Mendirikan rumah tangga adalah satu keputusan paling besar yang perlu dilakukan oleh setiap individu seumur hidupnya.
Perlu juga faham perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang remeh-temeh. Ia melibatkan penyatuan hati dua insan yang bersetuju untuk sentiasa bersama tidak kira susah atau senang. Termasuklah saling membantu satu sama lain menjaga amanah dari Allah iaitu dengan kehadiran zuriat.
Namun dalam melayari rumah tangga, sebagai seorang suami atau isteri pernah tak terlintas di fikiran apakah yang kita lakukan itu sebenarnya boleh meringankan beban pasangan atau sebaliknya.
Perkongsian dari seorang suami yang telah kematian isteri dan juga bapa kepada tiga anak lelaki, Khairul Abdullah sempena Hari Bapa cukup memberi kesan yang mendalam betapa nikmatnya kita masih berpeluang mempunyai pasangan untuk saling melengkapi dan menguruskan rumah tangga dan anak-anak bersama.
Isteri Hanya Nak Suami Tolong
Saya selalu wonder, apa yang arwah isteri harapkan kepada saya sebagai seorang suami dan juga seorang bapa? Adakah cukup dengan bagi dia anak dan bagi duit setiap bulan?
Ads
Tidak.
Ya, seorang isteri harapkan lebih daripada itu. Bukan dia minta pada saya wang berjuta, namun kalau ada itulah bonus untuk dia. Biasanya dia cuma minta keberadaan saya sebagai suami dalam mengharungi urusan rumah tangga bersama.
Senang cakap, dia nak suami tolong dia.
Yer, seorang isteri sangat mengharap untuk dibantu. Semua isteri mahu dibantu dalam menguruskan rumah tangga.
Sama-sama bangun malam tukarkan lampin anak. Sama-sama membantu mengemas rumah terutamanya cuci toilet tu. Sama-sama basuh pinggan dan cawan selepas makan. Sama-sama jemur kain baju di ampaian dan sama-sama kutip mainan anak-anak yang mana bila terpijak boleh membakar jiwa.
Inilah yang paling dia nak sebab kerja mengurus rumah tangga ni adalah sangat berat dan memenatkan. Nampak macam mudah, tetapi hakikatnya memeritkan fizikal dan juga emosi. So bila dibantu dan buat bersama-sama beban tu hilang separuh.
Ads
Isteri Yang Dibantu, Isteri Bahagia
Sesungguhnya, isteri yang dibantu adalah isteri yang bahagia.
Kita sebagai suami dan ayah ni adalah role model kepada anak-anak. Budak-budak ni belajar melalui pemerhatian. Depa perhati sahaja apa kita buat dan ikut.
Kalau kita jenis asyik tengok tv maka depa pun akan jadi macam tu. Kalau kita jenis lepas makan tinggal pinggan di meja maka depa pun akan ikut macam tu. Kalau kita jenis buka baju dan seluar main campak merata maka anak-anak juga akan ikut begitu.
Suami Rajin, Tak Pernah Berkira, Itulah Hero Isteri & Anak
Ads
Jadi, sempena hari bapa ni jomlah kita muhasabah balik diri kita ni. Sempurnakah kita sebagai seorang suami kepada isteri dan bapa kepada anak-anak.
Adakah kita role model yang terbaik untuk mereka. Adakah anak-anak akan bangga dengan apa yang kita lakukan. Paling penting adakah mereka bangga dengan cara kita melayan ibu mereka.
Yang belum pernah basuh pinggan sendiri, yang belum pernah cuci toilet dan mop lantai, yang belum pernah jemur baju, yang belum penah basuh berak dan tukar lampin anak, yang belum tahu cara buat susu, jomlah kita mulakan pada hari ini.
Jadikan hari bapa hari ini sebagai titik baru dalam hidup kita sebagai seorang suami dan juga seorang bapa yang awesome.
Semoga satu hari nanti, isteri akan bangga mengatakan yang “itulah suami saya” dan anak-anak dengan bangga menunjukkan “itulah ayah saya.”
Ibu mana yang tidak bimbang bila anaknya sakit. Lagi-lagi anak yang cukup aktif setiap hari. Anak kepada pelakon, Ezzaty Abdullah dimasukkan ke hospital selepas mengalami dehidrasi.
Menerusi Instagramnya, Ezzaty memuat naik video ketika anaknya, Harum Dalia mendapatkan rawatan di hospital.
Akui Ezzaty lagi, anak sulungnya itu merupakan seorang anak yang cukup aktif dan lincah. Malah tetap lincah walaupun demam. Namun kali ini Harum tewas dan mengalami muntah-muntah.
“Kakak strong girl. Ibu ingat lagi masa baby, kakak tak nangis pun. Setiap kali kakak demam or sakit, mesti kakak hyper je macam tak sakit.
“Tapi hari ni, kakak terbaring, diam, nangis, tak makan, muntah-muntah. Ibu minta maaf sangat sebab ibu ingat kakak sakit macam biasa je,” tulisnya berkongsi.
Berkongsi kisah cemas itu kata Ezzaty, anaknya dirujuk ke hospital sebagai mendapatkan rawatan di klinik pakar kerana degupan jantungnya yang tinggi dan ditambah pula masalah dehidrasi yang dialaminya.
Namun dia kini bersyukur bila mana keadaan anaknya yang lemah semakin bertambah baik. Malah kini Harum sudah mampu tersenyum dan ceria seperti selalu biar pun masih dalam pemulihan.
“Sampai je klinik pakar tadi, doktor terus suruh ibu bawak pegi hospital cepat-cepat sebab heartbeat kakak dah tinggi sangat, kakak dehydrate yang sangat teruk sampai mata dah kuyu.
“Alhamdulillah, malam ni Harum dah boleh senyum, boleh bercerita cuma dia masih lemah dan masih belum hyper lagi.
“Ibu sentiasa doakan kakak cepat sembuh dan happy macam selalu ok. Nanti dah sihat, kita pergi tengok cerita Barbie! @harumdalia,” luahnya.
Semoga Harum Dalia cepat-cepat sembuh dan kembali ceria seperti selalu.
Kekayaan bukan ukuran untuk memewahkan anak untuk memiliki semua benda. Biarpun kaya dan punya harta, isteri kepada usahawan berjaya Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Sri Nur Shahida Mohd Rashid dipuji ramai kerana tidak kisah untuk berbelanja di pasar.
Mana tidaknya, walau memiliki wang ringgit berkepuk-kepuk namun ibu kepada lima orang cahaya mata ini sentiasa merendah diri dan tidak gemar menunjuk-nunjuk.
Satu hantaran DS Shahida di Instagramnya yang berkongsi sedang membeli selipar dua anaknya, Yusof Al Qardawi dan Raudhah Arshiyah dipuji ramai.
Tidak perlu ke gedung membeli belah untuk membeli selipar berjenama, isteri kesayangan Datuk Alif Syukri ini langsung tidak kisah membelinya di pasar malah dengan harga yang jauh lebih murah.
“Pantang la ikut mama dia pergi pasar, asyik kena pau je. Minta selipar baru pula.
“Lepas tu tak menyempat nak pakai juga kat situ.
“Anak korang pun mesti macam ni kan?,” tulisnya di kapsyen.
Rata-rata ramai yang memuji cara Datin Shahida yang mendedahkan anak-anak dengan barangan biasa tanpa perlu bermewah.
Bahkan kata pengikutnya lagi, biar pun dilimpahi kekayaan namun tidak mengubah jati diri ibu kepada lima orang cahaya mata ini.
Tidak hanya dikenali sebagai ibu dan wanita yang cukup sederhana bahkan Datin Shahida juga dikenali mempunyai sifat pemurah. Terbaik Datin!
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Membesarkan anak-anak kebanyakan difokuskan kepada cara didikan ibu sahaja. Sama ada anak itu jadi orang atau tuan. Namun dalam hal ini, peranan ayah juga sama pentingnya.
Sebab itu, didikan ibu bapa penting. Bapa tak boleh serahkan bulat-bulat pada ibu untuk urusan mendidik kerana beranggapan ayah dah keluar cari nafkah.
Mahu anak hebat, kerjasama dua pihak penting. Berikut disenaraikan ciri ayah yang hebat di mata anak dan isteri kita seperti yang dibincangkan oleh Taufiq Razif.
Siapakah Ayah Yang Hebat?
Ayah yang hebat adalah ayah yang tak terlalu keras tetapi tak juga terlalu lembut dengan anak anaknya
Ayah yang hebat adalah ayah yang tahu bila anaknya perlukan perhatian dan belaian walau hanya daripada mimik muka dan bahasa tubuh badan
Ayah yang hebat adalah ayah yang nak anak anaknya mencintai Allah melebihi cinta anak anak kepada dirinya
Ayah yang hebat adalah ayah yang selalu menyebut nama anak anaknya satu persatu di dalam doanya
Ayah yang hebat adalah ayah menjadi idola yang dirindukan anak anaknya walaupun ketika berpisah dan berjauhan
Ayah yang hebat adalah ayah yang mampu menyisihkan gajet dan smartphone di saat anak anak berada di depan matanya
Ayah yang hebat adalah ayah yang menjaga tutur kata di depan anak anaknya
Ayah yang baik adalah ayah yang selalu menunjukkan cara pergaulan yang terbaik dengan membantu ahli keluarganya
Ayah yang terbaik adalah ayah yang pandai berjenaka dan pandai mengambil hati anak anaknya
Ayah yang terbaik adalah ayah yang menunjukkan cara yang terbaik untuk menjadi ketua keluarga yang dicintai oleh seluruh ahli keluarganya.
Jom jadi ayah yang hebat dan terbaik untuk anak-anak kita!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.