Setiap kali menimang cahaya mata baru, pasti nama yang baik-baik menjadi pilihan ibu dan ayah. Sebagai Umat Islam juga kita memang digalakkan untuk memberikan nama yang mempunyai maksud yang baik untuk anak-anak. Tujuannya supaya nama tersebut dapat membina keperibadian yang tinggi buat anak sesuai dengan nama yang dipilih.
Isteri kepada pelawak Fad Bocey, Syaheera Rahman dalam hantaran terbarunya di Instagram berkongsi maksud nama cahaya mata keempat mereka, Ibrahim Jibriel.
Tidak hanya maksud nama, posting terbaharu Syaheera juga turut memaparkan wajah comel Ibrahim yang kini sudah berusia 7 hari.
Syaheera berkongsi wajah penuh puteranya buat pertama kali selepas selamat melahirkan cahaya mata keempatnya itu pada 20 Oktober yang lalu.
“Maksudnya: Aku memperlindungkan kamu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang maha sempurna daripada syaitan, binatang berbisa dan mata yang dengki.
Ads
“Assalamualaikum, saya baby Ibrahim Jibriel. Hari ini hari ke-7 saya dilahirkan. Doakan saya menjadi anak yang soleh dan sentiasa di dalam perlindungan Allah S.W.T,” coretnya.
Terdahulu, Fad dan Syaheera mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015.
Ads
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu pasangan kembar Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan serta seorang puteri, Nur Aminah Mishal.
Syaheera selamat melahirkan Ibrahim pada 20 Oktober lalu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Proses kelahiran merupakan satu pengalaman besar dalam kehidupan seorang wanita dan sering kali disertai dengan pelbagai emosi, cemas, teruja dan penuh debaran.
Walaupun setiap pengalaman bersalin adalah berbeza, memahami apa yang akan berlaku dalam bilik bersalin sedikit sebanyak dapat membantu ibu membuat persediaan mental dan fizikal yang lebih baik.
Berikut adalah beberapa perkara penting yang lazimnya berlaku dalam bilik bersalin, khususnya bagi ibu yang merancang untuk bersalin secara normal.
1. Masuk ke bilik bersalin hanya selepas fasa aktif bermula
Tidak semua ibu akan terus dimasukkan ke bilik bersalin sebaik sahaja tiba di hospital. Sebaik sahaja ibu merasakan kontraksi, doktor akan melakukan pemeriksaan dalaman bagi menentukan tahap bukaan serviks.
Pemeriksaan ini melibatkan kemasukan jari ke dalam faraj bagi mengukur luas bukaan. Sekiranya bukaan serviks masih kecil (fasa awal kelahiran), ibu akan ditempatkan di wad terlebih dahulu.
Hanya apabila kontraksi berlaku secara konsisten (contohnya setiap 5 minit), barulah ibu akan dibawa masuk ke bilik bersalin. Biasanya sekitar bukaan empat ke lima sentimeter.
2. Prosedur pembersihan sebelum bersalin
Sebelum proses kelahiran bermula, jururawat biasanya akan memberikan ubat pelawas untuk menggalakkan pembuangan air besar. Langkah ini bertujuan untuk memastikan saluran peranakan dalam keadaan bersih semasa meneran.
Ibu juga digalakkan untuk mencukur bulu kemaluan sebelum masuk ke bilik bersalin. Ini dapat memudahkan proses sekiranya perlu dilakukan episiotomi atau pembedahan kecil.
3. Suhu dalam bilik bersalin
Bilik bersalin biasanya diselaraskan pada suhu yang sejuk bagi tujuan kebersihan dan keselesaan pasukan perubatan. Namun, suhu yang rendah ini boleh menyebabkan sesetengah ibu berasa terlalu sejuk sehingga menggigil atau demam.
Oleh itu, ibu dinasihatkan membawa pakaian tebal seperti stokin dan jaket. Selimut tambahan juga boleh diminta daripada jururawat. Jika terpaksa menahan sakit lebih lama sebelum bersalin, ibu terpaksa berada lama di bilik bersalin.
4. Penggunaan ubat tahan sakit
Semasa fasa aktif kelahiran, kontraksi akan menjadi semakin kerap dan kuat. Jika ibu memerlukan bantuan untuk menahan kesakitan, doktor akan mencadangkan beberapa pilihan seperti gas entonoks, suntikan pethidine atau epidural.
Namun, ubat-ubatan ini mungkin memberi kesan sampingan seperti rasa mengantuk atau loya. Sesetengah ibu mengadu terlalu mengantuk sehingga tidak mampu meneran dengan berkesan. Meskipun begitu, ramai juga ibu menyatakan bahawa ubat tahan sakit sangat membantu mereka untuk kekal tenang sepanjang proses kelahiran.
5. Bantuan alat kelahiran
Dalam kebanyakan kes, bayi akan dilahirkan melalui teranan semasa kontraksi. Namun, jika proses kelahiran memakan masa terlalu lama atau laluan kelahiran terlalu sempit, doktor akan melakukan episiotomi (potongan kecil di perineum) untuk memudahkan bayi keluar.
Sekiranya episiotomi tidak mencukupi, penggunaan alat bantu seperti vakum atau forsep mungkin diperlukan.
6. Sentuhan kulit ke kulit dengan bayi
Setelah bayi selamat dilahirkan, jururawat akan menunjukkan bayi kepada ibu untuk pengesahan jantina. Bahagian hidung dan mata bayi akan dibersihkan sebelum diberikan kepada ibu untuk melakukan sentuhan kulit ke kulit (skin-to-skin contact).
Sesi ini sangat penting kerana ia membantu menstabilkan suhu badan bayi dan menggalakkan hubungan awal antara ibu dan anak. Ini juga waktu terbaik untuk menyusukan bayi buat kali pertama.
Jika tiada komplikasi, bayi akan dibawa ke nurseri untuk dimandikan dan diazankan oleh bapa.
7. Proses mengeluarkan uri
Selepas bayi dilahirkan, langkah seterusnya ialah mengeluarkan uri (plasenta) daripada rahim. Tempoh antara kelahiran bayi dan pengeluaran uri biasanya tidak lama, iaitu antara 5 hingga 30 minit.
Sesetengah ibu mungkin merasai kontraksi ringan sebagai tanda uri mula terpisah daripada dinding rahim. Namun begitu, ramai ibu tidak menyedari proses ini berlaku kerana kurang rasa sakit berbanding kontraksi utama.
8. Jahitan episiotomi dan pemantauan selepas bersalin
Sekiranya dilakukan episiotomi, jahitan akan dilakukan sejurus selepas uri dikeluarkan. Walaupun mungkin terasa sakit, kebanyakan ibu menyatakan ia boleh ditahan kerana sakit kontraksi adalah lebih mencabar.
Setelah selesai dijahit, ibu akan dipantau seketika bagi memastikan rahim mengecut dengan baik dan tiada pendarahan berlebihan. Setelah semuanya stabil, barulah ibu akan dipindahkan ke wad untuk berehat.
Mengetahui apa yang berlaku dalam bilik bersalin dapat membantu mengurangkan rasa cemas dan menyediakan ibu untuk menghadapi detik yang sangat penting dalam kehidupan.
Walaupun proses kelahiran tidak dapat dijangka sepenuhnya, persediaan mental, fizikal dan emosi yang baik dapat membantu ibu melaluinya dengan lebih tenang.
Ingatlah, setiap ibu itu kuat, dan setiap kelahiran adalah satu keajaiban.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mempunyai tanda lahir bukanlah suatu yang pelik sebenarnya, namun oleh kerana tanda lahir yang agak ketara pada muka, seorang kanak-kanak yang masih kecil dipanggil buruk dan ‘cacat’ oleh segelintir masyarakat yang tidak prihatin.
Marianna Bowering dari Adelaide sangat menyayangi anak perempuannya yang diberi nama Angelica. Mempunyai tanda lahir di bahagian muka yang turut dikenali sebagai “port wine stains”, ibu ini menganggap ia adalah satu keunikan yang ada pada anak perempuannya itu.
Angelica dilahirkan dengan tanda lahir berwarna merah di wajahnya, Marianna mengelarkan tanda itu sebagai ‘Angels kiss’ kerana bentuknya yang seakan hati.
Tapi ternyata tidak semua orang dapat menerima keadaan anak perempuannya itu sehingga ada yang menghina si kecil ini dengan mengatakan muka Angelica seperti dipanggang.
Menurut Marianna juga, dia sering mendapat komen yang berunsur hinaan sama ada secara peribadi ataupun secara online di laman sosial miliknya sendiri.
“Perkataan yang paling menyakitkan apabila seorang lelaki mengatakan kepada saya bahawa Angelica cacat, saya sangat terkejut.
“Ada juga yang mengatakan mukanya sangat mengerikan sehingga dia tidak akan mendapat teman lelaki pada masa hadapan dan saya tidak seharusnya membiarkan Angelica bermain dengan air panas,” katanya.
Dengan kata-kata hinaan yang dilemparkan kepada si kecil Angelica, Marianna bimbang dengan masa depan anaknya itu.
“Saya risau apa yang bakal dia lalui di alam persekolahan tetapi saya berharap akan ada lebih banyak pendidikan terhadap kesedaran tentang perkara ini.
“Ia sangat menyakitkan apabila orang lain bersikap kejam terhadapnya namun ketika saya melihatnya sekarang, saya tahu dia seorang yang berani dan mempunyai keyakinan yang tinggi,” ujar Marianna.
Justeru itu, ibunya sedang cuba untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang apa itu tanda lahir Port Wine Stains supaya anak-anak yang senasib dengan Angelica tidak lagi menerima tohmahan dan hinaan seperti yang dialami anaknya itu.
Bila anak selesema, selain ubat mama dan papa juga boleh gunakan cara alami dengan menggunakan kunyit. Campurkan kunyit dan minyak kelapa dara. Selama ini kita mungkin pandang rendah pada kunyit tanpa mengetahui rupanya ia boleh merawat macam-macam penyakit.
Kunyit bukan sekadar digunakan untuk masak lemak cili padi dan menggoreng ikan. Seperti yang kita ketahui, kunyit memang banyak khasiatnya untuk kesihatan dan juga kecantikan. Maklumlah ia hanya digunakan untuk jadi bahan menggoreng ikan atau masak lemak cili api.
RAWATAN SECARA ALAMI DENGAN KUNYIT
Kebiasaannya kunyit pasti ada di setiap dapur rumah kita sama ada dalam bentuk serbuk kunyit atau kunyit hidup. Tanpa kunyit pasti terasa tidak lengkap kehidupan kita yang selalu ke dapur. ‘Basic thing’ yang wajib ada di dapur.
Selain itu, kunyit juga seperti ‘first aid kit’ sebab macam-macam remedi boleh dibuat daripada kunyit ini. Kunyit sebagai ubat selesema merupakan remedi yang sangat mujarab! Ianya juga mudah disediakan.
Remedi lain menggunakan kunyit:
1. Kunyit dan jerawat
Secubit serbuk kunyit dan beberapa sudu tepung beras dicampur dengan sedikit air. Hasil campuran tersebut disapukan ke kawasan jerawat. Juga boleh dijadikan masker kunyit (gantikan tepung beras dengan yogurt perisa asli).
2. Kunyit dan kegatalan
Segenggam daun semambu, beberapa ulas bawang putih dan 2 inci kunyit ditumbuk halus. Campurkan dengan minyak zaitun atau minyak kelapa dara dan letakkan campuran tersebut ke kawasan yang alergi.
3. Kunyit dan selesema
Ambil lebih kurang seinci kunyit, tumbuk halus-halus dan campurkan dengan minyak kelapa dara/minyak zaitun dan minyak habatussauda. Sapu minyak di pangkal hidung, dada, ubun-ubun dan tapak kaki anak.
4. Kunyit dan demam
Ambil lebih kurang seinci kunyit. Tumbuh halus dan masukkan ke dalam air yang telah dicampurkan dengan cuka epal(boleh juga gantikan cuka epal dengan air asam jawa atau air lemon atau cuka kurma). Sapu campuran tersebut dan lap ke seluruh badan. Boleh juga rendam stoking ke dalam campuran tersebut dan dipakaikan ke kaki anak/sesiapa yang demam.
5. Kunyit dan sakit tekak
Rebus air yang dicampurkan dengan seinci kunyit. Tuang ke dalam cawan dan tambahkan 2 sudu madu ke dalam air rebusan kunyit.
6. Kunyit dan sakit gigi
Rendam seinci kunyit yang ditumbuk halus di dalam minyak kayu putih. Biarkan sebentar dan tampalkan di bahagian gigi yang sakit. Rebus air yang dicampur kunyit dan garam himalaya sebagai air untuk kumur mulut.
Hakikatnya segala jenis rawatan tidak memberi kesan dan bekas melainkan dengan izin Allah. Dia memandang usaha-usaha kita untuk sembuh sama ada dengan kaedah alami, alopati, tradisional atau apa saja kaedah. Tiada yang salah, tiada yang betul.
Pastikan kita jelas dalam beriktiqad ketika merawat atau setelah sembuh dari penyakit. Allah yang memberi kesan dan bekas. Bukan ubat dan usaha kita.
Apapun kita cuba jadikan sumber makanan yang halal lagi thoyyib, menjauhkan diri dari sumber makanan bermudharat sebagai usaha pencegahan kepada penyakit kerana dalam makanan itu ada ubat dan sebaliknya pula di dalam ubat tiada makanan.
Disclaimer: Tidak semua orang serasi dengan rawatan ini terutama untuk anak kecil. Pastikan ibu buat patch test terlebih dahulu sebelum mencuba rawatan tersebut.