Penyanyi, Tasha Manshahar berkongsi pengalaman pertamanya menaiki pesawat ketika sedang hamil. Perkongsian beliau dibuat di instagramnya. Ramai yang bertanya-tanya boleh ke menaiki pesawat ketika hamil?
Beliau berkongsi langkah demi langkah apa yang perlu dibuat sebelum penerbangan. Apa yang penting untuk ibu hamil, anda perlu dapatkan nasihat perbuatan daripada doktor.
Ada tak tips jalan jauh masa pregnant? Ni baru jalan separuh hari dah nak demam rasa. Baru dalam Malaysia ni.
Boleh Ke Naik Flight Masa Pregnant
Oh yea, ramai juga tanya boleh ke naik flight kalau pregnant. Tu jugak yg bermain dalam fikiran sebelum book flight ticket. Maklumlah, first time kan. So ni sikit info untuk yang first timer mcm Tasha.
Ambil Borang Dekat Kaunter
Tasha naik Air Asia. Untuk kandungan bawah 28 minggu, sebelum masuk pintu perlepasan, kena ambil satu borang dekat kaunter dan isi. Ada 3 helai kertas, satu untuk simpanan kita, 1 bagi masa dekat gate, dan 1 lagi bg dekat cabin crew.
Sertakan Pengesahan Doktor
Untuk 28 minggu – 34 minggu kena sertakan surat pengesahan doktor sekali berkenaan tahap kesihatan kita dan kandungan.
Surat Doktor Mesti Dikeluarkan Dalam Tempoh 30 Hari Sebelum Penerbangan
Surat doktor tu mesti dikeluarkan dalam tempoh 30 hari sebelum penerbangan. Kalau lebih, kena pergi dapatkan surat baru daripada doktor tau.
Untuk kandungan 35 minggu dan ke atas dah tak dibenarkan terbang ya. Pastikan jaga kesihatan, bawa ubat-ubat yang dinasihatkan oleh doktor, bawa buku pink dan doa banyak-banyak minta Allah pelihara dan permudahkan semua.
Different airlines may have different procedures. So better korang double check okay?
Menanti kelahiran anak pertama sememangnya cukup mendebarkan. Pelbagai persoalan dan perasaan yang mula difikirkan dalam minda. Doa dan amalan surah-surah tertentu antara yang bakal ibu patut amalkan sepanjang sembilan bulan hamil.
Namun tidak hanya isteri bahkan suami juga boleh mengamalkan beberapa bacaan dan ayat-ayat tertentu terutama ketika menunggu isteri yang bakal melahirkan anak di hospital. Ini yang disarankan untuk para suami.
1. Ayat Kursi
“Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)”
2. Surah al-A’raaf ayat 54
“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya.
Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.”
3. Surah al-Falaq (dibaca satu kali)
“Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);
Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.” Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan puan dalam tempoh ini sehinggalah di saat kelahiran bayi nanti. Amin.
4. Surah an-Naas dibaca satu kali
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.”
5. Surah al-Fatihah dibaca satu kali
“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”
6. Doa saat menunggu isteri melahirkan
Dalam debaran menanti kelahiran bayi sulung, bakal bapa boleh mempermudahkan urusan isteri dengan doa-doa ini.
“Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah yang Maha Agung lagi Maha Lemah Lembut. Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah Tuhan Pemilik Arasy yang Agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah Tuhan Pemilik langit dan pemilik bumi dan Tuhan pemilik Arasy yang mulia.” Riwayat al-Bukhari (6345) dan Muslim (2730)
Jangan lupa untuk menenangkan isteri dengan kata-kata semangat dan doa-doa yang baik buat isteri dan anak yang bakal dilahirkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tatkala diri sedang hamil, sel kanser pula menyerang. Cabaran getir dilalui ibu ini dalam melakukan rawatan dan dalam masa yang sama menempuhi kehamilan sehingga bersalin.
Puan Rossimah Mohamed, ketika itu tidak menjangka bengkak pada bawah payudara yang dikesan semasa temujanji prenatal. Ibu tabah ini juga telah melalui ujian saringan mammogram mengesan kanser tersebut dan dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut. Disebalik perjuanganya melawan kanser, kesyukuran dipanjatkan kepada Allah apabila kehamilanya dapai diteruskan sehingga bersalin.
Ibu ini telah muncul dalam rancangan TV Pa&Ma episod 10, Kehamilan & Kanser yang telah disiarkan di pada 14 Mei 2019, di Astro Prima & Astro Prima HD.
