Salah satu kunci kebahagiaan kehidupan berumah tangga adalah sentiasa menghargai pasangan dan saling memahami serta mempunyai sikap tolak ansur antara satu sama lain.

Banyak cara yang boleh ditunjukkan sebagai tanda menghargai pasangan dan ianya tidak semesti dalam bentuk material. Seperti apa yang dilakukan oleh pelawak, pelakon dan pengacara Shahrol Shiro yang menyambut ulang tahun kelahiran isterinya semalam.

Dengan satu entri di Instagram miliknya, Shahrol memuat naik gambar mereka berdua serta menulis satu kapsyen panjang yang cukup indah buat isteri tercinta.

“Jadikan Dia Wanita Solehah & Ibu Yang Baik,” Shahrol Shiro Titip Doa Indah Untuk Isteri. Bakal Dapat Anak Kedua Tak Lama Lagi!

“04 November adalah tarikh yg sgt istimewa.Tarikh lahirnya seorang puteri dari pasangan Shahri dan Jariah.Seorang puteri yg dibesarkan dengan penuh kasih sayang dalam sebuah keluarga sederhana di Kampung Melayu Kluang.

Puteri ini adalah bahagian terpenting dalam hidup aku. Puteri yang melalui susah senang kehidupan ini bersamaku,” tulis Shahrol.

Baca: “Atuk Ikut Je Arahan,” Jeanelle Sambut Harijadi Ketiga, Tema Frozen Jadi Pilihan. Atuk Pun Kena Jadi Elsa!

Shahrol turut menyatakan rasa terima kasih buat isteri yang disayanginya kerana tidak putus-putus mendoakan kehidupan mereka sekeluarga.

IKLAN

“Dihari yg penuh bermakna ini izinkan aku pula berdoa untuk puteri ini.Berikanlah dia kesihatan yg baik, barkah dan rahmat mengiringi setiap langkahnya, rezeki yang mengalir seperti air zam zam yang tidak pernah putus.

“Jadikan Dia Wanita Solehah & Ibu Yang Baik,” Shahrol Shiro Titip Doa Indah Untuk Isteri. Bakal Dapat Anak Kedua Tak Lama Lagi!

“Jadikanlah dia wanita yang solehah dan ibu yg baik buat zuriat ini.Permudahkanlah segala urusannya termasuklah urusan melahirkan zuriat kami akan datang tidak lama lagi.Semoga Allah swt mengabulkan doa ku ini.

“Selamat hari lahir buat puteri ini NorFarhanah Syamimi Bt Shahri @anna_danisha .ikhlas dari suamimu Shahrol Azizie B Azmi,” doa dan ucapan daripada Shahrol buat isterinya.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

04 November adalah tarikh yg sgt istimewa.Tarikh lahirnya seorang puteri dari pasangan Shahri dan Jariah.Seorang puteri yg dibesarkan dengan penuh kasih sayang dalam sebuah keluarga sederhana di Kampung Melayu Kluang.Puteri ini adalah bahagian terpenting dalam hidup aku.Puteri yang melalui susah senang kehidupan ini bersamaku.Terima kasih atas setiap doa darimu yg dilafazkan sepanjang perjalanan ini. Dihari yg penuh bermakna ini izinkan aku pula berdoa untuk puteri ini.Berikanlah dia kesihatan yg baik, barkah dan rahmat mengiringi setiap langkahnya, rezeki yang mengalir seperti air zam zam yang tidak pernah putus.Jadikanlah dia wanita yang solehah dan ibu yg baik buat zuriat ini.Permudahkanlah segala urusannya termasuklah urusan melahirkan zuriat kami akan datang tidak lama lagi.Semoga Allah swt mengabulkan doa ku ini🤲🏻 Selamat hari lahir buat puteri ini NorFarhanah Syamimi Bt Shahri @anna_danisha .ikhlas dari suamimu Shahrol Azizie B Azmi☺️ #SweetKanSaya #HappyBirthdayAnna #AkuBudakKluang #KitaBangkit #NeverSurrender

A post shared by Shahrol Azizie Azmi (@shahrol_shiro) on

Shahrol mendirikan rumah tangga bersama Anna pada 18 Mac 2016 dengan mas kahwin senaskah kitab suci Al-Quran.

Hasil perkahwinan mereka, Shahrol dan Anna dikurniakan sendan seorang cahaya mata lelaki, Iskandar Rizqi dan kini sedang menanti kelahiran cahaya mata kedua mereka.

Sumber: Gempak & IG Shahrol Shiro

IKLAN

Baca: Anak Selalu Kacau Kat Rumah Bukan Saja-saja, Mereka Perlu Perhatian. Kurang Buat Perkara Ni Anak Rasa Lebih Dihargai!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI