Datin Zizie Izette yang kini sedang hamil anak ketiga meminta para pengikut di Instagram mengenai petua lama untuk mengetahui jantina anak. Katanya, sains selalu ada jawapan, dan petua lama atau old wives tales selalu menyeronokkan.
Beliau telah berkahwin dengan Datuk Bung Mokhtar Radin pada Disember 2009 kini sedang hamil tiga bulan. Zizie memuat naik status ini di Instagramnya;
Dear experienced mommies, How to tell if u are having a boy or a girl? Science has answers, but old wives tales are still kind of fun. Do share with me ur experiences ladies. Thanks in advance!!
Para followernya telah memberikan pelbagai respons berkaitan dengan pengalaman kehamilan masing-masing. Zizie bertukar pendapat dengan para follower mengenai pengalaman hamil anak lelaki dan perempuan.
Setiap wanita yang berkahwin pasti mengimpikan untuk hamil dan melahirkan zuriat sendiri. Tidak mudah menghadapi sembilan bulan kehamilan kerana ada saja cabarannya. Jika kurang bernasib baik, mungkin akan mengalami alahan yang teruk. Seksanya kalau mabuk-mabuk waktu hamil ni, Allah SWT sahaja yang tahu.
Sebenarnya bukan semua wanita bernasib baik dapat menjalani proses kehamilan dengan normal sehingga melahirkan. Disebabkan oleh pelbagai faktor, ibu yang hamil ada kalanya tidak dapat mengelakkan diri dari menghadapi kemungkinan menghadapi pelbagai komplikasi sepanjang kehamilan termasuk alahan atau morning sickness.
Alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan simpton-simpton seperti muntah-muntah, pening kepala dan perut berasa sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku apabila anda baru bangun dari tidur dengan mengalami sedikit pening dan muntah, namun ada juga yang akan mengalaminya sepanjang hari.
Kebanyakan wanita hamil mengalami alahan disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.
Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Namun ada sesetengah wanita hamil mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.
Jika wanita hamil mengalami alahan dalam jangka masa pendek, ia tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Namun jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas.
Ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip.
Pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Nikita Willy yang kini sedang sarat hamil bakal melahirkan bayi sulungnya pada penghujung Mac ini memutuskan untuk menyambut kelahiran bayi sulungnya itu di Amerika Syarikat.
Nikita dan suaminya, Indra Priawan kini sudah pun menetap di sana sebagai persediaan awal untuk kelahiran bayinya.
Melalui saluran YouTube miliknya, penyanyi yang cukup popular menerusi lagu Ku Akan Menanti itu mengakui memilih negara itu kerana mempunyai fasiliti kesihatan yang lebih baik.
“Kami mahu pastikan Nikita dapat melahirkan dan mendapat rawatan yang terbaik.
“Jadi sebab itu, hal pertama yang kami fikirkan adalah mengenai fasiliti kesihatan terbaik buat Nikita ditambah pula dengan keadaan Covid-19 yang masih belum reda.
“Sebolehnya kami mahu semuanya lancar,” begitu kata Indra berkongsi.
Lebih hebat lagi bila mana pasangan ini memilih untuk melahirkan bayi mereka di Hospital Cedars-Sinai di Los Angeles yang cukup terkenal malah menjadi pilihan selebriti seperti Kim Kardashian dan Beyonce Say.
Malah khabarnya kelahiran si comel mereka nanti juga bakal disambut oleh Dr Thais Aliabadi yang turut sama menyambut kelahiran anak Kylie Jenner. Hebat!
Nikita sendiri mengakui amat gembira kerana dapat menjalani proses kehamilan dan bakal melahirkan anaknya di AS.
Menurut kata Nikita, selepas berpindah, kini kini dapat menjalani banyak rutin dan aktiviti kehamilan yang agak terbatas dilakukan di Indonesia.
“Bezanya pemeriksaan di sini lebih terperinci seperti ujian darah yang lebih lengkap. Malah setiap pemeriksaan ultrasound, saya harus test urin dulu supaya tidak ada bakteria yang membahayakan janin,” kongsinya lagi.
Semoga semuanya baik-baik sahaja buat Nikita sebelum melahirkan bayinya nanti. Aktress cantik ini dijangka melahirkan buah hatinya pada akhir Mac hingga awal April nanti.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pakar bedah terkenal, Dr Amalina Che Bakri berkongsi berita gembira kepada pengikut media sosial yang dia kini sedang hamil.
Menerusi kemas kini di instagram, Dr Amalina berkata, dia mengambil masa yang agak lama untuk berkongsi berita berkenaan kerana media sosial yang merupakan sebuah platform perkongsian boleh bertukar sebagai medium untuk orang menghakimi.
“Saya sangat teruja untuk berkongsi berita indah ini dengan anda semua, saya hamil!
Mencoretkan berita gembira itu melalui laman media sosial Instagram, Dr Nur Amalina, 35, nyata amat teruja berkongsi pengalaman kehamilannya.
“Saya akui bertugas dalam tempoh panjang dan pada masa sama menyiapkan PhD (Ijazah Doktor Falsafah) sememangnya sukar dan memenatkan.
“Saya melalui trimester pertama kehamilan yang sukar sehingga awal trimester kedua, terutama dengan alahan dan muntah sehingga kehilangan berat badan.
“Keletihan juga memainkan faktor. Apabila anda terpaksa menyiapkan pelbagai tugas, kadang-kala ia boleh menjadi cabaran yang nyata. Perkara yang dahulu boleh saya lakukan tiba-tiba menjadi satu tugas yang sukar,” katanya.
Dr Nur Amalina berkata, kajian diterbitkan dalam jurnal JAMA Surgery menunjukkan pakar bedah berkemungkinan mengalami kesukaran ketika hamil dan melahirkan anak sehingga terpaksa menangguhkan kehamilan mereka untuk mencari masa sesuai.
Suami & ibu banyak membantu dan memahami
Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana dikurniakan suami, Alexander Charles dan ibu, Sabariah Hassan, yang sentiasa memahami serta menyokongnya.
“Saya sangat bertuah kerana mempunyai suami yang sangat menyokong untuk melalui perjalanan ini bersama-sama. Dia sangat teruja dan membaca semua buku berkaitan bayi yang disyorkan.
“Malah, mungkin dia lebih banyak tahu mengenai kehamilan berbanding saya.
“Ibu saya sangat mengagumkan dan sentiasa memastikan saya makan dengan mencukupi. Ibu membekukan banyak makanan dalam peti sejuk sebelum pulang ke Malaysia baru-baru ini,” katanya.
Alahan makin kurang, mula rasa gerakan bayi
Dr Nur Amalina berkata, keadaannya kini bertambah baik dan berasa seronok melalui perjalanan sebagai wanita hamil apabila merasai pergerakan bayi dalam kandungan.
“Saya teruja berkongsi pengalaman terutama berkaitan realiti dan cabaran sepanjang kehamilan ini, termasuk perkara pendidikan perubatan berhubung kehamilan,” catatnya.
Dr Nur Amalina melangsungkan perkahwinannya dengan Alexander Charles itu di London, tahun lalu.
Beliau adalah pelajar cemerlang yang pernah mencatat sejarah dengan kejayaan meraih 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004.