Bila anak selesema, selain ubat mama dan papa juga boleh gunakan cara alami dengan menggunakan kunyit. Campurkan kunyit dan minyak kelapa dara. Selama ini kita mungkin pandang rendah pada kunyit tanpa mengetahui rupanya ia boleh merawat macam-macam penyakit.

Kunyit Dengan Minyak Kelapa Dara

Kunyit bukan sekadar digunakan untuk masak lemak cili padi dan menggoreng ikan. Seperti yang kita ketahui, kunyit memang banyak khasiatnya untuk kesihatan dan juga kecantikan.  Maklumlah ia hanya digunakan untuk jadi bahan menggoreng ikan atau masak lemak cili api.

Kunyit Dengan Minyak Kelapa Dara, Rawat Selesema Bayi Cara Alami

RAWATAN SECARA ALAMI DENGAN KUNYIT

Kebiasaannya kunyit pasti ada di setiap dapur rumah kita sama ada dalam bentuk serbuk kunyit atau kunyit hidup. Tanpa kunyit pasti terasa tidak lengkap kehidupan kita yang selalu ke dapur. ‘Basic thing’ yang wajib ada di dapur.

Selain itu, kunyit juga seperti ‘first aid kit’ sebab macam-macam remedi boleh dibuat daripada kunyit ini. Kunyit sebagai ubat selesema merupakan remedi yang sangat mujarab! Ianya juga mudah disediakan.

Rawat Selesema Bayi Cara Alami

Tumbuk kunyit hingga halus. Campurkan dengan minyak kelapa dara. Sapukan pada pangkal hidung anak. 

Kunyit Dengan Minyak Kelapa Dara, Rawat Selesema Bayi Cara Alami
Kredit foto: Pexels

Remedi lain menggunakan kunyit:

1. Kunyit dan jerawat

IKLAN

Secubit serbuk kunyit dan beberapa sudu tepung beras dicampur dengan sedikit air. Hasil campuran tersebut disapukan ke kawasan jerawat. Juga boleh dijadikan masker kunyit (gantikan tepung beras dengan yogurt perisa asli).

2. Kunyit dan kegatalan

Segenggam daun semambu, beberapa ulas bawang putih dan 2 inci kunyit ditumbuk halus. Campurkan dengan minyak zaitun atau minyak kelapa dara dan letakkan campuran tersebut ke kawasan yang alergi.

3. Kunyit dan selesema

Ambil lebih kurang seinci kunyit, tumbuk halus-halus dan campurkan dengan minyak kelapa dara/minyak zaitun dan minyak habatussauda. Sapu minyak di pangkal hidung, dada, ubun-ubun dan tapak kaki anak.

IKLAN

4. Kunyit dan demam

Ambil lebih kurang seinci kunyit. Tumbuh halus dan masukkan ke dalam air yang telah dicampurkan dengan cuka epal(boleh juga gantikan cuka epal dengan air asam jawa atau air lemon atau cuka kurma). Sapu campuran tersebut dan lap ke seluruh badan. Boleh juga rendam stoking ke dalam campuran tersebut dan dipakaikan ke kaki anak/sesiapa yang demam.

Kunyit Dengan Minyak Kelapa Dara, Rawat Selesema Bayi Cara Alami
Kredit foto: Freepik

5. Kunyit dan sakit tekak

Rebus air yang dicampurkan dengan seinci kunyit. Tuang ke dalam cawan dan tambahkan 2 sudu madu ke dalam air rebusan kunyit.

6. Kunyit dan sakit gigi

IKLAN

Rendam seinci kunyit yang ditumbuk halus di dalam minyak kayu putih. Biarkan sebentar dan tampalkan di bahagian gigi yang sakit. Rebus air yang dicampur kunyit dan garam himalaya sebagai air untuk kumur mulut.

Hakikatnya segala jenis rawatan tidak memberi kesan dan bekas melainkan dengan izin Allah. Dia memandang usaha-usaha kita untuk sembuh sama ada dengan kaedah alami, alopati, tradisional atau apa saja kaedah. Tiada yang salah, tiada yang betul.

Pastikan kita jelas dalam beriktiqad ketika merawat atau setelah sembuh dari penyakit. Allah yang memberi kesan dan bekas. Bukan ubat dan usaha kita.

Apapun kita cuba jadikan sumber makanan yang halal lagi thoyyib, menjauhkan diri dari sumber makanan bermudharat sebagai usaha pencegahan kepada penyakit kerana dalam makanan itu ada ubat dan sebaliknya pula di dalam ubat tiada makanan.

Disclaimer: Tidak semua orang serasi dengan rawatan ini terutama untuk anak kecil. Pastikan ibu buat patch test terlebih dahulu sebelum mencuba rawatan tersebut.

Sumber: Ufairah Ahmad Mizam

Kredit top image: Freepik

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI