Saat membesarkan anak, terlalu banyak momen pahit dan manis yang dilalui oleh ibu dan bapa. Momen anak ke sekolah menjadi momen paling istimewa kerana di situlah bermulanya kehidupan anak-anak.

Pun begitu perkongsian seorang bapa, Rabbai Heimein II mengenai kisahnya yang terlambat mengambil anaknya di sekolah ini mengundang perhatian ramai. Penuh ragam dalam membesarkan anak.

Kisah throwback anak perempuannya yang kini berusia 11 tahun itu memang comel. Ikuti perkongsian menariknya.


Ini anak perempuan saya, Ericka El Zehra. Hari ini 1 Ogos hari ulang tahun kelahirannya yang ke 12.

Sempena hari ulang tahun kelahirannya hari ini, ada 1 cerita yang meruntun jiwa saya selaku ayah beliau ingin saya kongsikan kepada kalian pembaca. Terima kasih kerana membaca.

Kejadian berlaku sekitar tahun 2018, sewaktu Zehra darjah 2. Masa tu saya bertugas sebagai perisik dengan menyamar sebagai pemandu teksi.

“Yeayy Ayah Kita Dah Sampai” Cemas Lambat Ambil Anak Sekolah, Bapa Kongsi Momen Paling Cute!

Hari Khamis, lepas turunkan dia di sekolah dalam jam 12 tengah hari, saya dapat penumpang pi airport. Dah turunkan penumpang kat airport saya pun terus masuk line Q untuk dapatkan penumpang yang keluar dari airport.

Bajet saya mungkin jam 5 dapat la penumpang yang nak hala ke KL. Kira sempat la nak pick up dia balik dari sekolah. Sekali, penumpang yang saya dapat tu nak pi Klang. Masa tu tak ada pulak penumpang lain yang nak pi KL.

Kalau ada boleh swap dengan penumpang teksi lain. Tapi biasanya gagal main swap swap ni sebab jarang ada teksi yang sukarela nak pi Klang, melainkan rumah pemandu teksi tu belah-belah hala ke Klang.

IKLAN

Dah tak ada pilihan lain terpaksa juga ambil penumpang nak ke Klang tu. Masa tu memang tak sempat dah nak rushing balik sebelum 6.30 petang. Dalam perjalanan ke Klang tu mesej ke cikgu Zehra, minta cikgu maklumkan ke dia yang saya tak boleh ambil dia balik sekolah, sebaliknya kawan saya yang akan datang jemput dia.

Dalam masa yang sama mintak juga nombor fon Pak guard dari cikgu. Lepas tu cikgu reply kata ok dan cikgu forward nombor Pak Guard.

Lepas turun penumpang dekat Klang, nak setting cun cun ni. Call Pak Guard, cakap kawan saya akan jemput anak saya. Minta Pak Guard tolong tengokkan anak saya. Lepas tu saya hantar gambar anak dekat Pak Guard melalui wasap. Kemudian call kawan minta tolong pick up anak saya. Tapi masalahnya kawan saya tak pernah pulak tengok anak saya. Saya pun bagi la gambar dekat wasap dia.

Lepas setting semua ok, saya berasa sedikit lega. 6.30 petang kawan saya wasap, cakap tak jumpa anak saya. Saya cakap ke dia tunggu sekejap sebab anak saya tu lepas habis kelas dia suka meronda dulu dalam sekolah dengan kawan dia.

“Yeayy Ayah Kita Dah Sampai” Cemas Lambat Ambil Anak Sekolah, Bapa Kongsi Momen Paling Cute!

6.40 petang kawan saya call, cakap anak saya tak ada dekat sekolah. Dia pass fon ke Pak Guard, Pak Guard pun cakap anak saya tak ada dekat sekolah. Saya dah menggelabah.

IKLAN

Bini saya?? Dia tak terlibat sebab dia dekat kelas Perkim. Kalau bagitahu dia, keadaan akan jadi semakin tak terkawal.

Sambung balik. Bayangkan, 6.40 petang saya melekat dekat Federal Highway. Saya dalam kereta dah meraung macam nak gila. Macam mana Zehra boleh tak ada dekat sekolah? Dia ikut siapa? Tak boleh nak explain dah macam mana perasaan masa tu.

Dipendekkan cerita. Lebih kurang jam 7 lebih saya sampai di sekolah. Ternampak Pak Guard dan kawan saya sedang berbual di luar pagar sekolah. Berdecit tayar teksi saya brek depan pagar. Lantas mendapatkan mereka berdua.

Belum lagi saya sempat saya buka mulut untuk mulakan perbualan, terdengar suara kanak-kanak dari belakang pondok guard.

“Yeaaaa ayah kite dah sampai.” Suara Ericka El Zehra. Pak Guard dan kawan saya tercengang.

IKLAN

“Tadi Pakcik tanya kamu, kamu nama Zahra ke, kamu cakap ‘tak’…kenapa??” Soal Pak Guard kepada Zehra.

Dengan muka blur, hidung kembang kempis, Zehra pun balas, “..Kan name saye Zehra. Eje Z E H R A, ZEHRA. Tapi pakcik cakap ZAHRA, haa Z A H R A. Kan tak sama bunyinye, ZEH dengan ZAH tak same la..haa bukan saye la tu..”

Kami bertiga tepuk dahi. Dalam kereta (teksi) dia sambung lagi.

“Tadi kan Zehra dengan kawan kita orang sama-sama la tolong Pakcik Guard cari pelajar nama ZAHRA tu. Sampai dalam tandas kita orang cari, panggil ZAHRA ZAHRA ZAHRA tapi takde pun..”

Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!

“Yeayy Ayah Kita Dah Sampai” Cemas Lambat Ambil Anak Sekolah, Bapa Kongsi Momen Paling Cute!

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.

Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI