Menghitung hari menantikan kelahiran cahaya mata pertama, comel je pasangan selebriti Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana dalam entri terbaru mereka di akaun Instagram milik Nadzmi.
Dalam perkongsian tersebut, Nadzmi dan Ardell yang memakai baju merah sedondon mengalunkan zikir buat bayi dalam kandungan Ardell.
Menurut Nadzmi setiap kali zikir tersebut diperdengarkan, pasti bayi mereka akan respon dan membuat pergerakan.
Melihatkan kondisi Ardell yang sedang sarat itu, memang tunggu hari sahaja untuk melahirkan bayi sulung mereka.
Bila dilihat pada perkongsian tersebut, nampaknya pasangan ini sudahpun membuat akaun Instagram buat bayi mereka yang bakal lahir dengan menggunakan akaun @babyadhwardell yang dilihat sudah mempunyai lebih dari 10 ribu pengikut.
Ardell dan Nadzmi mendirikan rumah tangga pada 1 September tahun lalu di kediaman keluarga Ardell di Seri Kembangan, Selangor. Pada penghujung tahun lalu, pasangan ini mengumumkan kehamilan cahaya mata mereka yang pertama yang pada ketika itu sudah berusia 4 bulan.
Ditentukan Allah untuk mengikat tali cinta di sewaktu muda, usahawan berjaya, Datuk Alif Syukri bagaimanapun tidak mahu anak-anaknya mengikut jejaknya dan isteri yang mendirikan rumah tangga pada usia muda.
Bagi dirinya, masa muda sepatutnya diisi dengan ilmu terlebih dahulu sebelum memikul tanggungjawab yang besar.
Menerusi perkongsian videonya, bapa kepada enam anak ini turut mahukan anaknya berjaya terlebih dahulu sebelum melangkah ke jinjang pelamin.
“Saya ni bukan Tuhan nak menghalang jodoh, ajal ketentuan kan di tangan Tuhan tapi sebolehnya saya tak nak kalau anak saya kahwin muda, sebab saya pernah merasa bagaimana kahwin muda.
“Kalau boleh saya nak dia explore dulu, nak ada pelajaran dulu, of courselah saya nak anak saya ada pendidikan yang baik.
“Saya nak dia lengkapkan diploma, ijazah dan sebagainya dahulu sebolehnya tapi kalau jodoh datang awal saya terpaksa reda,” luahnya berkongsi.
Menurut Datuk Alif lagi, dia yang dilahirkan dalam keluarga yang ramai juga turut mahukan anak ramai namun bersyukur dianugerahkan dengan enam rezeki cahaya mata.
Malah bapa penyayang ini turut menitipkan ucapan kepada ibu bapa agar sentiasa menghargai dan menjadikan anak sebagai sahabat yang baik.
“Saya ni sebenarnya ada adik beradik yang ramai. Bila ada adik beradik ramai ni saya happy. Kalau boleh saya nak ada 12 orang anak tapi alhamdulillah saya ada enam anak. Bagi saya tu dah cukup ramai, alhamdulillah.
“Bagi saya setiap anak ini ada rezekinya. Setiap anak lain ragamnya, lain auranya dan setiap anak ada rezeki masing-masing. Jadi sebab itulah saya suka ramai anak.
“Kepada mak ayah semua yang ada anak ramai, saya doakan anda menjadi seorang mak bapak yang baik, menghargai anak dan jadikan anak sebagai sahabat. Inshallah kehidupan kita lebih bahagia.
“Hargai keluarga selagi mereka ada, kalau tak ada nanti kita rindu,” ujarnya lagi berkongsi.
Tak lama lagi, aktres cantik Umi Nazeera bakal menyambut kelahiran anak sulungnya. Sebagai ibu pertama kali, dia ingin mengetahui lanjut mengenai pemakaian barut kepada bayi.
Baru-baru ini Umi turut berkongsi perkembangan kandungannya yang mengalami plasenta previa tahap dua. Para follower juga turut berkongsi tip dan pengalaman plasenta previa semasa hamil.
Umi Nazeera yang mendirikan rumah tangga dengan Dr. Mohd Izzar Anwari pada 2017 menyuarakan keinginan untuk mengetahui lanjut mengenai barut bayi di Instagram.
Anyway Ummi baru belajar apa tu Barut baby.. Persoalannyaaa… apa kegunaan barut baby ni ya ?
Ada sesetengah ibu hamil akan mengalami gejala ‘morning sickness’ yang teruk ketika awal trimester kehamilan. Semuanya jadi serba tak kena dan sukar bagi ibu hamil melalui rutin harian.
Muntah dan mual menjadi “sahabat” baik ibu hamil sepanjang tiga bulan pertama atau ada yang lebih teruk gejala mual dialami sehingga saat hendak melahirkan bayi. Bertabahlah!
Sebenarnya ada banyak perkara yang boleh menyebabkan ibu hamil mengalami mual dan muntah-muntah. Anda perlu tahu apa punca menyebabkan mual berlaku, barulah tahu cara untuk mengatasi mual yang sangat meletihkan. Antara penyebab mual berlaku pada ibu hamil adalah seperti berikut:
1. Gejala asid gastirk
Bagi ibu hamil yang memang mempunyai sejarah gastrik, dia akan mudah terkena mual dan muntah. Apatah lagi sekiranya ibu sering membiarkan perutnya kosong dalam waktu yang lama. Dia akan mudah mengalami mual dan muntah disebabkan paras asid gastrik yang naik.
2. Hormon meningkat
Punca asid gastrik naik berulang disebabkan hormon dalam badan meningkat. Hormon yang meningkat adalah hormon estrogen. Hormon ini mempengaruhi keadaan asid gastrik seseorang. Ketika asid gastrik meningkat maka ibu pun mula merasa mual. Hormon estrogen lebih banyak dihasilkan pada waktu pagi, itulah sebabnya ramai ibu mengalami mual pada waktu pagi.
3. Hormon HCG
HCG adalah hormon yang boleh mengesan kehamilan seseorang. Perubahan inilah yang menyebabkan berlaku tanda kehamilan dan ibu mula mengalami mual dan muntah.
4. Metabolisme berubah
Kadar metabolisme dalam badan boleh mempengaruhi sistem imun. Ketika awal kehamilan, metabolisme di dalam badan akan berubah. Metabolisme menjadi lebih lambat dibandingkan sebelum positif mengandung. Itulah yang menyebabkan bakal ibu mual dan muntah.
5. Sistem penghadaman tertekan
Ada juga ibu yang mengalami mual di akhir kehamilan apabila kandungan semakin membesar. Perkembangan bayi yang menekan organ penghadaman dan saluran penghadaman menyebabkan ruang menjadi sempit dan ibu mudah terasa mual.
6. Psikologi
Ada juga ibu yang mengalami mual dan muntah kerana faktor terlalu kerap memikirkannya. Perasaan tertekan dan stres menjadi punca utama ibu rasa mual dan hendak termuntah.
Biarpun gejala mual ketika hamil dianggap sebagai perkara normal di kalangan ibu hamil, tetapi ada petanda bahaya pada nyawa ibu yang mengalami masalah mual luar biasa.
Petunjuk tersebut mesti difahami oleh bakal ibu dan ayah supaya segera mendapatkan rawatan untuk mengelakkan daripada gejala menjadi lebih buruk dan membahayakan nyawa ibu dan anak dalam kandungan.
Bakal ayah juga perlu lebih prihatin dan jangan menganggap isteri anda mengada-ngada atau sengaja melayan mual dan muntah yang dialaminya.
Berikut adalah petunjuk bahaya mual pada ibu hamil yang mesti segera mendapatkan rawatan lebih lanjut.
1. Ibu hamil akan terus mual dan muntah sebaik makan atau minum.
2. Jumlah air kencing sangat sedikit.
3. Badan terus lemah dan lesu sehingga tidak boleh bangun dari tempat tidur.
Sekiranya ibu hamil ada mengalami ciri-ciri tersebut ia menunjukkan anda bukan mengalami gejala mual dan muntah biasa tetapi lebih kepada penyakit hiperemisi gravidarum.
Penyakit ini adalah masalah mual dan muntah yang berlebihan. Rawatan intensif di hospital sangat diperlukan untuk mengembalikan keadaan ibu seperti sedia kala. Jika tidak dirawat dengan segera, ia akan membahayakan nyawa ibu hamil kerana kekurangan cecair dan tenaga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kadar Kelahiran Malaysia mencatat paras terendah sejak 1980 apabila hanya 414,918 kelahiran direkodkan pada 2024. Apakah kesannya terhadap ekonomi, tenaga kerja dan masa depan negara?