Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Kalau sudah namanya penyanyi dengan vokal yang hebat, anak pasti akan turut serta mengikut langkah.
Itulah yang diperkatakan oleh wargamaya bila mana penyanyi Syamel memuat naik videonya bersama anaknya, Nur Khawla Soleha di Instagram.
Mana tidaknya, aksi Syamel yang mengajar Khawla bertepuk tangan dengan mengikut tempo buat ramai yang terhibur.
“Amaran! Jangan sesekali pressure anak kita buat benda yang kita suka?,” katanya berseloroh.
Ads
Apa yang menarik perhatian pastinya gelagat Khawla yang begitu pandai mengikut tempo ayahnya biarpun sesekali terbabas dan lari dari tempo.
Malah Khawla yang kini berusia 1 tahun lima bulan itu semakin lincah bertepuk tangan dengan ayahnya sambil menggoyangkan badannya. Memang comel.
Ads
Meninjau diruangan komen, wargamaya meninggalkan pelbagai reaksi malah terhibur dengan Syamel yang berjaya membuat Khawla bertepuk tangan dengan tempo yang betul.
Terdahulu, Nur Khawla Soleha dilahirkan pada 22 Februari 2022. Khawla kini sudah pun berusia satu tahun lima bulan.
Kala di tanya apa yang isteri suka pastinya isteri tidak meminta untuk dibelikan barangan, apatah lagi barang yang mahal seperti beg tangan berjenama, barang kemas atau apa jua dengan nilaian yang tinggi. Terasa berat hati menggunakan duit suami yang sepatutnya dibelanjakan untuk anak-anak. Begitulah seorang isteri.
Jika berniat untuk menghadiahkan isteri barangan, jangan ditanya atau elakkan memberi wang sebaliknya terus sahaja membeli kepada mereka. Pemberian sebegini tidak kira mahal atau murah, isteri akan hargai dan simpan sampai bila-bila.
Perkongsian saudara Muhammad Yusof ini benar belaka. Jika diberikan wang, sudahnya isteri akan membelanjakan pada keperluan hidupnya yang sama-sama boleh digunakan dengan suami, bukan untuk dirinya sendiri. Jom ikuti perkongsiannya.
Saya dan isteri hidup sederhana. Hidup biasa-biasa sahaja. Tapi syukur, cukup makan, cukup pakai. Kami ni kalau pergi shopping complex besar-besar kami tak tahu nak tuju ke mana sebab pakai jenama branded-branded ni bukanlah ‘dunia’ kami. Tapi kalau masuk kedai RM2, Mr Diy, kedai Eco atau pasar malam, tempat tu macam ‘heaven’ bagi kami. Berplastik-plastik kami boleh beli kalau pergi tempat macam ni.
Tapi rezeki PKP ni, saya ada lebihan duit sikit. Time tu dan-dan je lalu pulak handbag jenama Coach kat timeline fb saya. Nampak cantik. Saja saya screenshot bagi kat bini ‘beg sayang lama dah, apa kata darling ganti beg yang ni. Cantik tak?’
Bini saya kata buat apalah beli beg mahal-mahal ni. Pakai je mana yang ada. Selagi boleh pakai. Pakai.
Saya jawab alahai, sekali-sekala je pakai jenama berkualiti, pakai pun sedap dan tahan lama sikit.
Lepas tu bini bagi jawapan, ‘takpe, buat masa ni sayang tak nak lagi beg tapi kalau nak beli jugak bagi je duit tu kat sayang..’
Saya pun bagilah dia sejumlah duit. Dan, saya fikirkan mungkin dia mesti beli beg berjenama yang mungkin lebih murah sikit berbanding jenama Coach atau LV.
Isteri Beli Barang Keperluan
Lain yang kita fikir, lain pula yang dibeli isteri. Itulah yang selalunya terjadi.
Rupa-rupanya sangkaan saya meleset. Bini saya guna duit tu untuk beli mesin scanner yang boleh edit terus document. Saya terfikir kalau dah namanya cikgu, scanner jugak yang dibelinya. Rasa nak marah jugak saya sebab buat apalah beli scanner. Kan saya suruh beli handbag.
Dia kata banyak nak kena edit document masa PKP ni nak bagi kat anak-anak murid dia. Begitulah perempuan. Saya rasa kebanyakkan perempuan pun macam isteri saya.
Lelaki ni kalau beli barang entah apa-apa je. Beli pun untuk kegunaan sendiri. Jam Gshock lah, kasut NMDlah, Adidas Yeezylah, helmetlah, raket badmintonlah, spotrim barulah, basikal MTBlah, baju bandlah dan segala jenis benda tapi untuk guna sendiri.
Tapi tengok kalau perempuan membeli. Dorang akan beli vacuum robot, periuk Noxxa, Iron Phillips, peti sejuk almari, mesin lipat baju, mesin pengering baju, Air fryer, tupperware ikut warna baju, tudung saji moden, mesin scanner, printer Epson atau thermomix dan segala jenis peralatan elektrik dan dapur.
Pendek kata semua yang dorang beli tu bukan untuk kegunaan dorang sahaja tapi untuk kemudahan satu keluarga.
Silap-silap suami yang dok pertikai benda-benda yang isteri beli tu ‘mahallah’, ‘kena simpan duit untuk masa depanlah’, silap-silap dia yang terhegeh-hegeh pakai semua yang isteri beli tu.
Sebab tu suami janganlah halang isteri nak beli apa sebab apa yang dorang beli tu sebenarnya pelaburan yang sangat memudahkan urusan sekeluarga.
Belikan saja, jangan bagi wang
Ya itulah yang sebaiknya. Isteri akan simpan dan menjaga sebaiknya hadiah dan pemberian suami berbanding wang ringgit yang akan digunakan untuk keperluan anak, bukan dirinya sendiri. Tak gitu?
Buat suami, kalau ada rezeki lebih beli lah sesuatu buat isteri kerana isteri ni suka hadiah-hadiah daripada suami ni. (Terutama emas). Pulut dakap la, gelang getah lah. Sebut je nak beli emas bling, bling, semua isteri-isteri 13 minggu senyum sendiri tanpa henti. Tidur malam pun senyum. Suami tak sempat order kopi o terus bini buat kopi dalgona special.
Hehehehe (digelak)
Sekali-sekala bagi ‘something special’ kat isteri sebab nak hargai isteri, apa salahnya kan? Bukan selalu. Betul tak isteri-isteri?
Sharelah bagi suami baca. Bagitau suami sangat tak rugi beli emas sebab sekurangnya ada la jugak ‘getah gelang’ boleh menunjuk sap, sap, angkat lengan baju macam Mami Jarum kan? Hehe Emas, kalau takde duit atau masa susah boleh letak kat Ar-Rahnu.
Mana tau bila share tau-tau nanti suami ter, diulangi ter.. beli pulut dakap ke, pulut durian d88 ke. Tak salah tabur umpan, mana tahu mengena. Tambah-tambah mora ada lagi ni.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sama seperti kita, anak-anak kecil juga punya perasaan. Rasa rendah diri, terkecil hati atau sensitif dalam banyak perkara.
Namun kesedihan hati anak kecil kita ini yang diejek rakan-rakan terubat bila mana tampil cukup cantik di hadapan rakan-rakannya yang lain malah dipuji ramai.
Perkongsian seorang ibu, Sharifah Rodziyah yang memuat naik gambar anaknya yang mengenakan gaya Marilyn Monroe muslimah ini mendapat pujian ramai.
Mana tidaknya, bukan hanya solekan yang sempurna bahkan gaya muslimah serta gabungan moden ala Marilyn Monroe yang diketengahkannya memang menjadi. Cantik!
“Hari tu pernah saya kongsi kesedihan sebab anak saya tak yakin dengan dirinya sebab kawan-kawan ejek. Dia padam make up.
“Lepas dia baca komen sahabat semua kali ni anak saya bangun dengan semangat baru, lebih yakin pada dirinya. Dan ribuan terima kasih pada sahabat yang share kat mana nak beli topi kat atas kepala dia.
“Style Marilyn Monroe Muslimah. Untuk hari kanak-kanak bertemakan Pesta Muda Mudi,” kongsinya.
