Pelakon cantik jelita Zahirah Macwilson yang baru-baru ini berkongsi tentang kehamilannya yang kini sudah berusia 6 bulan lebih memuat naik gambar terbaru di Instagram miliknya.
Dalam posting tersebut, Zahirah memuat naik gambarnya bersama suami tercinta yang juga merupakan pelakon kacak, Aiman Hakim Ridza.
Melalui gambar yang dikongsikan itu, sudah jelas kelihatan baby bump Zahirah yang kini hamil enam bulan lebih.
Melalui satu lagi posting lain, Zahirah berkongsi sebuah video pendek yang cukup menyentuh hati. Dalam video tersebut, Aiman dilihat sebak sebaik sahaja Zahirah memaklumkan bahawa dirinya hamil.
Menerusi kapsyen posting tersebut, Zahirah mengucapkan rasa syukur atas Kurniaan Allah kepadanya dan berdoa agar wanita lain yang belum berpeluang bergelar ibu agar dikurniakan cahaya mata sepertinya.
Dia juga turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada setiap ucapan dan doa yang diberikan kepadanya.
“Kehidupan penuh dengan kejutan & inilah yang terbaik @aimanhakimridza
“Ramai yang mengirimkan ucapan & doa kepada saya dan saya sangat berterima kasih atas semua kasih sayang dan sokongan. Kalian mengingatkan saya mengapa saya suka berkongsi perkara dengan anda semua.
Ads
“Namun, ada juga yang mengirimkan saya kisah-kisah tentang bagaimana mereka berusaha untuk mengandung tetapi tidak bernasib baik atau mengalami kehilangan sepanjang perjalanan tersebut.
“Untuk semua ini, saya meluangkan masa bagi menghargai apa yang telah dikurniakan oleh Allah SWT dan untuk ini juga, saya berdoa kepada semua wanita yang merindui peluang untuk membawa kehidupan kecil yang berharga ke dunia ini.
“My Heart goes out you strong women. Menjadi seorang ibu selalu menjadi impian saya dan saya benar-benar berdoa agar anda semua akan menjadi ibu suatu hari nanti.
“Percayalah waktuNYA, tetap positif dan jangan pernah putus asa dengan doa-doa itu. InsyaAllah, tangan anda akan memegang jari kaki kecil itu satu hari nanti,” tulisnya
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Akan bersiaran setiap Rabu pada jam 9 malam, dan ulangan setiap Ahad jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.
Diam tak diam, personaliti media sosial, Intan Saleh kini menghitung hari untuk menjalani pembedahan kelahiran anak pertamanya bersama suami selepas mengalami masalah Plasenta Previa Tahap 2.
Plasenta Previa Tahap 2 yang dialami ibu anak dua ini merupakan kedudukan uri yang berada di bawah rahim serta menutupi pintu rahim. Keadaan inilah yang menyebabkan Intan terpaksa menjalani pembedahan ketika melahirkan bayinya nanti.
Melalui Tik Toknya, Intan yang kini berada di trimester ketiga dengan usia kandungan 34 minggu dinasihatkan untuk berehat sehingga melahirkan kelak.
“Trimester 3, Plasenta Previa (PP) type 2.
“Menunggu hari czer. Datang balik loya,” tulisnya berkongsi.
Malah melalui perkongsiannya juga, kata Intan dia kini kembali merasa loya-loya, sama seperti di awal trimester pertamanya.
Apa yang menarik perhatian pastinya wajah Intan yang dilihat semakin berseri-seri dikala usia kandungannya lapan bulan lebih.
Malah meninjau diruangan komen, rata-rata memuji wajah Intan yang semakin berseri biarpun tanpa mekap yang tebal di wajah. Seri ibu hamil.
Dalam pada itu ramai yang turut mendoakan Intan agar masalah PP yang dialaminya kembali normal dan dapat melahirkan bayi ketiganya itu secara normal.
Terdahulu, Intan dan suaminya Aizam Yahya mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lalu selepas tiga tahun bergelar ibu tunggal. Kini Intan menanti kelahiran cahaya mata sulungnya bersama suami.
