Bagi langkah pencegahan untuk mengelakkan penularan wabak virus Covid-19 yang merbahaya, ibu hamil yang bakal melahirkan perlu menjalani ujian saringan bagi memastikan diri bebas dari virus tersebut.
Seperti yang dikongsikan oleh pelakon Nadzmi Adhwa dalam hantaran video terbarunya yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya. Dalam entri tersebut Nadzmi mendedahkan dia dan isterinya Ardell Aryana perlu menjalani pemeriksaan Covid-19 sebelum isterinya itu melahirkan anak pertama mereka tidak lama lagi.
Menurut Nadzmi ujian tersebut adalah SOP (Prosedur Operasi Standard) terbaharu yang perlu dipatuhi sebelum isterinya bersalin di mana-mana hospital.
Menerusi perkongsian tersebut, Nadzmi menunjukkan proses bagaimana ujian tersebut dilakukan.
Ads
Tambahnya lagi, dia yang pada mulanya enggan membuat ujian tersebut namun demi anak yang bakal dilahirkan, mereka berdua akur dan membuat ujian saringan tersebut.
Covid 19 Test
Ads
Doakan kami agar baik baik sahaja. SOP terbaru sekarang ni sebelum bersalin wajib amik covid 19 test ni. Punya lah taknak buat test dari awal tapi disebabkan anak @babyadhwardell anytime je nak keluar dah kami sudah di test Anda bila?
Ramai ibu luah risau tentang pemakanan anak, terutama apabila mendengar kisah ayam cucuk yang dikatakan boleh membahayakan anak, lebih-lebih lagi jika anak mengalami eczema. Siapa yang tidak risau apabila anak masih kecil tetapi sudah terdedah kepada pelbagai sumber makanan yang tidak pasti keselamatannya?
Menerusi Threads, seorang pakar pemakanan bertauliah, Dietitian Aliah, berkongsi penjelasan yang padu dan tepat untuk ibu-ibu. Biarpun isu ayam cucuk nampak biasa, penjelasan ini amat penting supaya ibu lebih yakin dalam memilih makanan anak dan memahami fakta sebenar di sebalik istilah tersebut.
Semalam, seorang ibu berkongsi kebimbangan:
“Ayam banyak kena cucuk, bahaya untuk anak, especially yang ada eczema.”
Rupanya ramai ibu lain juga belum update dengan ilmu sebenar
Tulisnya lagi sebenarnya, ayam memang disuntik, tetapi bukan hormon. Suntikan itu biasanya vaksin, bertujuan untuk mencegah penyakit berjangkit di ladang. Ia bukan ubat cepat besar atau hormon seperti yang disangka ramai.
Di Malaysia, penggunaan hormon dalam penternakan ayam telah lama dilarang. Ayam cucuk cepat besar kerana:
🐣 Ayam biasa (reban moden) – Cepat besar kerana kawalan suhu, cahaya, baka khas dan pelan makanan optimum.
🐓 Ayam kampung / free-range – Makan secara semula jadi, saiz lebih kecil, daging agak liat.
🥚 Ayam organik – Tiada antibiotik, makanan non-GMO, lebih bersih (“clean”), tetapi harganya lebih mahal.
Ada ibu yang berkata:
“Saya nampak mereka letak ubat dalam makanan ayam.”
Betul, ubat itu adalah antibiotik, digunakan untuk:
Namun, antibiotik mesti mempunyai tempoh rehat (withdrawal period). Ayam tidak boleh disembelih terus selepas diberi ubat, perlu tunggu beberapa hari supaya semua ubat keluar dari badan.
Jika ladang tidak patuh peraturan, risiko yang mungkin berlaku ialah:
Seorang veterina yang pernah bekerja di ladang selama hampir setahun menjelaskan:
Poultry yang nampak “dicucuk” adalah sebahagian daripada program imunisasi. Vaksin ini dicipta untuk mencegah penyakit zoonotik dan mengurangkan kerugian penternak.
Tiada istilah “injection hormone”. Ayam cucuk cepat besar kerana faktor baka genetik dan makanan berkualiti tinggi.
Bukan ayam yang menyebabkan eczema, tetapi cara bela dan kualiti sumber ayam boleh menjadi pemicu jika sistem badan anak sensitif. Selain itu, bahan tambahan seperti perasa, pewarna, dan pengawet juga boleh mengganggu sistem imun dan mencetuskan flare bagi anak yang sensitif.
Fokus pada memilih sumber ayam yang betul, bukannya takut ayam itu sendiri. Pastikan ibu bijak menilai maklumat dan tidak terpengaruh dengan mitos tentang ayam cucuk.
Kesilapan meneran sebelum pintu rahim terbuka sepenuhnya, risiko rahim jatuh amat tinggi. Apakah keadaan rahim jatuh?
Menurut Dr.Nurhazinat Yunus, Pakar Obstetrik & Ginekologi, masalah rahim jatuh berlaku apabila rahim turun dari kedudukannya yang normal. Utero vaginal prolapse (UVP) adalah keadaan di mana rahim bersama vagina atau faraj turun dari kedudukan yang sepatutnya.
Masalah rahim jatuh juga boleh berlaku bersama kejatuhan pundi kencing pada bahagian hadapan (dipanggil anterior wall prolapse atau cystocoele), atau kejatuhan saluran usus pada bahagian belakang (dipanggil posterior wall prolapse atau enterocele/rectocele).
Masalah rahim jatuh boleh berlaku dengan sendiri. Tetapi ia juga boleh dikaitkan dengan rahim terkeluar daripada anterior (depan), atau posterior (belakang) dinding faraj, atau kedua-duanya.
HAKIKATNYA SELEPAS BERSALIN, SEGELINTIR WANITA HANYA AKAN MENGALAMI MASALAH RAHIM JATUH PERINGKAT PERTAMA. OLEH ITU, MEREKA PERLU LEBIH PRIHATIN MENJAGA ORGAN PERANAKAN TERSEBUT DENGAN MENGAMALKAN PEMAKANAN YANG SIHAT, MENGELAK SEMBELIT, MELAKUKAN SENAMAN LANTAI PELVIS.
Walaupun masalah ini normal, tetapi ramai wanita malu untuk mendapatkan rawatan. Jika dibiarkan, ia boleh menjadi serius dan memerlukan rawatan intervensi seperti memakai gelang vagina atau menjalani pembedahan membuang rahim atau menaikkan vagina yang jatuh.
Peringkat pertama
Rahim jatuh sedikit sahaja daripada kedudukan normal, tetapi masih di dalam vagina atau faraj. Pada peringkat ini kebanyakan wanita tidak mengalami apa-apa simptom. Jika adapun, kebiasaannya wanita hanyalah perasan ada rasa berat pada bahagian rongga pelvis sahaja.
Peringkat kedua
Sebahagian dari rahim telah keluar dari vagina. Pada peringkat ini wanita tersebut mungkin merasa sakit belakang, perasaan berat pada bahagian pinggang ke bawah, dan yang pastinya terdapat benjolan bahagian serviks terkeluar melalui bukaan vagina terutamanya ketika berdiri.
Peringkat ketiga
Keseluruhan rahim berada di luar vagina. Biasanya keadaan ini akan bersama dengan kejatuhan pundi kencing pada bahagian hadapan, dan kejatuhan saluran usus besar pada bahagian belakang. Namun pada peringkat ini, organ ini masih lagi boleh ditolak masuk ke dalam vagina semasa pesakit baring di atas katil.
Peringkat keempat
Keadaan organ jatuh seperti peringkat ketiga, namun pesakit tidak boleh memasukkannya kembali ke dalam vagina biarpun pada keadaan baring. Mungkin wanita tersebut boleh mengalami masalah membuang air kecil dan sukar mengawalnya.
SIAPAKAH YANG BERISIKO?
OTOT LANTAI PELVIS & LIGAMEN LEMAH JADI PUNCA
Rahim jatuh berlaku apabila otot lantai pelvis dan ligamen sekitarnya menjadi lemah, lantas tidak mampu memberi sokongan secukupnya kepada rahim. Oleh itu, rahim akan melorot jatuh atau tersembul keluar daripada bukaan faraj.
