Aktres cantik, Datin Sri Zizie Ezette akhirnya mendedahkan wajah dan nama anak kembarnya.
Beliau melahirkan bayi kembar pada 29 Disember 2017 pada jam 5.48 pagi dan 5.50 pagi. Berat si kembar ini masing-masing ialah 2.74kg dan 2.78kg ketik dilahirkan.
Zizie yang bakal menyambut ulangtahun kelahiran pada 30 Disember iaitu sehari sebelum anak kembarnya dilahirkan menyifatkan kehadiran kembar ini ialah hadiah hari jadi yang awal dan cukup istimewa buat dirinya.
Semalam, setelah sebulan dan satu hari berpantang akhirnya wajah dan nama kedua-dua bayi kembar lelaki tersebut didedahkan.
Ads
Salam & hello everyone
Temui dua hero saya, AADAM ZAC IZETTE (atas) dan adiknya AALEPH ZEKE IZETTE (bawah). (Sebutan Alif tidak Alip eh?)
Mereka berusia 20 hari ketika gambar ini diambil.
Alhamdulillah, hari ni dah sebulan 1 hari.
Ads
Terima kasih diatas doa2 anda dlm comment2 sebelumnya.
Semoga Allah memberkati anda semua. Amen
Zizie turut menjelaskan gambar yang dimuatnaik tersebut diambil semasa si kembar berusia 20 hari.
Para peminat yang sudah lama berteka-teki tentang bayi kembar Zizie rata-rata gembira dan tidak putus-putus memuji kecomelan Aadam Dan Aaleph. Tidak kurang yang mendoakan kesejahteraan Zizie dan anak-anaknya.
Ads
Zizie sebelum ini mempunyai anak angkat perempuan yang bernama Naila Nurjenna yang berusia tiga tahun.
Kenapa perlu beri bayi peluang bergerak-gerak? Bahagian otak dan saraf yang mengawal pergerakkan tidak boleh dirangsang seperti pancaindera sensori. Tetapi sangat penting ianya diberi peluang bergerak-gerak. Galakkan anggota badan bayi khususnya kedua tangan dan kaki untuk bergerak-gerak.
Anak selalu sakit dan demam? Ada beberapa sebab yang ibu bapa perlu ketahui supaya mudah untuk mengambil langkah berjaga-jaga agar masalah ini tidak berlarutan.
Mesti ibu bapa tertanya-tanya di mana agaknya silap dalam menjaga anak-anak? Adakah anak selalu sakit disebabkan cara penjagaan yang salah atau masalah pada persekitaran yang tidak sihat?
Menurut DoktorBudak.com, sistem pertahanan badan bagi bayi dan kanak-kanak adalah masih belum matang dan ia akan berkembang selari dengan tumbesaran mereka. Jadi, sekiranya kanak-kanak kecil mengalami jangkitan demam selsema, sungguhpun mencapai sehingga 5-6 kali setahun, ia masih dianggap normal.
Jika anak selalu sakit, cuba periksa 6 perkara ini terlebih dahulu.
Menurut pakar, pusat penjagaan kanak-kanak boleh diibaratkan sebagai lubuk virus dan bakteria yang boleh menyumbang kepada penyakit seperti selsema dan penyakit tangan, kaki dan mulut. Anak-anak kecil yang bergaul bersama lebih mudah dijangkiti kuman. Mereka juga masih kecil dan sering lupa untuk menutup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk. Oleh itu, kuman lebih mudah tersebar.
Ingatkan pada anak anda untuk basuh tangan selepas pulang dari taska dan segera tukar baju. Pastikan taska tersebut mengamalkan kebersihan pada cara penyediaan makanannya, persekitarannya dan pada anak muridnya.
Makanan ringan bukan sahaja tidak berkhasiat, malah menjadikan anak lebih cenderung dijangkiti penyakit. Kuatkan sistem imuniti anak anda dengan memberikannya makanan kaya ‘phytonutrien’. Menurut pakar pemakanan, makanan kaya phytonutrient mudah dikenali kerana warnanya yang terang. Buah-buahan dan sayuran yang kaya phytonutrien ialah seperti beri biru, keledek, tomato dan bayam.
Lebihkan juga pengambilan makanan kaya Vitamin C seperti buah oren, vitamin D seperti tuna dan bijirin serta probiotik yang terdapat dalam yogurt untuk sistem imuniti yang lebih kuat.
Jangan biasakan anak tidur lewat dengan gajet di tangan atau menonton televisyen sehingga lewat malam. Ajarkan juga dia supaya lakukan kerja sekolah lebih awal supaya tidak perlu bersengkang mata untuk siapkannya.
Kanak-kanak yang tidak cukup tidur membuatkan aktiviti sel darah putih yang melawan penyakit hilang kesannya. Untuk anak di bawah umur 13 tahun, pastikan mereka mendapat tidur 10 jam sehari. Corak tidur yang konsisten dapat menguatkan sistem imuniti dalam badan mereka.
Tidak kiralah kanak-kanak atau dewasa, bersukan adalah cara terbaik untuk kekal sihat bertenaga. Asyik terperap saja di rumah menonton kartun.
Ajak anak anda ke taman permainan atau keluar bersiar-siar.menurut kajian, bila anak lebih aktif bermain, sistem imunitinya menjadi lebih aktif bagi melawan jangkitan virus.
Anak-anak kecil suka menerokai dunia sekeliling dengan menyentuh objek dan berinteraksi dengan orang lain. Mereka juga suka berhubung dengan kanak-kanak lain dengan berkongsi mainan dan makanan.
Biasakan anak untuk selalu membasuh tangan selepas bermain. Bekalkan mereka dengan ‘hand sanitizer’ jika perlu. Ingatkan mereka untuk tidak menyentuh muka sendiri jika tangan tidak bersih kerana virus lebih mudah masuk melalui mata, hidung dan mulut. Latih mereka untuk tidak berkongsi cawan, straw dan berus gigi.
Satu lagi perkara yang mungkin anda terlepas pandang adalah tentang bahayanya asap rokok terhadap bayi dan kanak-kanak. Tidak kiralah sama ada anda merokok di hadapan atau di belakang anak, situasi ‘secondhand smoker’ tetap akan menjejaskan kesihatan mereka.
Ini kerana, anak-anak memiliki organ dan sistem pernafasan yang sangat sensitif. Bahkan, DoktorBudak.com melaporkan bahawa kanak-kanakyang tinggal bersama perokok ini lebih berisiko mengalami jangkitan kuman pneumonia dan kematian mengejut.
Jika pasangan anda adalah perokok tegar dan masih belum boleh berhenti merokok, ingatkan mereka untuk mandi dan menukar pakaian setiap kali sebelum memegang bayi.
SISTEM IMUNISASI ANAK SEDANG BERKEMBANG
Mengelakkan anak dari penyakit bukan perkara mudah. Kita juga perlu faham yang anak kecil lebih sering sakit kerana sistem imunisasinya sedang berkembang. Kekerapannya untuk jatuh sakit akan berkurang semakin apabila anak semakin membesar.
Ibu bapa perlu berikan yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan anak. Biasanya penyakit anak akan baik sendiri dengan penjagaan rapi oleh ibu bapa. Jika penyakit berlarutan agak lama, segeralah dapatkan nasihat doktor.
Sumber: zuriat.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suasana hiba menyelubungi perkarangan Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) apabila seorang bapa rebah dalam tangisan selepas memeluk dan mencium jenazah anak tunggalnya, Chempaka Alara Azizi, sejurus selesai proses bedah siasat pada Isnin.
Chempaka Alara, kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, meninggal dunia dalam satu kemalangan tragis yang berlaku di Kilometer 142 Jalan Keratong–Bahau, Muadzam Shah, pada petang Ahad. Ibunya, Amelia Kartika Mappatata, 32, turut mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di HTAA.
Bapanya, Azizi Abd Karim, yang bekerja sebagai jurulatih renang berkata dia sempat berhubung dengan anak dan isterinya hanya lima minit sebelum kejadian melalui panggilan video.
“Itu kali terakhir saya lihat wajah ceria Bunga, dia sempat luahkan rindu. Tak sangka itulah perbualan terakhir kami,” katanya dalam nada sebak ketika ditemui pemberita.
Menurut Azizi, beliau kali terakhir bertemu secara fizikal dengan anaknya pada pagi Khamis, sebelum isteri dan anaknya bertolak ke Melaka untuk menghadiri majlis kenduri rakan. Mereka dijadualkan pulang ke Kuantan pada Ahad, namun takdir berkata sebaliknya.
“Saya rasa sangat terkilan, saya tak sempat peluk dia sebelum mereka pergi. Masa panggilan video tu, saya cuma sempat kata ‘sabar, ayah nak datang ambil Bunga nanti kita jumpa’,” tambahnya.
Dalam tragedi berkenaan, tiga individu dilaporkan maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda. Mereka ialah pemandu kereta, Aida Asmalia Abu Samah, 46; penumpang, Siti Auni Syafiqa Sheikh Ali, 18; serta Chempaka Alara.
Tiga lagi penumpang termasuk ibu Chempaka, Amelia Kartika; anak pemandu, Adam Wafiy Muqri Jaslihardi, 14; dan adik kepada Siti Auni Syafiqa, Siti Adawiya Syauqina, 13; mengalami kecederaan dan sedang dirawat di hospital sama.
Menurut laporan, kemalangan berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika mereka dalam perjalanan pulang dari Alor Gajah, Melaka selepas menghadiri satu majlis perkahwinan.
Jenazah Chempaka Alara telah dituntut oleh keluarganya sekitar jam 1 petang selepas selesai proses bedah siasat. Jenazah dibawa ke Masjid Taman Taman untuk dimandi dan dikafankan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Lapan, Jalan Kuantan–Gambang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!