Dr. Sheikh Muszaphar Shukor baru mengumumkan semalam bahawa isterinya, Dr. Halina hamil 13 minggu. Bukan hanya Dr. Sheikh Muszaphar sahaja yang gembira, malah seluruh rakyat Malaysia tumpang gembira apabila kehamilan ke empat Dr. Halina juga kembar sehingga nama Dr. Halina menjadi ‘Trending’ di Twitter.
Sebelum ini Dr. Halina juga pernah hamil kembar dan kedua-duanya anak lelaki iaitu Seikh Adam dan Sheikh Noah.
Terima Kasih kepada semua atas doa anda. Alhamdulillah kami bersyukur dengan segala doa yang baik-baik dari anda semua. Terima kasih sekali lagi.
Hamil di lewat usia datang dengan package cabaran yang berbeza. Saya dapat rasakan badan saya memberi riaksi berbeza berbanding kehamilan dahulu… yang sama hanyalah saya semakin membesar.
Waktu ini ketika saya berjumpa Dr @fara.azura, kawan lama saya dari Hosp Selayang…
Ads
Video pertama di sebelah kiri menunjukkan bagaimana kembar terletak bersebelahan di rahim. Dua kantung yang dipisahkan .. dan dua kantung yang terpisah. Seterusnya adalah bayi di sebelah kanan .. dan video terakhir adalah bayi di sebelah kiri …
Terima kasih sekali lagi atas doa anda semua. Sentiasa doakan kami X
Bukan mudah untuk hamil di usia 40an, tentu sekali banyak perubahan yang perlu Dr. Halina lalui. Namun begitu, Dr. Sheikh Muszaphar berjanji akan menjaga anak-anak mereka dan meminta agar Dr. Halina menumpukan perhatian kepada kandungan kembarnya.
Do be strong my love . Just hang in there and leave the workload of the kids to me .
Terdahulu, Dr Muszaphar berkahwin dengan Dr Halina Mohd pada Oktober 2010 dan dikurniakan dengan empat orang cahaya mata. Dua orang puteri yang diberi nama Sophea Isabella dan Sophea Natasha serta dua putera kembar, Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
Malaysia tidak merekodkan sebarang kes membabitkan penyakit Kawasaki termasuk 317 kanak-kanak yang positif Covid-19.
Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan langkah pencegahan perlu diambil untuk mengelakkan jangkitan kepada kanak-kanak.
Beliau berkata, penyakit Kawasaki adalah keradangan saluran darah atau vaskulitis terutamanya membabitkan kanak-kanak muda di bawah umur lima tahun.
“Kanak-kanak umur lima tahun ke bawah yang diserang sindrom ini akan mengalami gejala demam dan ruam di kawasan tertentu.
“Apabila virus menyerang saluran darah, jantung dan sebagainya ia akan melemahkan jantung serta saluran itu.
“Setakat ini di Malaysia tiada kanak-kanak yang direkodkan sindrom Kawasaki,” katanya.
Noor Hisham memberikan reaksi berkenaan bagi mengulas laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mendakwa terdapat sindrom seperti penyakit Kawasaki pada kanak-kanak yang positif Covid-19.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal dan maut telah ditentukan Allah. Namun rasa bersalah dan trauma masih dirasai ibu ini setelah si kecil pergi tatkala disisinya. Rindu yang tidak berpenghujung buat si kecil, tapi ibu ini yakin anaknya sedang menunggunya di syurga.
Catatan ini yang ditulis seorang ibu amat memilukan dan mendapat responds lebih 7,5000 warganet. Ibu ini langsung tidak menyangka anak kecil yang dilihat sihat rupanya mengalami jangkitan pada paru-paru atau pneumonia yang menjadi asbab pemergian anak syurga ini. Namun dia reda dengan ketentuan Allah.
Anak umi syggg.. Hari ini genap 103 hari anak saya AHMAD NOAH EDRYYAN tinggal kan saya….masih terngiang-ngiang tangisan dia. Terkenang-kenang senyuman dia. Terbau bau-bauan dia.
23/12/2018
Noah di lahirkan secara emergency czer pada 32 weeks kerana breech presentation, contraction pain & leaking awal since 26 weeks pregnancy. Di masukkn di NICU lebih kurang 17 hari..
Apabila Noah dibenar kan keluar dari wad umi rasa happy sangat.. Abang n kakak-kakak pun tak sabar nak tgu Noah..Noah sangat aktif dan menyusu dengan baik skali. tetapi..
2/2/2019
Pada 02/02/2019 ibarat mimpi ngeri bagi saya. Kebetulan saya pulang ke kampung saya Melaka kerana kenduri. Tapi saya plan memang tak pergi pun kenduri tu cuma nak dok rumah family je dengan Noah kat Melaka tu coz dia still kecik lagi lebih-lebih lagi Noah is baby prematured.
Selama ni Noah sihat je tapi pada hari kejadian Noah last breastfeed lebih kurang jam 12.30 pagi. Then jam 3.00 pagi camtu sy tersedar coz kakaknya Mayra nangis nak susu.. Husben saya tolong buatkn..
CECAIR KELUAR DARI HIDUNG, NOAH SENYAP & TAK ALERT
Then sy toleh pada Noah dan kejut kan untuk menyusukn dia. Tapi pelik kenapa senyap je then kejut-kejut Noah dah tak alert. Senyap je.
Terus saya cepat-cepat angkat Noah dan lakukan CPR dan masa tu dah keluar cecair darah sikit dari hidung Noah dan terdetik di hati saya masa tu dia dah takde tapi saya tetap nafikan dan cepat-cepat terus bawa ke hospital.
Sampai kt hospital saya meraung menjerit pada staff kecemasan untuk selamatkan ank saya. Doc keep on CPR dan intubate untuk selamatkan Noah lebih kurang 30 minit. Tetapi Noah tetap tak dapat diselamatkan.
NOAH ALAMI PNEUMONIA, SAKIT DALAM SENYAP
Terpaksa melakukan post morterm kerana dah jadi kes polis n base on post morterm is lung infection..PNEUMONIA..
Saya ingat kan Noah tersedak susu tapi rupanya dia dah sakit dalam senyap. Tak de sign & simptom apapun cuma selsema sikit je. Dalam tidur dia pergi tinggalkan saya, di sisi saya..
Umi gagal jaga Noah dengan baik. Maafkan umi sayang. Kalau la saya tersedar awal pagi tu maybe Noah still lagi bersama dengan saya sehingga ke hari ini.
BENGKAK SUSU, PERLU AMBIL PIL UNTUK HENTIKAN PENGHASILAN SUSU
Pada masa itu dengan dugaan saya bengkak susu dan terpaksa perah keluar susu untuk kuragkan bengkak. Saya terpaksa ambil pil stop susu. Tanpa bayi di sisi susu dibuang mcm tu je.
Kalau la saya notice awal dalam diam Noah menderita sakit memang saya bawak Noah ke hospital dan akan duduk diam-diam je kt NICU tu sehingga Noah betul-betul sihat.
Lebih-lebih lagi Noah baru je jumpa doc pada 28/1/2019 di Hospital ****** dan doc menyatakan Noah sihat.
BUKAN REZEKI NOAH MEMBESAR DENGAN KELUARGA
Saya tak blame mana-mana pihak. Dah tercatat di loh mahfuz akan pengakhirannya. Allahu…Bukan rezeki kami Noah akan membesar dengan kami. Sekurang kurangnya dapatlah saya menjaga Noah selama 42 hari usianya. Menyusukan dia sepenuhnya dengan susu badan saya.
UMI MASIH TRAUMA
Sejujurnya saya sangat tidak kuat tapi saya cuba untuk kuat demi anak-anak yang lain. Saya masih rasa sgt trauma bila tiba-tiba saya tersedar waktu malam terus saya akan teringat kejadian pagi tu..
Saya akan tengok anak-anak saya yang lain mereka ok atau tidak dan kadang-kadang sampai sekarang saya masih menyalahkan diri sendiri.
MAAFKAN UMI SAYANG…
Saya as medical staff pun gagal untuk jaga ank sendiri.. Allahuuu maafkan umi sayang.. Noah dijangkiti kuman dari abang dan kakak2-kanaknya yang kebetulan pada masa tersebut mereka pun tak berapa sihat. Lebih-lebih lagi paru-paru Noah tak cukup matang lagi dan memang sangat-sangat mudah dijangkiti.
BAYI KECIL JANGAN DEDAHKAN KEPADA ORANG LUAR
Please ibu-ibu yang masih mempunyai bayi yang baru lahir janganlah terlalu expose dengan orang luar atau bawak keluar pergi jalan-jalan di public. Its too early, baby still fragile.
Jauhkan la baby dengan siapa-siapa yang tidak sihat. Baby mudah sangat di jangkiti..Saya cukup takut bile tengok kecik-kecik lagi dah bawak baby keluar sana sini.
Terima kasih semua yang mendoakan utk arwah ank saya AHMAD NOAH EDRYYAN. Pada bulan Ramadan yang mulia ini doakan saya kuat dan sentiasa redha utk hadapi semuanya.
BERLARILAH KAMU DI SYURGA
Berlari-lari kamu kat sana wahai ank syurga umi abi. Sentiasa doakan kami ye sayang. Di sana lah tempat terbaik untuk awak noah. Awak sentiasa dalam hati umi sampai bila-bila.. Tunggu umi ye sayang. Sampai waktunya dengan izin Allah kita akan ketemu jua..❤️❤️❤️ Noah jenguk2 umi ye dlm mimpi umi tau syggg.Alfatihah ?
Alahai anak.. Tiba-tiba tengok warna merah penuh muka ingatkan darah rupanya inai dalam botol yang disapu pada muka. Bertuah sungguh anak! Patutlah orang kata sementara anak-anak nak membesar, pantang leka sikit, adalah apa-apa yang dilakukannya.
Pengalaman seorang ibu ini yang terkejut ingatkan anaknya cedera bermain apa-apa benar-benar buatkannya urut dada dan tarik nafas panjang. Mana taknya diam-diam bermain, sekali tengok dah habis seluruh muka cecair inai botol ‘dikerjakan’ anak.
“Terkejut umi..”
Seperti perkongsian seorang ibu dikenali sebagai Siti Norehan di laman TikTok, dia menceritakan detik-detik cemas apabila melihat wajah anak dan tapak tangan yang berlumuran dengan pewarna inai.
Menerusi video pendek tersebut, kanak-kanak ini hanya mendiamkan diri dan seolah-olah faham kesalahannya.
Tanpa menangis dan mata hanya berkelip-kelip itu membuatkan umi pun tak sampai hati nak marah.
Jelas ibu ini, pada mulanya dia turut terkejut melihat keadaan anaknya ketika itu. Difahamkan anaknya bermain dengan pewarna inai celup milik kakaknya.
Apa yang buatkan si ibu pening bila memikirkan bagaimana nak menghilangkan warna merah inai di dahi kerana apabila dah siap mandi pun memang kesan inai tu masih lagi tak tanggal.
Tak tahu berapa lama ambil masa untuk hilangkan. Bertabahlah anak! Umi pun tak boleh nak buat apa dah. Nak tak nak bertanda merahlah dulu buat sementara waktu ini.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan telatah kanak-kanak ini dan sempat membuat jenaka.
“Berapa lama nak hilang tu dik…”
“Ya Allah terperanjat aunty dik, tengok hang macam tu..”
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!