Dato Aliff Syukri berkongsi jumlah yuran sekolah anaknya di intagram dan berharap anak-anak akan menghargai pengorbanan mereka. Bukan mudah untuk membesarkan anak pada zaman yang sangat mencabar ini. Cabaran kita sebagai ibu bapa untuk menyediakan pelajaran untuk anak-anak dan kos pendidikan sekarang sangat memeningkan kepala.
Jika anak-anak belajar di sekolah swasta, international school, kos pembelajarannya lebih mahal berbanding sekolah harian biasa. Ini antara jumlah yang Aliff Syukri perlu bayar untuk 4 bulan setahun.
Bukan senang nak besarkan anak zaman sekarang, kos semakin tinggi.. belum masuk class mengaji, baking, renang.. ekonomi kenapa lah sloww sangat.
Abah kena kuat lagi nak bayar yuran anak sekolah untuk 4 bulan setahun dan ratus ribu.. abah harap anak2 abah hargailah penat abah dan mama cari duit.
Ads
Luahan Aliff Syukri di instagramnya mendapat reaksi netizen. Habiskan duit untuk pelajaran anak akan murah rezekinya nanti. Semoga mereka dapat pendidikan yang terbaik.
Semoga dato murah rezeki
Insya Allah Dato, anak-anak akan hargai dato
Ads
Baguslah dato membesarkan anak dengan titik peluh sendiri
Lagi berita gembira buat semua ibu bapa. Pembentangan Bajet 2020 semalam, kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM60 juta bagi suntikan vaksin Pneumokokal dan akan diberikan secara percuma kepada semua bayi yang lahir pada tahun 2020. Pelaksanaan ini sebahagian dari Program Immunisasi Negara.
Sebelum ini, vaksin tambahan ini tidak ditawarkan dalam suntikan imunisasi wajib tetapi boleh diambil oleh ibu bapa sebagai vaksin tambahan di klinik luar dengan anggaran kos antara RM200 hingga RM300 untuk satu dos.
Disebabkan terlalu mahal untuk satu dos suntikan, hanya segelintir ibu bapa yang mampu berbuat demikian walaupun vaksin ini penting untuk kesihatan anak kecil.
Bagaimanapun menerusi twitter Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, beliau bersyukur kerajaan mendengar suara ramai.
“Alhamdulillah, selari dengan JANJI MANIFESTO PH, Bajet 2020 memperuntukkan awal RM60 juta untuk mulakan Vaksinasi Pneumokokal untuk kanak-kanak dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP).
“Vaksin ini boleh elak jangkitan paru-paru,darah & otak-jangkitan yang boleh membawa maut/kecacatan kekal,” kongsinya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah ternyata bersyukur dengan pengumuman Belanjawan 2020 kerana akhirnya vaksin pneumococcal dimasukkan dalam program imunisasi wajib kebangsaan.
“Kerajaan telah menunaikan janji dan ini adalah hadiah terbaik untuk rakyat setelah bertahun memohon untuk vaksin pneumococcal diberikan percuma,” katanya di twitter.
KEPENTINGAN VAKSIN PNEUMOKOKAL
Pneumokokal adalah sejenis kuman bakteria yang biasa menyebabkan jangkitan pada tekak dan telinga dan lebih mudah berlaku pada kanak-kanak.
Bakteria ini boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan serius antaranya:
1. Radang paru-paru
2. Meningitis – radang pada selaput yang kelilinh saraf tunjang dan otak
3. Sepsis – jangkitan bakteria dalam darah
4. Sinusitis – jangkitan pada sinus
5. Otitis media – jangkitan telinga tengah
Walaupun jangkitan bakteria ni mampu dirawat dengan antibiotik, namun dengan kemungkinan komplikasi yang teruk yang boleh membawa maut, lebih bagus kalau ia dicegah melalui immunisasi.
Jadi sebab itulah vaksin pneumokokal ni penting dan elok sangatlah dijadikan sebahagian daripada vaksin wajib dalam Program Imunisasi Kebangsaan.
PELBAGAI LAGI PENAMBAHBAIKAN DALAM SEKTOR KESIHATAN DALAM BAJET 2020
Secara keseluruhannya, Kementerian Kesihatan Malaysia menerima peruntukan RM 30.6 bilion bagi infrastruktur kesihatan dan perlindungan kesihatan seperti yang diumumkan dalam Bajet 2020.
Selain membina dan menaik taraf hospital, klinik, serta perkhidmatan kesihatan, beberapa inisiatif baru turut diperkenalkan contohnya membenarkan pengeluaran KWSP bagi pasangan yang menjalani IVF serta rawatan kesihatan tanpa cukai.- Sumber: Sirap Limau
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang ibu bukan sekadar insan yang melahirkan. Dalam hidup setiap anak, ibu adalah cinta pertama, guru pertama, pelindung setia dan tempat berteduh saat dunia terasa menyesakkan. Begitulah gambaran hubungan kasih antara selebriti dan usahawan berjaya, Neelofa dan ibunya yang tercinta, Datin Noor Kartini.
Semalam, tanggal istimewa kelahiran ibu tersayang, Neelofa menitipkan satu ucapan penuh kasih sayang di Instagram, ringkas namun begitu menyentuh hati hingga ramai yang sebak membacanya.
“Thank you for being my home.”
Kata-kata ini menjadi pembuka bicara dalam coretan penuh syahdu, menceritakan betapa besar pengaruh dan peranan ibunya dalam membentuk siapa dirinya hari ini.
Dalam coretan panjang itu, Neelofa berkongsi kenangan sewaktu kecil, di mana beliau sentiasa mahu berada di sisi ibunya. Ke mana sahaja ibu pergi, di situlah dia berada. Bahkan ketika ibunya berehat, dia tetap duduk berdekatan, menyiapkan kerja sekolah, asalkan dapat bersama.
“You were more than just a mother. You were my best friend… My whole world back then was just wanting to be the best version of myself, for you.”
Masuk ke alam remaja dan mula belajar berdikari di MRSM, Neelofa tetap menyimpan doa ibunya sebagai kekuatan utama. Dalam diam, hatinya tetap berpaut kepada kasih dan restu mama.
“Deep down, hati kecil masih bertaut pada doa mama yang tak pernah putus.”
Bagi Neelofa, ibunya adalah orang yang sentiasa ada, memberikan semangat, menjadi pendengar terbaik dan tidak pernah membuatnya rasa lemah. Sebaliknya, ibunya menjadikannya lebih yakin dan kuat.
“You never made me feel small, only more seen and more capable.”
Sebagai seorang anak, Neelofa menyedari setiap pencapaiannya hari ini hadir dari doa seorang ibu yang bekerja keras, mendidik dan membentuk anak-anaknya dengan penuh kasih sayang. Kata-kata dan pesanan ibunya sejak kecil untuk sentiasa belajar bersungguh-sungguh terus terpahat dalam hati.
Ucapan itu diakhiri dengan lafaz penuh cinta dan doa tulus dari seorang anak buat ibu tercinta:
“Selamat Hari Lahir, Mama. Moga Allah panjangkan umur mama dalam rahmat, tenangkan hati mama sentiasa, murahkan rezeki mama dari arah yang tak disangka, dan dekatkan mama dengan syurga setiap hari. Amin ya Rabb.”
Menjengah ke ruangan komen, ramai pengikut dan peminat menitipkan ucapan hari lahir buat Datin Noor Kartini. Tidak kurang juga yang mengakui menitiskan air mata membaca luahan Neelofa, yang begitu ikhlas dan menyentuh hati.
Seperti Neelofa, jadikanlah setiap detik bersama ibu sebagai momen yang kita syukuri. Selagi masih ada, peluklah mereka. Ucapkan terima kasih. Doakan mereka. Kerana syurga kita, tetap di bawah telapak kaki seorang ibu. 💕
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sangka percutian seorang kanak-kanak lelaki di rumah datuknya berakhir tragedi apabila meninggal dunia dipercayai dipatuk ular ketika bermain di luar rumah, Ahad lalu (30 Januari) sekitar jam 5 petang.
Kisah yang meruntun hati menimpa adik Afeef Fayyad itu dikongsi di Facebook pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKJV), Mr Wan Cai.
Bercerita lanjut, kanak-kanak berusia dua tahun itu dikatakan bermain seorang diri sebelum ibunya yang sedang menidurkan anak bongsunya terdengar jeritan daripada adik Fayyad di luar rumah.
Damailah di syurga adik Fayyad
“Si ibu terus bergegas keluar dari dalam rumah untuk melihat apa yang terjadi terhadap adik Fayyad.
“Adik Fayyad kemudiannya dilihat terbaring di tanah sambil mengerang kesakitan. Ibunya mendapati kaki kanan anaknya itu terdapat kesan seperti patukan ular,” tulis Mr Wan Cai.
Difahamkan, mangsa segera dikejarkan ke Hospital Kuala Nerang sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar berikutan keadaan yang semakin kritikal.
Bagaimanapun, Fayyad disahkan meninggal dunia sekitar jam 8 pagi (31 Januari) dimana jenazah telah diuruskan pasukan Mr Wan Cai di Kampung Sireh, Kuala Nerang.
Sayu hati, Allah lebih menyayangi Fayyad
Sementara itu, Mr Wan Cai turut berkongsi sekeping foto memaparkan ibu bapa mangsa iaitu Syazwani Abdul Aziz dan Muhammad Eusof memberikan kucupan terakhir buat anak tersayang.
Lagi bertambah sedih, apabila kakak sulung kepada adik Fayyad yang berusia 7 tahun tidak dapat menahan rasa sedih diatas kehilangan adiknya.
Diciumnya wajah adiknya berulang kali. Dipeluk erat tubuh adiknya seperti tidak mahu melepaskannya. Biarpun baru berusia 7 tahun jelas si kakak memahami adiknya tiada lagi disisi.
Moga keluarga adik Fayyad diberi kekuatan dan reda dengan ketentuan ilahi atas pemergian anak syurga ini. Salam takziah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...