Pelakon cantik Datin Seri Zizie Izettebuat kejutan apabila memgumumkan dirinya sedang hamil tiga bulan dalam posting di Instagram peribadinya semalam.
Isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar berkongsi berita gembira tersebut apabila dia memuat naik beberapa keping gambar throwback percutian di Rusia bersama anak-anaknya.
Dengan kapsyen tulisannya “Pic number 4 will surprise u!” nyata benar-benar memeranjatkan para pengikutnya. Bagaimanapun ramai yang mengucapkan tahniah bahkan ada yang mendoakan agar Zizie dikurniakan sepasang anak kembar perempuan pula.
Pregnancy test is positive!
Ibu kepada bayi kembar Aleph dan Aadam yang kini berusia 8 bulan dan dua lagi anak lain Jenna, 3 dan Ariq sememangnya terkenal sebagai ibu yang suka mempunyai ramai anak.
Rata-rata pengikut Zizie teruja dan gembira dengan berita pengumuman tersebut. Ramai yang mengucapkan tahniah dan turut berdoa supaya kandungan Zizie kali ini kembar perempuan pula.
Mereka turut berdoa agar Zizie dipermudahkan sepanjang kehamilan ini selain turut berpesan ibu anak empat ini menjaga kesihatan dirinya dalam kesibukan menguruskan anak-anak yang masih kecil.
Suami mana pun sebolehnya ingin tunaikan hajat bila mana isteri yang hamil teringin untuk makan sesuatu makanan. Bagi pelakon Ikmal Amry, dia bersyukur kerana dapat menunaikan permintaan isterinya setiap kali mengidam.
Berkongsi cerita menerusi Instagramnya, kata Ikmal, isterinya begitu teringin untuk menikmati Nasi Goreng di sebuah hotel mewah ketika mereka berbulan madu dahulu. Walaupun menunggu waktu yang lama, dia lega akhirnya keinginan isterinya itu dapat dipenuhi.
“Dalam banyak-banyak makanan yang dia mengidam. Ni paling susah nak dapatkan. Kenapa susah? Dia nak nasi goreng St Regis Langkawi.
“Kitorang makan nasi goreng ni time honeymoon. Tapi semua yang dia teringin nak makan alhamdulillah dapat tunaikan kecuali nasi goreng ni je Am hold dulu. Ye lah LANGKAWI WEH,” tulisnya berkongsi.
Rezeki anak dapat makan di Langkawi
Namun kata pelakon berbakat ini lagi, rezeki ibu hamil sentiasa ada bila mana dia tiba-tiba ditawarkan untuk menjalani sebuah penggambaran filem di pulau pelancongan itu.
“Tapi Allah sebaik-baik perancang. Lepas dua minggu dia teringin nak makan tu Am dapat satu offer filem shoot di Langkawi. Allahuakbar. Ni rezeki awak sayang, Allah susun cantik je.
“Am dapat shooting di Langkawi supaya boleh bawak you makan di St Regis Langkawi. Im speechless. Rezeki memang tak pernah salah alamat. Enjoy your nasi goreng sayang,” tulisnya berkongsi.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Kredit: @ikmalamry
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pantau pergerakan bayi penting mengelakkan bayi meninggal masa lahir (still birth). Siapa ibu yang berisiko?
Menurut Dr. Dharmini Veerakumaran, Pakar Perbidanan & Sakit Puan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan bahawa kebolehupayaan janin untuk hidup di luar rahim ialah 22 minggu. Namun, ini tertakluk kepada negara-negara yang mempunyai teknologi neonatal (bulan pertama kelahiran) yang tinggi iaitu kelengkapan ventilator, inkubator dan sebagainya seperti di Amerika dan Australia.
Sebaliknya di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menetapkan usia 24 minggu. Anda perlu faham definisi kebolehupayaan janin untuk hidup di luar rahim ini kerana jika bayi dilahirkan pada usia 20 minggu, dia dianggap gugur. Jika dilahirkan pada umur 24 minggu, barulah dia dikatakan sebagai lahir tidak bernyawa.
Dalam pada itu, terdapat dua jenis kelahiran tidak bernyawa yang perlu anda ambil tahu. Ia ada fresh still birth (FSB) di mana bayi meninggal dalam tempoh 48 jam sebelum kelahiran dan macerate still birth (MSB).
MSB melibatkan bayi yang meninggal lebih daripada 48 jam sebelum tarikh kelahirannya. Sehubungan itu, bagi kes-kes di mana si ibu tidak mengetahui usia sebenar kandungannya, maka mayat bayi yang beratnya 500 gram dianggap sebagai still birth.
Pentingnya carta pergerakan bayi
Sewaktu kandungan mencecah usia 28 minggu, anda akan diminta untuk melakukan catatan di dalam carta pergerakan bayi. Biarpun kelihatan remeh, ia sangat penting untuk dititikberatkan.
Carta pergerakan yang anda perlu lakukan ini dapat dijadikan petunjuk sama ada bayi dalam kandungan sihat ataupun tidak.
PUNCA DARIPADA IBU
1.Umur
Masalah kematian bayi sewaktu dilahirkan sering terjadi di kalangan ibu yang terlalu muda iaitu umurnya bawah 20 tahun ataupun berusia (40 tahun ke atas).
2.Menghidap penyakit tertentu
Bagi anda yang menghidap penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang dan penyakit kronik yang lainnya, ketahuilah anda merupakan golongan berisiko terutamanya apabila tubuh tidak mampu lagi dapat meneruskan kehamilan.
3.Sindrom anti phospolipid (APS)
Ia merupakan sejenis penyakit di mana darah wanita hamil mudah beku. Apabila di dalam saluran darahnya mempunyai darah beku, ia boleh memasuki plasenta dan menyekat pengaliran darah, oksigen dan makanan kepada bayi.
4.Trauma
Kemalangan yang pernah berlaku seperti terjatuh, terhantuk dan yang seumpama dengannya boleh mendedahkan anda kepada risiko kematian bayi sewaktu dilahirkan.
5.Tekanan
Apabila mengalami tekanan, tubuh akan mengeluarkan hormon stres di dalam darah dan memberi tumpuan hanya pada bahagian organ-organ yang penting. Oleh sebab itu, kelenjar adrenalin akan menjaga otak, jantung dan buah pinggang dalam keadaan darurat dan kurang memberi perhatian kepada bahagian rahim. Secara tidak langsung ia mendatangkan mudarat kepada bayi.
6.Sosial ekonomi
Still birth juga didapati terjadi kepada golongan ibu hamil yang terlalu miskin atau tiada pengetahuan asas bagi menjaga kesihatan diri dan kandungan. Antara lain, jika ada di kalangan anda yang ambil alkohol atau dadah semasa hamil, ia bakal mendedahkan bayi kepada risiko still birth.
PUNCA DARIPADA BAYI
1.PembesaranTerbantut (IUGR)
Risiko still birth boleh berlaku sekiranya bayi tidak mampu untuk membesar dengan kadar sempurna.
2.Pembentukan kongenital
Lazimnya ia boleh terjadi kepada bayi yang mengalami masalah pembentukan organ dalaman tubuh seperti jantung. Sama juga halnya dengan yang mengalami kecacatan akal.
3.Air ketuban
Anda perlu tahu bahawa air ketuban yang kurang ataupun terlalu banyak pun boleh menyumbang kepada risiko still birth.
4.Plasenta
Masalah yang berlaku kepada uri seperti abruption placenta juga boleh menjadi penyebabnya. Ia terjadi kerana uri lekang terlebih dahulu sebelum bayi berjaya dikeluarkan. Jadi, ia tidak dapat memberi bekalan oksigen pada bayi lalu menyebabkannya meninggal.
Manakala placenta praevia pula berpunca daripada pendarahan. Setiap kali pendarahan berlaku, plasenta tidak boleh berfungsi dengan sempurna dan boleh menyebabkan nyawa bayi dalam kandungan terancam.
Nasihat doktor
Setelah hamil atau mengandaikan diri hamil, segera dapatkan pemeriksaan daripada doktor. Tidak semestinya anda berjumpa dengan doktor pakar. Gunakan kemudahan yang telah disediakan oleh KKM dengan mengikuti rutin pemeriksaan antenatal secara berkala. Dalam masa yang sama, jaga kesihatan diri dan kandungan. kesihatan, kawal masalah yang dihadapi dan jaga pemakanan dengan mengikuti saranan diet yang baik.
Demikian juga halnya dengan rutin ujian imbasan. Lakukannya mengikut nasihat doktor bagi membolehkan beliau mengetahui keadaan bayi dari semasa ke semasa.
Elakkan diri daripada mengambil sebarang suplemen yang mempromosikan kelancaran proses kelahiran serta hindari ubat-ubatan yang tidak mendapat kelulusan daripada KKM.
TIP DOKTOR: Jika anda mendapati pergerakan bayi kurang daripada biasa, cuba makan terlebih dahulu kemudian berehat untuk tempoh setengah jam. Setelah itu, pantau pergerakan bayi dengan lebih peka. Jika dia kurang bergerak, segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketika mengandung dan kehamilan sudah memasuki trimester terakhir, sesetengah wanita mungkin mengalami keadaan di mana ada garisan hitam pada perut. Garisan hitam ini dipanggil sebagailinea nigra. Hormon ketika mengandung juga menjelaskan mengapa ada masanya puting payudara menjadi lebih gelap dari biasa. Ada sesetengah wanita mengalami hyperpigmentation iaitu terdapat bahagian-bahagian lain pada tubuh yang kehitaman.
Di dalam perkongsiannya di laman Facebook, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak yang juga merupakan Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan menjelaskan tentang mitos yang mengatakan garisan hitam pada perut menjadi petanda jantina bayi dalam kandungan.
LINEA NIGRA
Garisan hitam memanjang dari pusat ke bawah tu namanya linea nigra. Disebabkan perubahan hormon yg berlaku masa hamil yang juga explain kenapa puting buah dada jadi lebih hitam dari biasa. Kadang2 bahagian badan lain pun ada yang hitam-hitam (hyperpigmentation)
Apa Yang Korang Perlu Tahu?
Linea nigra adalah perubahan normal yg berlaku, sungguhpun begitu ada je ibu yang takda garisan hitam ini. Ada ke takda garisan hitam ini tidak memberitahu apa-apa mengenai kehamilan – Contohnya kalau ada garisan hitam ini kehamilan ada masalah atau seumpama dengannya. Jangan mengarut!
Menurut kepercayan orang orang tua, jika garisan itu hanya sampai pada paras pusat – most probably ibu akan lahirkan bayi girl. Tapi jika garisan hitam itu lepas pada paras pusat – ibu akan lahirkan baby boy. Ini sekali lagi mengarut. Abis tu, utk org yang takda garisan hitam tu jantina baby nye 2 alam?
Linea nigra TAKDA KAITAN dengan jantina bayi dalam kandungan!
Tak perlu beli pelbagai produk atau krim untuk disapu pada garisan hitam ini kerana ianya akan pudar dan hilang dengan sendirinya selepas bersalin.
Diharapkan dengan perkongsian dari Dr Izzat ini dapatlah memberi sedikit penjelasan kepada para ibu bahawa linea nigra adalah satu keadaan normal dan tidak mempengaruhi jantina bayi dalam kandungan. Usah terburu-buru membuat tekaan jantina anak. Kalau tak sabar boleh buat pergi scan, tapi kalau mahukan kejutan, tunggu saja sehingga bayi dilahirkan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.