Majoriti masalah keguguran berlaku secara spontan dan rawak. Dianggarkan satu dalam lima wanita hamil akan mengalami keguguran. Kebanyakan keguguran berlaku tanpa disedari. Misalnya, haid datang lewat dan tiba-tiba seketul darah keluar (tanpa janin). Wanita itu kemudiannya didatangi haid seperti biasa. Ini dinamakan chemical miscarriage.
Kebanyakan keguguran berlaku dalam trimester pertama di mana usia janin kurang daripada 14 minggu. Sebab-sebab keguguran berlaku kurang diketahui. Namun, kajian menunjukkan kebanyakan keguguran di trimester pertama adalah disebabkan masalah genetik janin tersebut.
Genetik janin bergantung kepada DNA dalam sperma dan ovum serta proses tumbesaran sel-sel yang membentuk janin tersebut.
Faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan keguguran adalah:
Masalah hormon di dalam tubuh ibu.
Masalah jangkitan kuman atau virus.
Ibu ada masalah perubatan.
Cara hidup tidak sihat seperti merokok dan penyalahgunaan dadah
Usia ibu melebihi 35 tahun.
Ibu mempunyai masalah struktur rahim.
Faktor-faktor yang belum dibuktikan penyebab keguguran pula termasuklah:
Stres hidup (sama ada di rumah atau di tempat kerja).
Hubungan intim suami isteri.
Perkara yang menyebabkan ibu terkejut.
Mengangkat barang-barang.
Wanita yang pernah mengalami keguguran mudah risau atau takut untuk hamil sekali lagi. Namun, bandingkan statistik berikut.
Peluang untuk wanita hamil setelah mencuba selama setahun adalah 80%.
Peluang untuk wanita hamil setelah mengalami keguguran sekali lagi adalah sekitar 77%.
Peluang untuk wanita hamil setelah melalui keguguran TIGA kali berturut-turut adalah 60%.
Peluang untuk wanita hamil selepas keguguran adalah amat baik. Oleh itu jangan takut untuk mencuba lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Adakah asid folik hanya baik untuk kesihatan dan kesuburan wanita sahaja? Baru-baru ini berlangsungnya Webinar Aku Tak Takut Beranak oleh Pa&Ma yang telah menemu bual doktor sakit puan berkenaan kehamilan dan kelahiran. Menurut Dr Maiza, asid folik bukan hanya untuk wanita malah baik untuk lelaki.
Bagi pasangan yang bakal berkahwin dan memang plan untuk dapatkan anak secepat mungkin, selepas kahwin boleh ambil asid folik satu biji sehari. Boleh dapatkan dimana-mana farmasi, tak kisah apa brand sekalipun.
Kenapa?
Asid folik ni membantu untuk ,enghasilkan sel darah merah yang normal serta mengurangkan risiko komplikasi kehamilan, sakit jantung, strok, kanser serta Alzheimer. Ia juga membantu dalam proses penghasilan, pengubahsuaian serta fungsi DNA. Pengambilan asid folik yang secukupnya sebelum dan semasa kehamilan akan membantu melindungi bayi anda daripada pelbagai kondisi kesihatan seperti bibir sumbing, kelahiran bayi pramatang, kelahiran bayi kurang berat malahan keguguran. Nutrien ini juga sebenarnya boleh membantu meningkatkan kesuburan.
Untuk Lelaki?
Kenapa lelaki pun perlu ambil asid folik ni? Sebenarnya untuk mengurangkan kecacatan kromosom sperma dan merupakan bahan penting dalam membantu proses spermatogenesis (proses pembentukan sperma).
Sebenarnya asid folik boleh dapat dalam makanan seperti sayur-sayuran brokoli, asparagus dan bayam. Kalau buah-buahan seperti pisang, avokado dan strawberi dan banyak lagi.
Kalau anda merancang untuk mendapatkan anak, amalkan pengambilan asid folik. Tiada kesan sampingan pun jangan risau.
Kredit: Dr Maiza Tusimin, Pakar O&G
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.