Merawat ketidaksuburan boleh jadi suatu perkara yang menyukarkan. Ia memerlukan pelbagai usaha, terutama jika anda berada dalam lingkungan 30-an, bermakna peluang anda untuk hamil adalah rendah berbanding wanita yang berusia awal 20-an.

Wanita 30-an Lebih Sukar Hamil Berbanding 20-an? 3 Rawatan Ini Boleh Bantu Kesuburan Suami Isteri

Ini belum lagi termasuk risiko keguguran atau kecacatan kehamilan yang meningkat bagi wanita yang hamil pada lanjut usia. Malahan, lelaki juga berdepan dengan masalah yang sama. Bagaimanapun, terdapat rawatan untuk menangani masalah ketidaksuburan.

Apakah rawatan ketidaksuburan untuk wanita?

Rawatan ketidaksuburan bergantung kepada jenis masalah yang anda alami kini. Jika anda mengalami masalah ovulasi, pengambilan ubat adalah salah satu pilihan untuk anda. Terdapat ubat Clomiphene atau Metformin untuk membantu masalah ovari. Jika keadaan bertambah buruk, seperti sistem pembiakan atau reproduktif anda tidak berfungsi dengan betul, maka pembedahan mungkin diperlukan untuk memulihkannya semula.

Walau bagaimanapun, bukan semua punca ketidaksuburan perlu dipulihkan atau dikesan dahulu. Dengan punca yang tidak dapat dijelaskan, masa dan keadaan terkini anda mungkin dapat membantu dalam merawat masalah ini.

Apakah pula rawatan ketidaksuburan untuk lelaki?

IKLAN

Ketidaksuburan lelaki selalunya melibatkan sperma. Lazimnya, terdapat berjuta-juta sperma dalam setiap ejakulasi dan hanya satu yang akan disenyawakan. Walau bagaimanapun, jika anda mengalami ketidaksuburan, ini bermakna sperma anda tidak cukup baik. Terdapat kemungkinan anda mengalami sperma abnormal, bilangan sperma rendah atau mungkin tiada sperma dalam air mani anda. Dalam kes-kes seperti ini, sperma anda mungkin akan dikumpul dan dirawat bergantung kepada keadaan.

Rawatan lazim untuk ketidaksuburan

Dengan teknologi perubatan yang maju, berikut merupakan jenis rawatan baru yang bermanfaat untuk kedua-dua jantina – ART – Bantuan Teknologi Reproduktif.

Dengan ART, proses persenyawaan tidak berlaku seperti biasa semasa melakukan hubungan intim, sebaliknya ia berlaku dengan campur tangan saintifik. Terdapat beberapa jenis ART, seperti di bawah:

IKLAN

Rawatan pembenihan In vitro – IVF

Wanita 30-an Lebih Sukar Hamil Berbanding 20-an? 3 Rawatan Ini Boleh Bantu Kesuburan Suami IsteriJika satu telur tidak cukup untuk sperma, maka dengan IVF, masalah ini hampir dapat diselesaikan. Telur diletakkan ke dalam uterus wanita, sekali gus meningkatkan peluang untuk persenyawaan. Kaedah ini boleh dilakukan di luar, iaitu di dalam makmal, dengan tiub tiruan. Sebaik sahaja telur telah disenyawakan, ia akan dimasukkan ke dalam uterus wanita. Kaedah ini boleh meningkatkan peluang untuk hamil lebih daripada seorang bayi memandangkan proses ini melibatkan lebih daripada satu telur.

Suntikan Sperma Intracytoplasmic – ICSI

Anda mungkin sudah boleh mengagak kaedah ini apabila melihat kepada namanya. Berbanding membiarkan sperma pergi ke telur secara semula jadi, rawatan ICSI adalah kaedah di mana sperma disuntik terus ke dalam telur di makmal. Telur yang disenyawakan kemudian ditempatkan semula ke dalam uterus wanita. Melalui kaedah ini, keupayaan untuk sperma menembusi telur tidak lagi perlu dibimbangkan, sebaliknya satu-satunya perkara yang tinggal adalah persenyawaan.

IKLAN

Permanian/ Penyuntikan mani

Permanian atau penyuntikan mani memerlukan kurang tindakan berbanding dengan kaedah yang lain, kerana ia hanya bermaksud suntikan sperma. Semasa tempoh ovulasi wanita, sperma akan disuntik ke dalam uterus. Beberapa ubat sering digunakan untuk meningkatkan jumlah sperma.

Ketidaksuburan boleh jadi amat memberi tekanan kepada si penghidapnya. Jadi, adalah lebih baik jika anda mempersiapkan diri untuk menghadapinya memandangkan kaedah-kaedah yang dinyatakan belum tentu memberikan hasil yang anda harapkan. Malahan, kosnya juga adalah tinggi. Oleh itu, rancanglah dengan pasangan anda dan doktor bagi melihat sejauh mana anda boleh berusaha untuk menanganinya.

Wanita 30-an Lebih Sukar Hamil Berbanding 20-an? 3 Rawatan Ini Boleh Bantu Kesuburan Suami Isteri

Musim Ke-4, berkonsepkan Jurnal Kehamilan akan bermula Selasa ini, 12/3/19 bersama pengacara baru Fad Bocey & Sya. Saksikan episod pertama Rancang Kehamilan di Astro Prima & Prima HD pada pukul 12 tengah hari dan ulanganya 9 malam.

Sumber: Hello Doktor

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI