Pelakon, Nad Zainal mengagumi wanita bergelar suri rumah sepenuh masa kerana tanggungjawab yang digalas mereka bukan sedikit. Malah tak pernah berhenti.
Menerusi Instagramnya, akui Nad lagi, tugas menjadi seorang suri rumah sememangnya tak mudah. Bukan sahaja menguruskan anak-anak yang masih kecil bahkan menguruskan rumahtangga sepenuhnya tanpa henti. Memang mencabar.
“Saya bersetuju. Dalam banyak-banyak pekerjaan dalam dunia ini, yang paling susah ialah suri rumah.
“Melayan anak, jadi cikgu, memasak, mengemas yang tak berkesudahan,” luah Nad berkongsi.
Ads
Tambah Nad lagi, dia juga teramat mengagumi ibu muda kerana mampu menguruskan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu serta menguruskan rumahtangga dengan baik tanpa pembantu.
Bukan satu hal yang mudah. Banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan.
Ads
“Kagum dengan ibu muda yang tak ada pembantu mampu bekerja dan melunaskan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu dengan jayanya. Mana nak kekal wangi, cantik, tapi nak uruskan rumahtangga lagi.
“Belum lagi bila mengandung tiap dua tahun, kembali bekerja, bawa breatpump ke hulu ke hilir, tinggalkan anak di taska. Fuh, anda memang wanita yang hebat,” luah Nad berkongsi.
Ads
Dalam pada itu, pandangan Nad sudah semestinya mendapat sokongan ramai pengikutnya di Instagram.
Ibu Zara Qairina tidak pernah kutip derma, peguam beri khidmat secara pro bono. Itulah penjelasan sebenar yang perlu difahami orang ramai agar tidak lagi timbul salah faham. Isu ini mula hangat diperkatakan selepas tular dakwaan kononnya Noraidah Lamat, ibu kepada Allahyarham Zara Qairina, sedang mengutip derma untuk kegunaan peribadi dan membayar yuran guaman.
Dakwaan tersebut pantas merebak di media sosial, hingga mencetuskan pelbagai spekulasi. Namun, kenyataan jelas daripada pasukan peguam yang mewakili Noraidah telah merungkai kekeliruan yang timbul.
Dalam kenyataan rasmi, pasukan peguam yang diketuai oleh Hamid Ismail bersama Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasse menegaskan bahawa anak guam mereka tidak pernah membuat sebarang kutipan derma ketika ini.
Mereka menjelaskan bahawa nombor akaun yang tersebar di media sosial memang pernah digunakan untuk menerima sumbangan ikhlas beberapa hari selepas pemergian Zara. Namun, kutipan itu telah dihentikan tidak lama selepas itu.
Lebih melegakan, pasukan peguam turut memaklumkan bahawa khidmat guaman yang diberikan kepada Noraidah adalah secara pro bono iaitu percuma sepenuhnya. Ini bermakna, Noraidah tidak perlu membayar sebarang yuran guaman, dan isu kononnya beliau mengutip derma untuk tujuan tersebut adalah tidak benar sama sekali.
Menurut kenyataan peguam lagi, sekiranya ada sumbangan wang selepas ini, ia hanya akan diterima secara fizikal oleh Noraidah sendiri atau melalui wakil NGO yang sah dan diberi kuasa.
Majalah Pa&Ma mendoakan agar Noraidah terus kuat menghadapi ujian berat ini. Semoga roh kecil Allahyarham Zara Qairina ditempatkan di sisi para solehin, dan semoga kasih sayang masyarakat yang tidak putus-putus menjadi sumber kekuatan untuk ibunya meniti hari-hari mendatang.
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-44 bersama suami, Datuk K atau nama sebenarnya Datuk Sri Khalid Muhammad Jiwa dan anak-anak, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa di Turki.
Bawa Aafiyah dan Afwa main salji
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Siti bersyukur atas segala rezeki dan nikmat yang dikurniakan sepanjang kehidupannya.
Selain itu, pemilik nama Siti Nurhaliza Tarudin menghargai Datuk K yang menjadi pendamping setia serta menjaga dirinya dan anak-anak.
Terima kasih Ya Allah, segala yang Engkau kurniakan padaku.
Terima kasih suami tersayang yang sudah bersama melayari dan menjaga saya serta anak-anak dengan baik. Begitu juga buat keluarga besar saya yang sangat baik hati.
Penyanyi nombor satu negara itu turut mengharapkan kenangan sepanjang percutian itu menjadi kenangan terindah dan diberikan keberkatan buat semua.
