“Ya Tukar Nama Sebab…” Mawar Rashid Tukar Nama Anak, Kongsi Wajah Comel Anak Ketiga!

Share

Selepas menimang cahaya mata ketiganya pada Januari lalu, pelakon Mawar Rashid dan suami, Raf Yaakob masih belum mendedahkan wajah buah hati kesayangan mereka.

Namun selepas dua bulan melahirkan Raden Seri Riyanna Sayang, Mawar dan Raf sepakat mendedahkan wajah kesayangan mereka di Instagram.

Pun begitu bukan hanya wajah dikongsikan bahkan Mawar dan Raf rupanya turut menukarkan nama puteri mereka itu. Semuanya bagi mengekalkan pangkal nama Rose pada nama mereka.

Menurut Mawar, dia mahukan kesemua anak perempuannya mempunyai nama Rose.

“Raden Seri Roseanna Camilya @camilyaraf. Yes tukar nama sebab nak anak-anak perempuan semua ada ‘rose’,” ujar Mawar dikapsyennya.

Malah Mawar juga turut mendoakan anak ketiganya yang dipanggil Lya itu menjadi anak solehah malah dipermudahkan urusannya kelak.

“Doakan baby Lya jadi anak solehah ya semua. Amin,” kongsi Mawar.

Menerusi video yang dikongsikan Mawar, si comel Lya yang memiliki kulit putih melepak itu tampil dalam tema puteri salju atau ‘snow white’ ketika sesi fotografi.

Wajah comel Camilya terlihat comel dengan gaun ‘snow white’ tersebut malah turut memegang epal merah di tangan. Comel sekali.

Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet memuji kecomelan wajah anak ketiga pasangan ini. Tidak kurang juga yang turut sama mendoakan perjalanan anak ketiga Mawar itu.

Semoga Baby Camilya terus sihat dan membesar menjadi anak yang solehah serta menjadi pelengkap bahagia ibu dan ayahnya.

Terdahulu, Mawar selamat menimang cahaya mata ketiganya itu pada tanggal 21 Januari yang lalu. Mawar dan Raf turut mempunyai dua orang cahaya mata, Muhammad Rafael, 4, dan Raden Seri Rosabella Cinta yang kini berusia dua tahun.

 

Selain itu, Mawar Rashid juga memiliki dua anak tiri, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela hasil perkahwinan Raf terdahulu.

Menarik: Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

IKLAN