ADA KETULAN DI BAWAH PAYUDARA KIRI
Ibu kepada dua orang cahaya mata ini mengimbau kembali detik awal kehamilannya pada tahun 2015 di mana dia melalui ujian untuk memulakan pemeriksaan antenatal & rekod kehamilannya di sebuah klinik.
“Jururawat yang memeriksa mendapati ada ketulan pada bahagian bawah payudara kiri. Doktor mengesahkan ada ketulan dan membuat surat rujukan untuk refer ke hospital.
“Saya terus hadir ke hospital dan dalam masa 3 hari saya hadir untuk membuat ujian biopsi. Setelah 3 minggu, keputusan ujian mendapati saya mengalami kanser payudara tahap 2.
“Doktor menasihatkan saya untuk membuang ketulan atau membuang keseluruhan payudara. Saya berbincang dengan suami, kami bersetuju untuk membuang kesemuanya kerana tidak mahu memgambil risiko pada masa akan datang,” kata Rossimah kepada Pa&Ma.
DUA OPSYEN YANG SUKAR, SAMA ADA GUGURKAN ATAU TERUSKAN KANDUNGAN
Manakala untuk kandungan, ibu ini diberikan dua opsyen yang dicadangkan oleh doktor. Ia adalah pilihan yang sukar iaitu sama ada untuk meneruskan atau untuk menggugurkan kandungan. Semasa proses pembedahan membuang ketulan tersebut, dia perlu dibius keseluruhan (bius am- general anesthesia) dan ini merisikokan bayi tidak mendapat oksigen.
Setelah mempertimbangkan segala-galanya, Rossimah dan suami memilih untuk meneruskan kandungan zuriat kedua mereka walau pun dirinya bakal menempuhi pelbagai cabaran rawatan barah.
LALUI KIMOTERAPI SEBANYAK ENAM KALI
Selepas pembedahan, Rossimah dirujuk ke Institut Kanser Negara dan beliau telah melalui rawatan kimoterapi sebanyak enam kali. “Semasa kimoterapi, bayi masih dalam kandungan. Saya day care, maksudnya ambil ubat pada sebelah pagi dan tengah hari saya sudah boleh pulang.
“Untuk kimoterapi 5 dan 6, saya melalui operation untuk percepakan proses radioterapi. Bayi saya pula, doktor beritahu ada masalah pada plasenta. Bagi ibu hamil plasenta makin lama makin membesar. Namun bagi saya, plasenta makin lama makin mengecut. Kesan daripada radioterapi itu, perkembangan kaki anak saya tidak berkembang dengan baik. Kakinya tidak lurus, ia membengkok sedikit,” kata Rossimah.
EMOSI TERTEKAN TAPI ROSSIMAH TERUS KUAT
Ibu juga turut mengakui emosinya terganggu. “Ketika rawatan kimoterapi pertama, saya tak boleh bangun. Kimoterapi pertama rambut gugur dengan banyak. Saya berasa sangat sedih tapi suami berikan kekuatan & dorongan. Mesti ada hikmah di sebalik semua ini.
“Ketika kimoterapi yang ketiga, saya minta suami botakkan sepenuhnya kepala. Saya tidak sanggup melihat keadaan rambut yang gugur. Saya nampak segenggam rambut di bilik air, bila ternampak luka pada dada saya menangis. Alhamdulillah suami sangat menyokong. Suami kata jangan menangis. Kalau menangis kasihan pula bayi. Kata suami, kalau sayangkan anak-anak saya perlu kuat teruskan hidup,” kata Rossimah.
MELAHIRKAN PADA USIA KANDUNGAN 36 MINGGU
Ibu ini akhirnya selamat melahirkan secara pembedahan walau pun bayinya pramatang pada usia kehamilan 36 minggu. Si kecil lahir dengan berat 2.4kg dan mengalami sedikit masalah pada kedua-dua belah kaki iaitu club foot.
Biar pun dilahirkan tidak cukup bulan, anak keduanya itu membesar dengan sihat dan kini sudah boleh berjalan & berlari tanpa masalah. Tatkala mengenang kembali pahit manis ibu ini sempat berpesan sokongan daripada keluarga dan orang sekeliling amat mustahak.
KENA HAPPY SELALU
“Kena happy. Kasih sayang dan kegembiraan adalah satu ubat. Saya tidak bergantung 100% kepada ubat. Saya nasihatkan kepada semua pesakit kanser supaya bangun dan bangkit. Jangan bersedih, menyalahkan diri sendiri dan orang lain. Mintalah pertolongan kepada Allah supaya boleh terus hidup,” katanya.
Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kanser dan kehamilan, bagaimana ia banyak terjadi semasa wanita hamil, boleh ikuti siaran Pa&Ma 14 Mei 2019, jam 12 tengah hari dan ulangan jam 9 malam di Astro Prima & Astro Prima HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perasan atau tidak, sebaik sahaja kawan baik kita hamil atau bersalin, tidak lama selepas itu giliran kita pula yang hamil.
Jika kita selalu melayan Facebook, mesti kita akan lihat rata-rata kawan dalam Facebook semua sudah ada anak. Semua cerita pasal orang mengandung dari mula sampai akhir, macam berjanji aja hendak mengandung secara serentak.
Pernahkah terlintas di fikiran anda untuk mengandung serentak dengan kawan baik sendiri? Hmm…memang sudah terjadi pada diri sendiri. Asal kawan-kawan baik hamil, yang lain turut berjangkit!
KEBETULAN ATAU BERJANGKIT?
Kebanyakkan kita mungkin berfikir semua itu hanyalah secara kebetulan sahaja. Bagaimanapun, ada kajian telah menyatakan bahawa aura kehamilan ini boleh berjangkit.
SEJAUH MANA AURA KEHAMILAN BOLEH BERJANGKIT
Menurut satu kajian penyelidikan dari sebuah jurnal pada tahun 2014 menerusi American Sociological Association, seseorang yang mengandung ataupun mempunyai aura kehamilan juga boleh mempengaruhi kawan-kawan terdekat untuk sama-sama hamil.
Satu lagi dari hasil penyelidikan dan juga mendapati jika seseorang itu mengandung, ia akan membuat lebih ramai lagi rakan yang lain.
Bagaimanapun, kajian ini turut menegaskan bahawa aura kehamilan ini bukan sahaja berjangkit atau merebak melalui psikologi dan juga bulan dengan cara biologi.
Kehamilan yang mempengaruhi kawan-kawan yang terdekat dengan kita akan mendapat keinginan yang sama iaitu untuk memiliki cahaya mata sendiri. Walau pada masa yang sama mereka langsung tidak merancang untuk ada anak pada masa yang terdekat.
3 SEBAB KEHAMILAN BOLEH BERJANGKIT
Menurut kajian pada tahun 2014, terdapat 3 teori penyebab wanita boleh merasakan hal sebegitu;
Para wanita ini lebih cenderung ke arah keinginan untuk menjadi seorang ibu selepas melihat kawan-kawan sekeliling yang telah berhasil melaluinya dengan berjaya.
Mungkin pemikiran dahulu, perkara tersebut amat melecehkan, takut atau langsung tidak mempunyai keinginan ke arah kehamilan. Mungkin kini perasaan itu mula bertukar dan perasaan menjadi lebih teruja untuk mengalami pengalaman itu sendiri apabila melihat anak-anak kawan yang sangat comel dan menghiburkan.
Segelintir wanita juga akan bermain dengan perasaan takut untuk berasa ketinggalan apabila melihat kebanyakkan kawan-kawan kebanyakkan sudah memiliki anak sendiri. Jika selalu ditanya bila mahu ada anak sendiri, mungkin soalan itu adalah satu soalan yang menyakitkan dan menjengkelkan jika ditanya berulang-ulang kali.
Jika berfikir secara logik, mungkin ada segelintir kawan akan berasa lebih selesa jika ada kawan mereka yang sudi berkongsikan pendapat dan juga petua-petua dalam segi berjimat dalam perbelanjaan yang melibatkan anak-anak.
Bila cara pemikiran dulu mungkin terasa ia amat membebankan tetapi apabila melihat kawan-kawan yang menangani masalah itu dengan senang dan baik-baik sahaja tanpa ada apa-apa permasalahan yang timbul di situlah hati mula terbuka keinginan untuk memiliki anak sendiri.
REZEKI DARI ALLAH
Apa-apa pun, jangan kita percaya sangat dengan mitos ini. Jangan kita terlalu taksub dan obses dengan perkara sebegini.
Sebagai umat islam, kita juga seharusnya lebih percaya semua ini berlaku dengan adanya rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah. Jika itu sememangnya rezeki kita, ia akan tetap sampai kepada kita sendiri kerana rezeki ini tidak pernah salah alamat.