top seleb

Kebelakangan ini memang kita sering mendengar berita gembira tentang kehamilan dan kelahiran anak-anak selebriti tanah air. Memang meriah dengan kehadiran bayi yang comel-comel. Malah wajah-wajah ibu hamil ini juga kelihatan berseri-seri.

Pelakon Eyra Hazali yang juga sedang hamil 30 minggu baru-baru ini mengemaskini status di Instagram miliknya tentang jantina bayi yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Eyra Hazali Bakal Lahirkan Anak Lelaki. Suami Teruja Ramai Doakan Anak Bakal Lahir Jadi Pemain Bola Terkenal Macam Papanya

Isteri kepada penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli mendedahkan bahawa mereka berdua bakal dikurniakan seorang bayi lelaki.

Dalam perkongsian tersebut, Eyra menyatakan rasa syukurnya dan tak sabar untuk menantikan kelahiran cahaya mata pertama mereka.

Tambahnya lagi, suaminya Haziq Nadzli merupakan orang paling teruja kerana bakal dikurniakan anak lelaki. Lebih comel bila suaminya siap menempah baju khas buat anak yang bakal dilahirkan.

Eyra Hazali Bakal Lahirkan Anak Lelaki. Suami Teruja Ramai Doakan Anak Bakal Lahir Jadi Pemain Bola Terkenal Macam Papanya

Walaupun begitu, Eyra dalam kapsyennya menyatakan bahawa dia tetap baby girl untuk suami tercinta.

IKLAN

“It’s a boy ! Alhamdulillah,Mama and Papa cant wait to meet you ! *Papa paling excited sebab ada geng sampai baju tu custom made . Im still your Baby girl okay @haziqnadzli #30weekspregnant,” tulisnya.

menjenguk ke ruangan komen, ramai rakan artis dan peminat yang menitipkan doa buat pasangan ini dan juga anak yang bakal dilahirkan.

Eyra Hazali Bakal Lahirkan Anak Lelaki. Suami Teruja Ramai Doakan Anak Bakal Lahir Jadi Pemain Bola Terkenal Macam PapanyaEyra Hazali Bakal Lahirkan Anak Lelaki. Suami Teruja Ramai Doakan Anak Bakal Lahir Jadi Pemain Bola Terkenal Macam Papanya

Eyra Hazali Bakal Lahirkan Anak Lelaki. Suami Teruja Ramai Doakan Anak Bakal Lahir Jadi Pemain Bola Terkenal Macam Papanya

IKLAN

Dalam beberapa entri lain di Instagram, Eyra turut berkongsi perkembangan dirinya yang sedang sarat hamil. Dalam satu perkongsian, dia menyatakan bahawa sudah menambah berat badan sepanjang 7 bulan hamil.

 

 

View this post on Instagram

 

7 months pregnant and i gained 8kg 🤰🏻😅

A post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali) on

Eyra juga ada memuat naik video dia dan suami memilih kerusi keselamatan bayi dalam satu entri di platform media sosial yang sama.

IKLAN

Carseat For Baby H from @chiccomalaysia

As a first time parents,of course Eyra and Haziq akan cari barang2 yang terbaik untuk baby. One of the things yang Eyra selalu buat research is carseat ! Banyak ciri2 yang kitaorang cari dalam carseat tp yang paling is keselamatan bila baby dalam carseat and Alhamdulillah Eyra jumpa Carseat Seat4Fix from @chiccomalaysia ! Car seat ni support from newborn sampai 36kg. Semua yang kitaorang cari,” tulisnya lagi. 

 

Eyra Hazali dan suami Muhammad Haziq Nadzli melangsungkan perkahwinan pada November 2019. Pada Februari tahun ini pasangan ini berkongsi berita gembira tentang kehamilan cahaya mata sulung mereka.

Tahniah diucapkan pada pasangan ini, semoga semuanya dipermudahkan buat Eyra Hazali.

Sumber: IG Eyra Hazali

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI