Pelakon Zizie Izette baru sahaja melahirkan bayi kembarnya 2 bulan lepas tapi penampilannya ketika menghadiri majlis resepsi perkahwinan pelakon popular Fazura dan Fattah yang berlangsung kelmarin memang mengagumkan ramai peminatnya.
Pelakon putih gebu ini sempat berkongsikan OOTD nya sebelum ke majlis tersebut yang lengkap berbusana hijau di dalam laman Instagram peribadinya. Walaupun sekadar berkongsi sekeping gambar, namun mendapat puluhan ribu ‘like’ daripada pengikutnya yang rata-rata kagum dengan bentuk badan ibu anak kembar ini.
Ramai netizen memuji penampilan Zizie yang begitu langsing dan ramping selepas melahirkan anak ditambah pula dengan seri ibu yang jelas terpancar di wajah bahagianya. Bukan itu sahaja, mereka juga meminta beliau berkongsikan tip dan rahsia mendapatkan kembali bentuk badan normal bahkan lebih langsing daripada sebelum ini.
Ads
Macam mana ramai yang tidak kagum dengan bentuk badan Zizie Izette sekarang kerana berat badannya ketika hampir hendak bersalin mencecah sehingga 90kg seperti yang dikongsi dalam Instagramnya sebelum ini.
Mungkin kesibukan menjaga sepasang anak kembar juga menjadi salah satu penyumbang Zizie Izette kembali langsing selepas bersalin walaupun isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin ini mempunyai ramai pembantu yang menguruskan si kembar.
Ads
Melihat kepada kebahagiaan dan kegembiraan menimang cahaya mata kembar dan rezekinya untuk kembali langsing nyata pelakon senior ini juga bertuah kerana tengok sahaja di mana dia menjalani tempoh berpantangnya selama sebulan.
Kalau dah mampu apa salahnya kan, suami memberikan penjagaan terbaik dan selesa untuk isteri yang sudah susah payah melahirkan anak kembar. Mungkin juga di tempat ini, Zizie Izette menerima penjagaan rapi bab pemakanan ibu berpantang sehingga mampu mendapat kembali bentuk badan asal dalam tempoh sebulan selepas bersalin!
Berpantang sewaktu Hari Raya memang boleh menggugat perasaan. Mana tidaknya, salah satu daripadanya, anda terpaksa menahan godaan nafsu makan dengan hanya mampu memandang hidangan juadah Hari Raya yang lazat. Namun, apakan daya kebanyakan hidangan makanan tersebut tidak boleh diambil oleh ibu berpantang.
Selain daripada itu, anda juga tidak boleh keluar rumah untuk sama-sama beraya menziarahi ahli keluarga yang lain. Hal ini memang bukan sesuatu yang mudah. Walau apa pun, anda perlu ada semangat yang kuat untuk menempuh ‘dugaan’ ini. Tip-tip ini mungkin dapat membantu anda.
Jika anda dijangkakan melahirkan anak pada penghujung Ramadan atau awal Syawal, buatlah persediaan dengan makan makanan raya semasa berbuka puasa. Jadi, tidak timbul rasa teringin apabila anda mula berpantang di Hari Raya. Apabila melihat orang lain makan di pagi raya, tidaklah anda rasa terkilan.
Jika terlalu teringin untuk makan makanan raya semasa tempoh berpantang, anda boleh cuit sedikit sahaja. Itu pun jika makanan itu tidak akan mendatangkan mudarat kepada anda dan bayi. Ingat! jangan pula makan makanan yang berangin, sejuk dan gatal. Padahnya nanti, diri anda juga. Paling dibimbangi bila ia boleh beri kesan kepada bayi. Kasihan dia.
Jika ada tetamu yang datang ke rumah dan sedang menikmati juadah raya, maka sebaik-baiknya anda sibukkan diri dan berada jauh daripada tempat mereka menjamu selera. Ada baiknya anda hanya berkurung di dalam bilik. Habiskan masa itu dengan menonton TV di dalam bilik sahaja.
Bersabarlah. Anda perlu tabah menghadapi semua. Tanamkan sikap positif bahawa selepas habis tempoh berpantang, anda boleh menikmati juadah yang sama sepuas-puasnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masalah bahu sangkut atau shoulder dystocia boleh terjadi kepada 1 dalam 150 ibu yang bersalin. Yang menakutkan ialah ia boleh menyebabkan luka koyakan besar dan bayi berisiko untuk alami kecederaan!
Menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Kesihatan wanita & Kehamilan bahu bayi tersangkut masa bersalin atau shoulder dystocia ialah keadaan yang berlaku secara kecemasan.
Berikut ialah perkongsian Dr. Muhammad Izzat;
“ok teran, teran, bagus dah nihh….,, haa teran lagi. pandaii…teran panjang panjangggg…… sikit lagi sikit lagi. haaa okay. Kepala dah keluar dah, ok teran lagi sambungg nak keluarkan bahu pulak ye…
* sambil si jururawat bidan membantu ibu untuk mengeluarkan bahu, kepala bayi ditarik perlahan-lahan.*
(kelihatan dahi merecik dengan peluh kebimbangan & riak mukanya gelisah. Pemerah pipi yang dipakai oleh jururawat bidan perlahan-lahan pudar teluntur akibat peluh. Mukanya pucat bagaikan ternampak hantu..)
” eh ketatnyaaaa, takleh keluar bahu nih, panggil doktor cepattt !!!! sekaranggg!!”
Begitulah scene kecemasan yang berlaku di dewan bersalin, apabila misi yang menyambut kelahiran bergegas dan melontarkan vokal mereka memanggil doktor oncall
kadang-kadang tengah makan pun boleh tercekik dengar mereka ni melolong mintak tolong. Jgn memain
Okay, jom berbalik pada citer bahu sangkut tadi, Ianya berlaku apabila kepala bayi sudah dilahirkan tetapi salah satu bahunya tersangkut pada belakang tulang pubis ibu, sekaligus melambatkan kelahiran badan bayi tersebut.
Jika kejadian bahu sangkut ini terjadi , pertolongan tambahan perlu diberikan oleh penyambut kelahiran untuk melepaskan sangkutan bahu bayi. Walau bagaimanapun dalam kebanyakkan kes, bayi selalunya dilahirkan dengan selamatnya.
Berapakah kekerapan terjadinya kejadian bayi bahu sangkut ketika bersalin?
1 dalam 150 (0.7%) kelahiran normal (vaginal birth)
Kejadian bahu bayi sangkut berlaku dengan tidak dijangka ketika kelahiran dan kebanyakkan masa ianya tidak boleh diramal, bila ianya akan berlaku.
Tetapi ada beberapa 7 faktor menyebabkan kejadian bahu bayi sangkut ini mungkin berlaku;
Dalam kebanyakan kes, kejadian bahu bayi sangkut tidak boleh dicegah kerana ianya sukar diramalkan bila ianya akan berlaku.
Walaupun begitu, jika ibu menghidapi kencing manis ketika hamil, anda seharusnya diberikan pilihan untuk bersalin awal (induction of labour) ataupun pilihan untuk bersalin secara pembedahan caesarean. Ini dapat mengurangkan risiko terjadinya bahu bayi sangkut ketika bersalin.
Jika anda tidak menghidapi kencing manis, pilihan untuk bersalin awal tidak akan mengurangkan risiko untuk terjadinya kejadian bahu bayi sangkut ini, walaupun bayi anda diramalkan besar. Pilihan untuk bersalin secara pembedahan caesarean juga tidak dicadangkan untuk anda.
Apakah yang akan berlaku sekiranya terjadi kejadian bahu bayi sangkut ketika bersalin? Penyambut kelahiran sudah bersiap sedia sekiranya ada terdapat beberapa faktor seperti yang dinyatakan seperti di atas.
Kejadian bahu bayi sangkut adalah KECEMASAN, maka jika ianya berlaku perlu ditangani dengan segera, tanpa berlengah-lengah kerana bahu bayi perlu dilepaskan daripada sangkutan supaya badan bayi dapat dilahirkan dan bayi boleh bernafas secara normal.
Penyambut kelahiran akan meminta tolong dan membunyikan loceng kecemasan supaya beberapa kakitangan terlatih – doktor perbidanan, doktor bayi dan kakitangan perbidanan yang lain berada di tempat kejadian untuk membantu anda.
Ianya berlaku dengan sangat cepat, dan dalam sekelip mata terlalu banyak kakitangan yang diperlukan untuk menangani kecemasan ini berada dalam dewan bersalin. Keadaan ini akan menyebabkan anda berasa takut dan gusar. Walau bagaimanapun anda diminta terus bertenang kerana doktor perbidanan dan kakitangan perbidanan yang terlibat adalah terlatih dan boleh membantu anda dalam kelahiran yang melibatkan bahu bayi sangkut, dengan cepat dan selamatnya.
Doktor perbidanan/penyambut kelahiran akan melakukan 8 perkara ini;
1.Meminta anda supaya berhenti meneran.
2.Akan mengubah kedudukan dan posisi ibu supaya lebih banyak ruang di dalam vagina.
3.Anda akan diminta untuk baring dan kedua-dua belah kaki anda ditolak ke luar dan ke atas, dekat dengan dada, dikenali sebagai McRoberts Manoeuvre.
4.Sedikit tekanan akan diberikan pada bahagian atas ari-ari untuk membantu melepaskan sangkutan bahu bayi (suprapubic pressure )
5.Episiotomy dilakukan , untuk membesarkan bukaan vagina sekiranya perlu melakukan kaedah lain untuk melepaskan sangkutan bahu
6.Selalunya dengan kaedah-kaedah ini bayi dapat dilahirkan dengan selamatnya. Jika bayi tetap tidak dapat dilahirkan, doktor perbidanan akan memasukkan tangan nya ke dalam vagina untuk melepaskan sangkutan bahu bayi.
8.Anda mungkin akan dibantu untuk pusing kepada posisi ‘all fours’ yang mana dapat melepaskan sangkutan bahu bayi.
Apakah yang akan terjadi kepada saya dan bayi saya selepas insiden bahu sangkut semasa kelahiran?
Ibu mungkin mengalami koyakkan yang teruk semasa kelahiran sehingga boleh melibatkan lubang dubur. Tumpah darah selepas bersalin boleh berlaku, kadangkala memerlukan transfusi dan pemindahan darah.
Untuk bayi pula, 1 daripada 10 bayi ( 10% ) yang mengalami bahu sangkut ketika bersalin mengalami kecederaan pada saraf brachial plexus , menyebabkan sebahagian anggota yang terlibat tidak boleh digerakkan. Jenis yang biasa terjadi dinamakan Erb’s palsy . Walaupun begitu, kecederaan ini hanyalah sementara dan pergerakkan tangan yang terlibat akan kembali pulih dalam beberapa jam atau hari. Kecederaan kekal sangat jarang berlaku.
Perlu diingatkan , kecederaan pada saraf brachial plexus bukan sahaja berlaku pada kejadian bahu bayi sangkut ketika bersalin normal, ianya juga boleh terjadi pada bayi yang dilahirkan secara pembedahan caesarean.
Kadangkala, kejadian bayi bahu sangkut ini boleh menyebabkan tulang bahu bayi patah. Walaupun begitu, dalam kebanyakkan kes, bayi sembuh seperti sediakala.
Walaupun langkah berjaga-jaga telah diambil dan pertolongan kecemasan diberikan segera ketika bahu bayi sangkut, bayi mungkin mengalami masalah otak kerana kekurangan oksigen sampai ke otak ketika insiden bahu sangkut itu berlaku.
Bagaimana dengan kelahiran saya yang berikutnya di masa hadapan?
Jika kelahiran kali ini anda mengalami masalah bahu bayi sangkut, risiko untuk ianya berulang kembali adalah sangat tinggi. 1 dalam 10 wanita yang bersalin akan mengalaminya sekali lagi. Maka, doktor perbidanan anda akan berbincang dengan anda dan pasangan anda cara yang terbaik untuk melahirkan bayi anda yang berikutnya .
Anda mungkin memilih untuk bersalin secara normal (vaginal birth), jika ketika kejadian bahu bayi sangkut itu, bahu senang dilepaskan, dan bayi anda sihat dan bebas daripada komplikasi yang lain dan tidak mempunyai faktor-faktor lain. Anda boleh memilih untuk bersalin secara pembedahan caesarean, jika sebaliknya.
Bila anak-anak tak dapat tidur yang mencukupi, tahu tak mak ayah anak-anak sebenarnya tak dapat tenaga yang cukup untuk kekal fokus ketika berada di dalam kelas.
Menurut perkongsian Dr Harith Ahmad, waktu tidur anak memainkan peranan besar untuk mengembalikan tenaga mereka di waktu siang.
Berikut merupakan waktu tidur yang disarankan serta tip untuk ahli keluarga bagi memastikan waktu tidur anak lebih berkualiti.
“Hari ini saya nak ceritakan mengenai anak-anak kita yang berada di pra sekolah yang mana seolah-olah tidak cukup tidur dan keletihan ketika bangun pagi.
Berapa jumlah waktu tidur yang sebenarnya diperlukan anak kita?
Selalunya kanak-kanak yang berada di pra sekolah, mereka sangat penat. Tidur yang diperlukan pula sekurang-kurangnya lapan jam.
Kalau anak-anak tidur pukul 12 malam macam mana nak cukupkan lapan jam? Waktu tidur yang disyorkan untuk anak adalah dari jam 10 malam hingga 6 pagi.
Waktu ini adalah amat baik untuk mereka dan anak sudah pun mendapat lapan jam yang berkualiti.
Tapi bila anak tidur kita selalu rasa cukupkah anak tidur? Berkualiti kah waktu tidur anak kita? Sebenarnya tidak!
Mana tidaknya, ada orang yang mengganggu, ada ayah yang masih lagi menonton televisyen dan masih ada lagi ahli keluarga yang belum tidur.
Kalau boleh semua ahli keluarga tidur pada pukul 10 malam ini, barulah anak-anak dapat menikmati persekitaran tidur yang baik dan dapat tidur dengan nyenyak dan berkualiti.
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.