Baru beberapa hari melahirkan cahaya mata keduanya, pelakon Zahirah Macwilson dipuji ramai kerana tetap cantik jelita biarpun baru sahaja bertarung nyawa melahirkan bayi keduanya.
Menerusi video yang dimuat naik Zahirah di Instagramnya, ibu anak dua ini dilihat semakin sihat, segar dan bertenaga sekali.
Bahkan Zahirah juga kekal cantik apatah lagi fizikalnya kekal kurus walaupun baru saja lepas bersalin.
“Nothing much, just gave birth you..?,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Video pendek Zahirah itu sudah semestinya mendapat pelbagai reaksi daripada netizen malah memuji sifat positif yang ditunjukkan ibu muda ini biarpun baru sahaja melahirkan cahaya mata beberapa hari lalu.
Ads
Malah, ada yang kagum melihat fizikal Zahirah yang kurus dan berharap mereka juga boleh kelihatan cantik seperti aktres itu selepas bersalin.
Terdahulu, Zahirah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 31 Mei lalu yang diberi nama Inara Raisa.
Kelahiran adakalanya tidak dapat dijangkakan. Apatah lagi jika sudah ada tanda-tanda awal seperti pendarahan & kontraksi. Pengalaman yang dilalui ibu ini unik dan istimewa apabila melahirkan cahaya matanya di dalam kenderaan di parkir sebuah ibu pejabat polis (IPD).
Ibu muda, Anis Syabila Roslan, 19 tidak sempat tiba di hospital untuk bersalin dan menyebabkan dia terpaksa melahirkan di dalam kereta di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau.
Dia yang selamat melahirkan seorang bayi perempuan dalam kereta di kawasan parkir IPD Arau kira-kira 12 tengah semalam dalam perjalanan bersama dengan ibu mentua dan ibu bapanya dalam perjalanan dari rumah ke hospital pada kira-kira 11.30 pagi.
“Anak lelaki saya sebelum itu telefon beritahu isterinya mengalami pendarahan disamping mengadu berasa sakit hendak bersalin.
“Saya dan besan kemudiannya ke rumah mereka untuk membawa Anis ke hospital,” kata ibu mertua Anis yang dikenali sebagai Toyibah.
Namun keadaan menjadi cemas ketika dalam perjalanan dan sampai di bandar Arau. Menurut Toyibah, besannya yang turut serta telah memaklumkan kepala bayi sudah kelihatan.
“Besan lelaki yang sedang memandu kereta cemas dan gusar melihat keadaan itu. Dia terus membelokkan kereta ke pekarangan IPD dan meminta kebenaran anggota polis untuk Anis bersalin di situ,” katanya.
Menurutnya, anggota polis memberi kebenaran kepada mereka serta turut membantu keluarga berkenaan bagi memudahkan menantunya bersalin. Namun dalam suasana cemas dan kesakitan yang dialami Anis, proses kelahiran terpaksa diteruskan di dalam kereta.
“Pada mulanya anggota polis menawarkan bilik kosong tetapi dengan keadaan Anis yang sedang bertarung nyawa, kami terpaksa biarkannya bersalin dalam kereta.
“Kira-kira 12 tengah hari, Anis selamat melahirkan bayi perempuannya yang disambut sendiri oleh besan,” katanya.
Menurut Toyibah, kira-kira 10 minit selepas kelahiran ambulans tiba dan kemudiannya membawa Anis dan bayinya ke hospital. Dia turut memanjatkan kesyukuran diberikan bantuan ketika saat genting itu.
“Kami bersyukur kerana semuanya selamat dan berterima kasih kepada pihak IPD Arau yang turut membantu menantu bersalin,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Nanda Maarof ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan menjelaskan ia pertama kali berlaku di IPD berkenaan.
“Melihatkan keadaan mereka yang darurat, semestinya anggota kami akan membantu sedaya mungkin untuk memudahkan urusan keluarga berkenaan.
“Kami bersyukur tiada komplikasi yang berlaku ketika bayi berkenaan dilahirkan dan adalah menjadi tanggungjawab setiap pegawai dan anggota polis untuk membantu masyarakat yang memerlukan,” katanya.