Rahim jatuh boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak mengira usia, namun ia sering berlaku pada wanita yang sudah putus haid (menopaus) yang pernah bersalin secara normal. Kerosakan pada otot lantai pelvis dan ligamen semasa kehamilan dan proses bersalin, kesan graviti, ketiadaan hormon estrogen dan perbuatan meneran berulang-ulang kali selama bertahun-tahun, boleh membawa kepada kekenduran otot lantai pelvis dan menyebabkan rahim jatuh.
4 AMALAN SIHAT ELAK RAHIM JATUH
Cara berpantang yang betul boleh mengurangkan risiko terjadinya rahim jatuh.
LANGKAH PENCEGAHAN
Semasa bersalin: Elakkan meneran terlalu awal, sebelum pintu rahim terbuka sepenuhnya Semasa hamil: Lakukan senaman lantai pelvis. Selepas bersalin: Elakkan dari mengalami sembelit. Lakukan senaman lantai pelvis secara berterusan. Elakkan dari berdiri berpanjangan, mengangkat barang berat dan masalah batuk yang kronik. Buat senaman lantai pelvis setiap hari.
5 LANGKAH SENAMAN LANTAI PELVIS (KEGEL EXERCISE)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kadang kala menangis boleh buatkan emosi seorang itu tenang. Begitu juga bagi seorang wanita bergelar ibu. Memang secara luarannya nampak kita kuat tapi dalam hati siapa tahu kan.
Kalau Perlu Menangis, Menangislah. Kita Bukan Superwoman Selamanya
Melalui perkongsian Puan Nadia Bakar, ibu adalah individu hebat. Cuma jika sampai pada tahap tertentu, kita juga kena mengalah. Mengalah tak semestinya kita lemah cuma ia adalah cara kita luahkan apa yang terbuku di hati.
Dulu, saya ingatkan orang yang suka menangis, si cengeng, si cembeng ni lemah dalam ujian hidup. Rupa-rupanya saya silap!
Ibu,
Kalau perlu menangis kerana penat dan lelah, emosi yang berat tak tertanggung, menangislah. Menangislah.
Kita hanya manusia biasa yang dikurniakan Tuhan dengan pelbagai emosi.
KITA BUKAN SUPERWOMAN. NO SUCH THING AS SUPERWOMAN.
Nampak gagah di depan khalayak, nampak seperti “I’m always fine.”
Sedangkan hakikat yang sebenarnya, kita selalu menangis, memendam seorang diri. Kita takut dikatakan kita lemah, sedangkan Tuhan dah buat cukup cantik diri kita ni pakej sekali dengan emosi sedih tu.
Ambil masa untuk menangis, lepaskan segala yang terbuku di dada. Di depan anak-anak pun tak mengapa, langsung tak jadi dosa.
Supaya anak-anak kita belajar mengenal jenis-jenis emosi. Supaya mereka tahu ibu juga manusia yang sama seperti mereka.
Dari situ anak-anak juga belajar cara untuk meluahkan perasaan sebagai seorang yang namanya manusia dan mereka akan belajar jadi manusia yang lebih fleksibel. Mudah mengerti situasi orang lain.
Tidaklah bila anak dah besar nanti dia hilang simpati dan empati pada ibu sendiri. Melarat pula kepada orang lain kerana tersalah judgement.
Waktu tu juga jangan pula kita pelik kenapa anak-anak tak terfikir pun nak temankan kita yang sendirian di rumah menghabiskan sisa-sisa hidup.
Kerana yang dia tahu ibunya sentiasa okay, kuat, superwoman. Semuanya ibu boleh selesaikan sendiri tanpa bantuan orang lain.
Ini kisah benar yang saya nampak sendiri.
** Antara intipati yang saya dapat daripada talk Dr Siti Rohana hari tu.
Minta tolong sampaikan kepada wanita yang kita sayangi. Mungkin ramai yang belum tahu.
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.