“Semoga jadi kenangan terindah dan beri keberkatan buat kita semua.. Moga lebih banyak lagi memori indah dapat dicipta di masa depan nanti .. aamin ya rabb..”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan kesejahteraan pelantun lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ itu.
Ramai pasangan berkahwin akan bersetuju, fasa paling mencabar dalam hubungan suami isteri selalunya bermula selepas kelahiran anak pertama. Bukan sebab cinta dah hilang, tapi sebab cabaran baru yang tak pernah dijangka.
Dulu bercinta pegang tangan, sekarang pegang botol susu. Dulu keluar tengok wayang, sekarang berjaga malam tukar lampin. Dan dalam keletihan itu, kadang-kadang rindu mula terasa bukan rindu pada masa lalu, tapi rindu pada pasangan yang dulu jadi tempat bermanja, bukan sekadar jadi partner jaga anak.
Inilah kisah yang jarang kita dengar kisah realiti pasangan selepas jadi ibu bapa. Bukan semuanya indah, tapi di sebalik setiap cabaran, terselit satu bentuk cinta yang baru yang lebih jujur, lebih dalam, dan lebih kuat.
“Dugaan lepas lahir anak tu memang lain macam. Rasa macam hari-hari nak gaduh, ketawa pun ada, nangis pun ada.”
Kehidupan baru selepas bergelar ibu dan ayah ada cabarannya. Begitulah kisah figura cantik, Datin Atikah Suhaime, selebriti yang mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Datuk Lokman Teh pada tahun 2022.
Kini bergelar isteri dan ibu kepada si comel Lyla Mulan Teh, Atikah perlahan-lahan membina babak baru dalam hidupnya lebih tenang, lebih matang, dan penuh makna.
Dalam temubual eksklusif menerusi podcast Borak Pa&Ma sempena Hari Ibu, Atikah yang mendedahkan kehidupan berbeza selepas kelahiran Mulan. Malah mengejutkan suaminya juga berubah bersikap dalam menguruskan anak kesayangan mereka.
Ramai pasangan tidak menyangka betapa besarnya perubahan yang datang bersama kelahiran seorang anak.
“Saya rindu sangat dengan suami, tapi dalam masa yang sama tak nak berjauhan dengan anak. Memang rasa berbeza. Dulu kami macam partner in crime, sekarang partner in diaper.”
Fasa selepas kelahiran anak banyak mengajar tentang kesabaran. Dalam waktu yang sama, ia membuka mata melihat sisi berbeza pasangan.
“Saya sendiri tak sangka akan nampak sisi lain suami saya. Dulu dia nampak lain — iyalah, anak orang berada. Semua benda maid buat.”
Tapi bila baby lahir, dari hari pertama dia tolong tukarkan lampin, saya macam… ‘Eh, you tolong I ke ni?’ Saya tak percaya, sebab dia bukan jenis macam tu. Dia selalu ‘I bayar you, you buat’. Tapi kali ni, dia buat sendiri.”
Tindakan kecil seperti menukar lampin atau mendukung anak yang sedang menangis memberi impak besar kepada isteri.
“Saya nampak dia berbeza. Dan jujurnya, saya makin sayang.”
Kasih sayang selepas bergelar ibu bapa bukan lagi bersifat romantis seperti zaman bercinta, tetapi lebih kepada sokongan dan kerjasama.
“Saya bersyukur, dia tak pernah paksa-paksa saya. Tapi saya ni, hari-hari akan tanya dia… ‘You still love me tak? You masih sayangkan I ke?’ Dan dia akan jawab, ‘Iyer lah, I masih sayang you.'”
Apabila melihat suami yang sanggup bersama-sama menguruskan bayi, perasaan cinta itu hadir semula dalam bentuk yang lebih matang.
“Saya tak sangka dia boleh handle baby dengan tenang dan sabar. Semua dia buat sendiri. Saya ingat dia jenis nak serahkan semua pada orang lain. Tapi tak, dia buat dan saya jatuh cinta sekali lagi tapi dalam bentuk yang berbeza.”
Hakikatnya, selepas kelahiran anak, hubungan memang berubah. Tidak sama seperti waktu bercinta dahulu. Namun, perubahan itu bukan bermakna cinta semakin pudar.
Kadangkala, dari perubahan itulah kita melihat cinta berkembang dalam versi yang lebih matang, lebih dalam, dan lebih bermakna.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...