Pemain badminton profesional Malaysia, Datuk Wira Lee Chong Wei serta isteri, Datin Wong Mew Choo selamat menimang cahaya mata ketiga beberapa jam yang lepas.
Berita gembira tersebut dikongsi sendiri oleh Datuk Chong Wei menerusi laman rasmi Instagram.
Menurutnya dia bersyukur di atas kelahiran selamat anak ketiganya dan turut menghargai pengorbanan isteri melahirkan cahaya mata mereka. Tambahnya lagi, isteri dan anak lelakinya dalam keadaan yang baik.
“Welcome. Third single. Much thanks to my lovely wife for all the sacrifice.”
“#AnsonLee orders placed ten months ago, received today. Mother and son are safe, wife @wong_mew_choo, thank you for your hard work”.
Rata-rata warga maya dan selebriti mengucapkan tahniah di atas kelahiran cahaya mata ketiganya itu.
jozlynnhanania Congrats Datuk n Datin❤️
radin_era Congratulations Tok!! Next champ 🔥
hendrasansan @leechongweiofficial congratulation dato
Berat tak naik, datang haid macam biasa dan tiada apa-apa alahan, pergi hospital terus doktor buat keputusan bersalin. Pelik namun itu terjadi kepada seorang wanita muda dari Missouri, Amerika Syarikat (AS) yang tidak tahu dirinya hamil hingga pergi ke hospital kerana mengalami kekejangan perut dan pulang ke rumah selepas melahirkan bayi.
Buat pembedahan keluarkan
7news.com melaporkan Abby Vollet, 22, melahirkan bayi perempuan Khalani, 11 bulan, pada 30 Mac tahun lalu melalui pembedahan ketika usia kandungan 35 minggu.
Dia sebelum itu langsung tidak mengetahui bahawa dia hamil.
Pada mulanya, penuntut sepenuh masa dan pekerja jagaan harian itu pergi ke hospital dengan kekejangan perut yang teruk, sebelum mengetahui kemudian dirinya hamil.
Doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan kecemasan dan dalam tempoh 20 minit, Abby melahirkan anak perempuannya, Khalani.
“Saya tidak tahu bahawa saya hamil. Saya tidak mengalami sebarang gejala dan berat badan saya tidak bertambah.
“Tiada siapa menyangka jadi begini. Kesakitan bermula dengan sedikit kekejangan perut.
“Kesakitan bertambah teruk sepanjang hari hingga saya tidak boleh bergerak, jadi ibu saya Cindy, yang berusia 54 tahun, membawa saya ke hospital.
“Saya menjalani ujian imbasan ultrabunyi dan doktor memberitahu saya hamil. Saya ingat lagi yang saya beritahu doktor bahawa ia tidak benar. Saya sangat terkejut,” katanya.
Pada mulanya doktor menganggarkan bahawa Abby hamil kira-kira 20 minggu, tetapi mengesahkan usia kandungan antara 35 hingga 37 minggu selepas pembedahan.
“Saya mengalami pembedahan kecemasan dan dalam masa 20 minit bayi saya berada di sini,” katanya.
“Pada mulanya saya berasa sangat malu kerana saya akan menjadi ibu muda dan tunggal. Saya juga enggan melihat bayi saya untuk beberapa hari pertama,” katanya.
Apabila Abby memberitahu rakan-rakannya apa yang berlaku, mereka menyangka dia bergurau kerana dia berkongsi kisah itu menjelang April Fool’s Day.
Tiada apa-apa perubahan diri
Menurut Abby, tiada siapa percaya ia boleh berlaku kerana berat badannya tidak bertambah.
“Doktor berpendapat kandungan saya pasti berada di kawasan belakang tulang rusuk kerana tiada benjolan dan saya tidak pernah berasa sebarang tendangan,” katanya.
“Saya juga mendapat haid seperti biasa dan saya selesa memakai semua pakaian sederhana saiz saya sepanjang proses kehamilan,” katanya.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!