan Ektopik
Kehamilan ektopik adalah keadaan di mana janin berkembang di luar rahim. Ini boleh menyebabkan gejala kehamilan yang berbeza daripada kehamilan biasa dan sukar dikenalpasti.
Kekurangan Pengetahuan Tentang Kehamilan
Wanita yang kurang pengetahuan tentang gejala dan tanda-tanda kehamilan mungkin tidak menyedari bahawa mereka hamil. Mereka mungkin menganggap gejala yang dialami sebagai masalah kesihatan biasa.
Tindakan yang Perlu Diambil
Jika anda atau seseorang yang anda kenali mengalami gejala-gejala yang mencurigakan dan berkemungkinan hamil tanpa sedar, adalah penting untuk segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan kehamilan boleh dilakukan dengan mudah melalui ujian kehamilan di rumah atau pemeriksaan oleh doktor.
Kesimpulan
Kehamilan tanpa sedar adalah fenomena yang jarang berlaku tetapi boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Oleh itu, adalah penting untuk wanita mengenali gejala-gejala kehamilan dan mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Kesedaran dan pengetahuan tentang kehamilan dapat membantu wanita menguruskan kesihatan mereka dengan lebih baik dan memastikan kesejahteraan diri serta bayi dalam kandungan.
Ramai ibu bapa masih tak tahu sebenarnya anak-anak di bawah umur 17 tahun boleh menikmati tambang KTM Komuter secara percuma menerusi program Kad RailLife.