Pada Ogos yang lalu pasangan selebriti terkenal Scha Alyahya dan suami, Awal Ashaari mengumumkan kepada peminat bahawa mereka bakal menimang cahaya mata kedua.
Kehamilan kedua tersebut adalah selepas 6 tahun mereka dikurniakan puteri sulung mereka, Lara Alana yang juga sering menjadi mencuri perhatian warga maya.
Setelah hampir lima bulan usia kandungan, masih ramai yang tidak dapat melihat kandungan Scha seperti kebiasaan ibu hamil yang lain. Hal tersebut membuatkan ramai yang berteka-teki dan mengatakan bahawa Scha dan Awal bakal menimang cahaya mata lelaki.
Demi tidak mahu menghampakan peminat-peminat yang begitu teruja dengan kehamilan keduanya itu, Scha dalam posting terbarunya di Instagram berkongsi sekeping gambar yang menunjukkan dia sedang hamil.
Ads
“Featuring babybump bump bump,” tulis Scha yang kelihatan semakin berseri memakai blaus berwarna putih.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Merawat ketidaksuburan boleh jadi suatu perkara yang menyukarkan. Ia memerlukan pelbagai usaha, terutama jika anda berada dalam lingkungan 30-an, bermakna peluang anda untuk hamil adalah rendah berbanding wanita yang berusia awal 20-an.
Ini belum lagi termasuk risiko keguguran atau kecacatan kehamilan yang meningkat bagi wanita yang hamil pada lanjut usia. Malahan, lelaki juga berdepan dengan masalah yang sama. Bagaimanapun, terdapat rawatan untuk menangani masalah ketidaksuburan.
Apakah rawatan ketidaksuburan untuk wanita?
Rawatan ketidaksuburan bergantung kepada jenis masalah yang anda alami kini. Jika anda mengalami masalah ovulasi, pengambilan ubat adalah salah satu pilihan untuk anda. Terdapat ubat Clomiphene atau Metformin untuk membantu masalah ovari. Jika keadaan bertambah buruk, seperti sistem pembiakan atau reproduktif anda tidak berfungsi dengan betul, maka pembedahan mungkin diperlukan untuk memulihkannya semula.
Walau bagaimanapun, bukan semua punca ketidaksuburan perlu dipulihkan atau dikesan dahulu. Dengan punca yang tidak dapat dijelaskan, masa dan keadaan terkini anda mungkin dapat membantu dalam merawat masalah ini.
Apakah pula rawatan ketidaksuburan untuk lelaki?
Ketidaksuburan lelaki selalunya melibatkan sperma. Lazimnya, terdapat berjuta-juta sperma dalam setiap ejakulasi dan hanya satu yang akan disenyawakan. Walau bagaimanapun, jika anda mengalami ketidaksuburan, ini bermakna sperma anda tidak cukup baik. Terdapat kemungkinan anda mengalami sperma abnormal, bilangan sperma rendah atau mungkin tiada sperma dalam air mani anda. Dalam kes-kes seperti ini, sperma anda mungkin akan dikumpul dan dirawat bergantung kepada keadaan.
Rawatan lazim untuk ketidaksuburan
Dengan teknologi perubatan yang maju, berikut merupakan jenis rawatan baru yang bermanfaat untuk kedua-dua jantina – ART – Bantuan Teknologi Reproduktif.
Dengan ART, proses persenyawaan tidak berlaku seperti biasa semasa melakukan hubungan intim, sebaliknya ia berlaku dengan campur tangan saintifik. Terdapat beberapa jenis ART, seperti di bawah:
Rawatan pembenihan In vitro – IVF
Jika satu telur tidak cukup untuk sperma, maka dengan IVF, masalah ini hampir dapat diselesaikan. Telur diletakkan ke dalam uterus wanita, sekali gus meningkatkan peluang untuk persenyawaan. Kaedah ini boleh dilakukan di luar, iaitu di dalam makmal, dengan tiub tiruan. Sebaik sahaja telur telah disenyawakan, ia akan dimasukkan ke dalam uterus wanita. Kaedah ini boleh meningkatkan peluang untuk hamil lebih daripada seorang bayi memandangkan proses ini melibatkan lebih daripada satu telur.
Suntikan Sperma Intracytoplasmic – ICSI
Anda mungkin sudah boleh mengagak kaedah ini apabila melihat kepada namanya. Berbanding membiarkan sperma pergi ke telur secara semula jadi, rawatan ICSI adalah kaedah di mana sperma disuntik terus ke dalam telur di makmal. Telur yang disenyawakan kemudian ditempatkan semula ke dalam uterus wanita. Melalui kaedah ini, keupayaan untuk sperma menembusi telur tidak lagi perlu dibimbangkan, sebaliknya satu-satunya perkara yang tinggal adalah persenyawaan.
Permanian/ Penyuntikan mani
Permanian atau penyuntikan mani memerlukan kurang tindakan berbanding dengan kaedah yang lain, kerana ia hanya bermaksud suntikan sperma. Semasa tempoh ovulasi wanita, sperma akan disuntik ke dalam uterus. Beberapa ubat sering digunakan untuk meningkatkan jumlah sperma.
Ketidaksuburan boleh jadi amat memberi tekanan kepada si penghidapnya. Jadi, adalah lebih baik jika anda mempersiapkan diri untuk menghadapinya memandangkan kaedah-kaedah yang dinyatakan belum tentu memberikan hasil yang anda harapkan. Malahan, kosnya juga adalah tinggi. Oleh itu, rancanglah dengan pasangan anda dan doktor bagi melihat sejauh mana anda boleh berusaha untuk menanganinya.
Musim Ke-4, berkonsepkan Jurnal Kehamilan akan bermula Selasa ini, 12/3/19 bersama pengacara baru Fad Bocey & Sya. Saksikan episod pertama Rancang Kehamilan di Astro Prima & Prima HD pada pukul 12 tengah hari dan ulanganya 9 malam.
Memasuki usia kandungan tiga bulan, pelakon Puteri Sarah memberitahu dia kerap mengalami migrain yang teruk.
Sarah atau nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 33, berkata, gejala itu sedikit sebanyak menganggu urusan hariannya sebagai isteri dan ibu.
“Selalu wanita hamil mengalami alahan muntah-muntah, tapi saya tak ada simptom itu cuma mengalami sakit kepala yang agak teruk.
“Sampaikan saya rasa nak botakkan rambut dan hentak kepala ke dinding kerana tak tahan sakit tersebut.
“Sakit kepala dan pening dari pagi sampai ke malam, terpaksa tahan sakit sebab tak mahu bergantung pada ubat tahan sakit sahaja,” katanya.
Malah menerusi postingnya di instagram, dia ada memberitahu bila mengandung dan ada migrain, bukan sesuatu yang boleh dibuat bergurau.
Nak ambil panadol dan ubat tahan sakit setiap hari tak boleh. Hanya perlu bertahan saja hingga boleh menangis ataupun tidur sepanjang hari.
Hanya boleh makan hidangan baru masak
Sementara itu, isteri kepada pelakon dan pengarah Syamsul Yusof ini berkata dia kini lebih berselera menikmati hidangan yang baru dimasak.
“Setakat ini tak ada mengidam yang pelik-pelik lagi, cuma saya tak boleh nak makan lauk yang dimasak hari semalamnya.
“Saya lebih berselera makan hidangan yang segar dan masih panas. Setiap hari terasa nak menu berlainan, sebelum ni tak ada masalah pun makan makanan yang sama,” ujarnya.
Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata Syaikhul Islam yang kini berusia 1 tahun 4 bulan.
Sumber: Mstar & Ig Puteri Sarah Liyana
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Saat dapat tahu bakal menjadi seorang ibu suatu pengalaman indah. Tambah pula kandungan ini adalah yang ditunggu-tunggu. Bagaimanapun, dalam tempoh 9 bulan itu, ada cabarannya sehingga proses bersalin. Antaranya tekanan darah tinggi, masalah diabetes, stretch marks dan macam-macam lagi.
Biasanya masalah stretch marks ini makin menjadi-jadi bila ibu berasa gatal-gatal di bahagian perut dan sedar-sedar penuh bintik merah di kawasan sekitarnya.
Masalah gatal-gatal ini dikenali sebagai PEP (Polymorphic Eruption of Pregnancy). Berikut antara perkongsian Dr Wan Syazween Lyana, Pakar Perunding Kulit, Avisena Specialist Hospital di Twitternya.
Siapa pernah mengandung and dapat penyakit gatal-gatal dekat perut? Gatal dia yakmattt, sampai tak tidur malam mak-mak buyong tu. This penyakit is called PEP (Polymorphic Eruption of Pregnancy). Jom belajar lagi lanjut jom.
1. Dulu nama penyakit ini Pruritic Urticarial Papules and Plaques of Pregnancy. Berbelit lidah nak sebut? Haha don’t worry, short form dia PUPPP. Bukan sebut “puupppp” ya, kena sebut huruf satu2..P.U.P.P.P. Tinggal satu P, confirm geng derm marah haha.
2. Anyway, penyakit ini sangat common ya. 1 dalam 160 ibu mengandung boleh dapat. Selalu jadi dekat ibu yang mengandung kali pertama. Ada kajian menunjukkan risiko lebih tinggi untuk ibu yang bertambah berat badan secara berlebihan dan kalau mengandung lebih dari satu (twins/triplets).
3. Selalu jadi dalam 3rd trimester, maksudnya bila perut mula membesar dari bulan mengandung ke 7 hingga 9. Dikatakan ada kaitan dengan ketegangan kulit perut yang membesar (skin stretch) dengan perubahan hormone sewaktu mengandung.
4. Senang saja untuk kenalpasti. Ia akan start dengan biji-biji gatal selalunya di kawasan stretch marks perut tu. Pastu boleh merebak dan merebak ke dada & kaki. Dan yang menariknya, selalunya pusat (belly button) dekat perut ibu mengandung tu tak kena.
5. Bentuknya boleh macam-macam. Boleh jadi gegata, biji-biji kecil dan biji-biji besar. Kadang-kadang tu, bentuk macam eczema pun boleh ada. Sebab tu nama sekarang ‘Polymorphic…” sebab ini maksudnya pelbagai rupa & bentuk.
6. PUPPP selalu akan hilang dengan sendiri, usually 4-6 minggu selepas bersalin. Namun, ada pesakit yang sangat gatal penyakit ini sehingga perlukan pertolongan. Ok so macam mana nak rawat?
i. Gunakan pelembab seperti krim atau ointment (berminyak) selalu. Ada sesetengah krim mengandungi bahan menthol, yang boleh tolong kurangkan gejala gatal. Try sedikit dahulu kalau ada menthol, sebab sesetengah orang boleh allergic.
ii. Sesetengah pesakit merasakan mandi sejuk (cool baths), letakkan kain pelembab (wet soaks) dan memakai pakaian cotton menolong kurangkan gatal itu. Walaupun tiada kajian kukuh, anda boleh cuba. Lain orang, lain caranya kan?
iii. Jika ada keradangan, sememangnya doktor kulit akan beri krim anti-radang spt steroid. Jangan risau, kita akan berikan yang selamat untuk ibu mengandung. Malah, ada yang terlalu teruk keseluruhan badan, sehingga perlukan ubat makan steroid. Yang ini, TOLONG datang jumpa kami terlebih dahulu.
iv. Kadangkala, kita juga berikan ubat gatal (anti-histamine) yang sesuai untuk ibu mengandung. Again, yang ini pun tolong datag jumpa kita dulu ok. Takut tersalah makan ubat.
7. Kena ingat, penyakit ini tidak berbahaya. Tidak akan berjangkit kepada anak sama sekali. Dan selalunya tidak berulang dengan kandungan seterusnya, melainkan jika mengandung twins/triplets.
8. Cuma satu saja pesanan PENTING, jika anda naik gejala seperti di atas, namun tiba-tiba ada banyak lepuh (blisters), TOLONG DATANG JUMPA DOKTOR KULIT SECEPAT MUNGKIN. Mungkin penyakit anda bukan PUPPP semata-mata…
Mungkin penyakit yang lebih berbahaya iaitu PEMPHIGOID GESTATIONIS. Ini perlu dipantau ketat oleh pakar O&G dan pakar kulit kerana boleh ada kesan kepada bayi. Ingat pesanan tu ok?
Alright, itu sahaja itu PUPPP. So, ibu-ibu yg sedang mengandung, jika ada penyakit ni, minta Mr Jannah anda pakaikan pelembab dan ubat ok? Suami-suami pula, masa ini la, nak kata “Jangan kata abang tak payung kan?”