Yusoff Ikut Mama Pergi Umrah. Momen Perpisahan Baem Dengan Datin Sri Shahida Buat Netizen Sebak!

Share

Datin Sri Shahida berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah telah membawa si kecil, penghias kulit Pa&Ma November 2018, Yusoff Al Qardawi bersama-samanya. Namun apa yang mencuri perhatian netizen hingga sebak ialah reaksi si abang, Ibrahim Adham atau Baem yang seakan tidak mahu melepaskan mamanya.

Datin Sri Shahida telah berangkat ke tanah suci semalam bersama anak kecilnya, Yusoff Al-Qardawi.

shahidadherbs Alhamdulillah….tahun lepas yusoff dalam perut waktu mama buat umrah,tahun ni pun yusoff ikut mama juga pergi…:bermusafir lah kita hari ni @yusoffalqardawi ..Doakan kami selamat pergi dan pulang dan dikurniakan umrah yg mabrur….

Momen di lapangan terbang saat perpisahan ibu dan anak amat menyentuh perasaan di mana Baem menangis seakan enggan melepaskan mamanya.

Para netizen tidak dapat menahan perasaan sebak melihat tangisan & pelukan Baem kepada Datin Sri Shahida sambil ditenangkan oleh abahnya, Datuk Sri Aliff Syukri. Mamanya juga kelihatan sebak melihat reaksi Baem.

Sumber: shahidadherbs aliffsyukriterlajaklaris

Jangan lupa dapatkan edisi Pa&Ma November 2018 yang menampilkan si comel Yusoff Al-Qardawi sebagai penghias kulit! Di dalamnya ada banyak tajuk-tajuk menarik yang dikupas seperti topik utama tentang berpantang, mitos tentang ais, pulmonari embolism, bengkak susu yang tentunya yang sangat bermanfaat kepada mama papa.


 

IKLAN