Bukan itu, sebagai panduan ibu-ibu lain dalam membuat persiapan untuk anak, turut dikongsikan lokasi untuk mendapatkan busana cantik ini.
“Disini saya kongsikan kat mana nak dapatkan pakaian dan aksesorinya.
Baju Pink – Sogo Cardigan Putih – Panda Eyes Berjaya Time Square Topi – Chamelon Sg Wang Plaza Sarung tangan – Bunga reben Jalan TAR
“Selain tu boleh beli kat online tapi tempoh menghantaran lama,” kongsinya lagi.
Sememangnya gaya anak kecil ini memang cantik malah karaktor Morilyn Monroe muslimahnya memang cukup cantik.
Dalam pada itu, gaya anak kecil itu juga turut mendapat pujian rakan-rakan wargamaya lain.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Pada 30 Mac 2019 yang lalu, majalah Pa&Ma dengan kerjasama KPJ Selangor Specialist Hospital telah mengadakan Pa&Ma Mom To Be Boot Camp. Boot Camp yang bermula sedari jam 8.30 pagi hingga 3.00 petang itu padat dengan seminar serta aktiviti yang menarik yang melibatkan kesemua peserta. rata-rata peserta program ini hamil trimester kedua.
Selepas sesi pendaftaran dan sarapan pagi, program dimulakan dengan seminar Penjagaan dan Pemantauan Ibu Hamil yang dijayakan oleh pasukan jururawat hospital ini. Dalam seminar ini, para suami diberitahu tentang persediaan mental dan fizikal untuk menjaga isteri yang sedang hamil. Selain itu juga, panel jemputan turut berkongsi tip kelahiran kepada semua peserta.
Program diteruskan dengan ceramah tentang Kepentingan Membuat Imbasan Pendengaran Bayi Baharu Lahir yang disampaikan oleh Pakar Audiologi, Ridwan Afif Mohamad. Para peserta didedahkan dengan teknik menguji tahap pendengaran anak serta perkembangan mereka selari dengan usia.
Sementara itu Pakar Dietetik, Koh Nyat Sen berkongsi ilmu tentang Pengambilan Nutrisi Sepanjang Kehamilan. Dia turut berkongsi tip pemakanan terbaik untuk wanita mengandung. Selesai sesi seminar ini para peserta diberikan masa untuk minum pagi. Selepas menikmati hidangan minum pagi, peserta dibahagikan kepada dua kumpulan.
Grup pertama mengikuti aktiviti senaman bersama Terapis Fisio. Di dalam kelasnya, Terapis ini banyak berkongsi teknik pernafasan serta seneman ringkas yang boleh diamalkan oleh ibu hamil bagi mengurangkan masalah sakit belakang serta memudahkan kelahiran. Grup kedua pula membuat aktiviti memandikan serta urutan untuk bayi yang dikelolakan oleh pasukan jururawat terlatih.
Ternyata para peserta teruja untuk mempelajarinya kerana kebanyakan mereka hamil anak pertama. Model patung diberikan kepada bakal ibu bapa agar mereka dapat sama-sama mempraktikkan teknik yang dikongsikan oleh jururawat bertugas.
Seminar selepas dua aktiviti menarik itu disampaikan oleh salah seorang Jururawat Laktasi, Shamsina Zul Kapli yang berkongsi ilmu tentang teknik penyusuan yang betul. Selain posisi menyusu, dia turut mengajar para peserta cara mengepam dan kaedah penyimpanan susu ibu yang tepat. Selesai seminar laktasi, program diteruskan dengan ceramah tentang Proses Dan Peringkat Melahirkan yang disampaikan oleh Pakar O&G, Dr. Tan Yeen Inn.
Di dalam seminarnya, Dr. Tan berkongsi maklumat tentang proses kelahiran secara normal. Acara pada hari itu diakhiri dengan kuiz serta cabutan bertuah. Para peserta kemudiannya bergambar dengan team Pa&Ma sebelum program tamat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai ibu bapa sudah tentu kita ingin anak kita mempunyai imaginasi yang tinggi serta kreatif. Kemahiran berfikir secara kreatif boleh dipupuk sejak dari kecil...