Teka-teki kehamilan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza akhinya terjawab bila mana pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu itu tampil membuat pengumuman mengenai kehamilan keduanya yang kini sudah pun memasuki empat bulan.

Perkhabaran gembira itu disampaikan Tok Ti menerusi satu sesi dalam talian sebentar tadi. Malah menerusi instagram peribadi miliknya, penyanyi kesayangan ramai ini juga turut memaklumkan hal yang sama.

Aafiyah Jadi Kakak! Dah 4 Bulan, “Doakan Saya Kuat & Adik Aafiyah Selamat Dilahirkan”

Perkongsian yang pastinya menggembirakan seluruh keluarga juga peminat-peminat penyanyi nombor satu itu.

“Alhamdulillah, benar saya hamil anak kedua,” katanya sebentar tadi dalam satu sesi dalam talian.

Dalam pada itu, menerusi instagram miliknya, Tok Ti turut menghebahkan kehamilannya secara rasmi kepada semua pengikutnya.

IKLAN

“Alhamdulillah. Hari ini 1 Disember 2020, saya dan suami membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang sudah pun berusia 4 bulan.

“Tiada niat untuk berdiam diri selama beberapa bulan ini namun saya dan suami berfikir, apabila tiba waktu yang sesuai, kami tetap akan berkongsi berita ini dengan semua, terutamanya keluarga, saudara mara, sahabat handai, para peminat dan sesiapa sahaja yang mengenali kami,” katanya.

IKLAN

Turut ditemani suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, Tok Ti turut memohon doa daripada semua agar kehamilan kali keduanya ini dipermudahkan sehingga tiba detik melahirkan nanti.

“Saya memohon doa kalian supaya saya dan bayi di dalam kandungan diberikan kesihatan, dipermudahkan hari-hari saya ke depan ini sehinggalah saat melahirkan nanti.

Aafiyah Jadi Kakak! Dah 4 Bulan, “Doakan Saya Kuat & Adik Aafiyah Selamat Dilahirkan”

IKLAN

“Terima kasih sekali lagi kepada kalian yang sangat memahami dan tidak putus mendoakan saya selama ini. Saya amat bersyukur di atas kurniaan Allah ini, anugerah yang sangat berharga kerana saya diberi peluang untuk hamil selepas Siti Aafiyah berusia dua tahun lebih.

“Alhamdulillah. Terima kasih semua dan doakan saya ya,” katanya.

 

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI