Dalam dunia hiburan yang sering menampilkan senyuman, glamor dan gaya hidup yang tampak sempurna, kisah pelakon dan penyanyi Betty Banafe membuka mata ramai. Di sebalik ketenangan wajahnya, rupanya tersembunyi luka dan perjuangan panjang yang tak ramai tahu.
๐ญ Terpaksa Tanggung Hutang Bekas Suami
Selepas enam tahun bercerai dengan bekas suaminya, Bruce Dargus, Betty mendedahkan bahawa beliau kini menanggung beban hutang yang ditinggalkan semasa mereka masih bergelar suami isteri. Apa yang lebih mengejutkan, hutang itu bukan sedikit dan sehingga kini masih memberi kesan besar kepada kehidupannya.
Menurut Betty, sejak bercerai, beliau berdepan dengan berbelas-belas kes mahkamah yang difailkan oleh bekas suami yang kini tinggal di Amerika Syarikat. “Bukan saya yang saman, tapi saya kena pergi mahkamah sebab saya kena defend diri saya dan anak-anak,” luahnya.
โ๏ธ Belas-belas Kes Mahkamah & Tekanan Emosi
Betty menyatakan dia kini ‘berperang’ di mahkamah demi mempertahankan hak anak-anak dan membela dirinya daripada tuntutan yang dianggap tidak masuk akal. Bayangkan seorang ibu tunggal, terpaksa membahagikan masa antara kerja, anak-anak, dan urusan undang-undang yang memakan emosi dan tenaga.
Ads
Katanya lagi, kos guaman bukan kecil. Tapi demi masa depan anak-anak, dia tetap kuat walaupun dalam hati hanya Tuhan yang tahu perasaannya. “Saya bayar peguam pakai duit sendiri, saya cari duit halal untuk anak-anak. Saya tak pernah minta sedekah.”
๐ฉโ๐งโ๐ฆ Seorang Ibu, Dua Anak, Banyak Pengorbanan
Betty kini membesarkan dua anak hasil perkahwinannya terdahulu dengan penuh kasih sayang. Meski diuji dengan pelbagai tekanan, beliau tidak pernah menyalahkan takdir. Baginya, anak-anak adalah anugerah paling berharga dan sumber kekuatan yang tidak ternilai.
Ads
โKalau saya jatuh, siapa nak bangun untuk anak-anak saya? Mereka tengok saya sebagai contoh. Saya kena terus senyum dan kuat walau dalam hati penuh luka,โ katanya dengan nada penuh keibuan.
๐ธ Dari Selebriti ke Pejuang Kehidupan
Betty bukan sekadar selebriti ย beliau kini menjadi simbol kekuatan wanita moden. Ramai netizen dan rakan artis tampil memberi sokongan moral, menyatakan rasa kagum terhadap keberanian dan ketabahannya yang luar biasa.
Ramai juga melihat Betty sebagai suara kepada wanita-wanita di luar sana yang turut berdepan dengan cabaran selepas perceraian sama ada dari segi kewangan, mental mahupun hak penjagaan anak.
Ads
โจ Harapan Baru, Doa Berterusan
Betty akui, kadang-kadang dia rasa penat dan hampir putus asa. Tapi dia yakin, ujian ini ada hikmah. Dia percaya satu hari nanti, semua ini akan berakhir dan dia akan bangkit dengan lebih kuat.
โApa yang saya lalui ini mungkin pahit, tapi saya yakin Allah tak pernah sia-siakan air mata seorang ibu,โ kongsinya.
Betty Banafe membuktikan bahawa kekuatan seorang wanita tidak hanya terletak pada wajah yang tersenyum di khalayak, tetapi pada keberanian untuk terus bangun walau berkali-kali dijatuhkan. Semoga kisahnya memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk tidak tunduk pada ujian, sebaliknya terus melangkah ย demi anak, demi masa depan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai ibu bapa kita pun ada kesilapan dalam mendidik anak. Cuma kita tak sedar dan asyik nampak hanya kesilapan anak sahaja.
Ingat didikan bukan melalui paksaan tetapi teladan. Anak-anak lebih percaya dengan apa yang dilihat daripada apa yang didengar.
Antara kesilapan yang sering kita lakukan dalam mendidik anak-anak adalah seperti berikut:
1. Membanding-bandingkan
Ibu bapa sering kali membanding-bandingkan kebolehan ataupun kelemahan anaknya dengan orang lain.
Ada ketikanya, perbandingan ini dibuat antara adik-beradik dan ada ketikanya dengan orang lain seperti anak jiran, saudara, sepupu, kawan sekelas atau sesiapa sahaja.
Memanglah tujaan perbandingan itu dibuat bagi mendorong ataupun memberi semangat kepada anak. Tetapi, kerap kali anak-anak menyalah tafsir tujuan ibu bapa berbuat sedemikian.
Sekiranya perbandingan itu dibuat antara adik-beradik, maka subur perasaan cemburu dan iri hati dalam diri anak-anak. Sekiranya perbandingan dibuat dengan orang lain, anak mudah merasa rendah diri dan hilang kekuatan bersaing.
Faktor orang lain itu hanya dapat digunakan semasa tiada tekanan emosi antara ibu bapa dan anak. Contohnya semasa perbincangan berlaku secara terbuka. Waktu itu, barulah sesuai mengambil orang lain sebagai contoh teladan tanpa membandingkannya dengan anak kita. Barulah anak mudah menerimanya.
2.Kesilapan Merendahkan Kebolehan Anak
Seringkali tanpa sedar, kita merendahkan kebolehan anak secara tidak langsung. Kerap kali ibu bapa yang resah mengenai masalah anak meluahkan keluhannya kepada orang lain di hadapan anak-anak.
Ada ketikanya ketika bertemu jiran, kita beritahu mereka mengenai kelemahan anak kita. โAnak saya ni Cik Jah.. entah apa lagi saya hendak cakap.. malas betul hendak belajar.โItu salah satu contoh ungkapan.
Ungkapan ini pula dinyatakan dengan kehadiran anak. Maka, anak percaya apa yang didengarnya. Secara tidak langsung si ibu menyuburkan lagi sikap negatif dalam diri anak itu.
Ada ketikanya pula, ibu bapa merendahkan kebolehan diri anak-anak secara langsung apabila marah. โKau ini besar nanti hendak jadi apa? Sudahlah malas, degil pula!โ
Kata-kata sebegini mudah menghiris perasaan anak-anak dan tentunya apabila sentiasa diulang-ulang, ia menyebabkan mereka percaya itu sahaja kemampuan diri mereka.
Ibu bapa perlu sedar, setiap patah perkataan yang kita ucapkan kepada anak-anak kita merupakan doa. Jangan nanti kata-kata yang tidak baik pula yang dimakbulkan Tuhan.
Oleh itu, carilah kebaikan dalam diri anak-anak walaupun kecil. Subur-suburkanlah kebaikan itu.
3.Memarahi Anak Tidak Pada Tempatnya
Biasanya ibu bapa akan marah apabila didapati anak-anak melakukan kesilapan berulang, selepas dinasihati dan ditegur.
Tidak salah memarahi anak demi kebaikannya tetapi kita harus pastikan marah itu kenaย caranya, masa, tempat dan subjeknya. Kita tidak boleh marah secara melulu sahaja.
Ibu bapa sering kali memilih waktu yang salah bagi memarahi anak-anak. Ramai ibu bapaย mengadu, anak-anak mereka tidak suka berterus terang ataupun berbincang masalah dengan mereka.
Sebenarnya kenyataan sedemikian adalah kurang tepat.
Anak-anak tidak mahu berbincang mahupun berterus terang dengan ibu bapa sendiriย tanpa disedari menutup pintuย berbincangan itu.
Waktu anak-anak masih kecil, sama ada dialam tadika ataupun sekolah rendah, mereka pernah mengadu hal kepada ibu bapa. Mereka mengadu segala-galanya kerana ibu bapalah yang dianggap sebagai pelindung. Misalnya anak kita mungkin pulang dari sekolah dan mengadu yang guru memarahinya.
Kita pastinya bertanya, โKenapa guru marah?โ Anak memberitahu yang dia dimarahi guru kerana mengejek, mengusik, memukul ataupun mengambil barang kawan.
Apa tindak balas kita?
Ramai ibu bapa segera marah anak itu sekali lagi apabila mengetahui guru memarahi anaknya itu disebabkan kesilapan anak itu sendiri.
Apa pula perasaan anak?
Tindakan mengadu hal tadi menyebabkan emosinya dua kali sakit. Apabila perkara ini berlaku berulang-ulang kali, maka anak tidak mahu berterus terang dan berbincang lagi.
Alasannya, kerana tahu tindakan berterus terang adalah suatu tindakan yang membawa padah. Sikap inilah kelak yang terbawa-bawa sehingga anak membesar
Oleh itu, jangan memarahi anak apabila mereka berterus terang. Jangan pula menyebelahi mereka. Jelaskan secara bijak, perbuatan mereka sememangnya salah dan tindakan guru itu wajar.
Dengan cara sebegini, anak-anak dapat belajar daripada kesilapan. Hubungan ibu bapa dan anak juga menjadi semakin akrab.
4.Tidak Menjadi Pendengar Yang Baik
Ramai ibu bapa yang tidak rasa aspek ini penting bagi mereka. Menjadi pendengar yang baik bukanlah sukar dipraktikkan, cuma ibu bapa sahaja yang memperkecilkan peranan mereka sebagai pendengar.
Apabila anak-anak semakin dewasa, mereka cuba merahsiakan banyak perkara daripada pengetahuan ibu bapa. Antara sebabnya adalah disebabkan sewaktu kecil, luahan dan keluhan ย hati mereka tidak diberikan perhatian oleh ibu bapa.
Cuba perhatikan kehidupan kita dengan anak-anak.
Adakah kita berhenti membaca akhbar apabila anak kita datang dan bertanyakan sesuatu soalan? Adakah ibu berhenti menggoreng ikan apabila tiba-tiba anak datang ke dapur dan bertanyakan sesuatu?
Kemungkinan jawapanya adalah tidak.
Kita menjawab pertanyaan anak sambil membaca akhbar. Kita melayan anak sambil menggoreng ikan. Pada kita, apa yang ditanya itu tidak penting.
Memang soalan yang dikemukakan itu mungkin tidak penting, tetapi cara kita memberikan perhatian itu penting. Maka jangan salahkan anak-anak apabila mereka sudah dewasa, mereka tidak menganggap kita sebagai penyelesai masalah yang dapat diharap.
5.Tidak Mewujudkan Kemesraan
Ini juga satu masalah yang selalu timbul. Dapatkah kita bersabar sebelum memarahi ataupun menegur kesilapan anak?
Ramai ibu bapa mudah hilang sabar.ย :Penting sebenarnyaย kita cuba fahami perasaan dan fikirannya. Cunakan sentuhan bagi menambahkan kemesraan.
Pegang bahunya semasa berkata-kata. Lihat tepat ke wajahnya. Kalau anak kita masih kecil, maka melutut supaya kedudukan mata kita berada separas dengan matanya.
Selepas dia mula selesa, kali ini kita ubah pendekatan. Kita katakan sukar bagi kita menerima yang dia masih melakukan kesilapan yang sama.
Kita perlu memarahinya.ย Memarahinya bukan kerana kita mahu ย melepaskan geram tetapi memarahi anak kerana kita mahu mengajar dan membentuknya.
Terdapat perbezaan yang ketara antara dua keadaan marah itu. Anak-anak lebih menghormati kita sekiranya mereka tidak dapat menjangkakan apa tindakan kita pada kesalahan yang mereka lakukan.
Sebabnya, jika kita terlalu marah, maka anak mungkin katakan pada dirinya, โAyah saya memang macam ituโ. Lihat, walaupun kita benar-benar marah, kesannya tiada langsung pada diri anak.
6.Terlalu Memanjakan Anak
Sekiranya terlalu memanjakanย anak-anak, mereka akan kehilangan sikap berdikari.
7.Suka Membebel Dan Mengkritik
Ada pula ibu bapa yang suka membebel pada anak. Sikap ibu bapa seperti ini membuatkan anak rasa hidup di rumah tidak selesa dan tiada ketenangan.
Oleh sebab itu, ramai diantara anak-anak lebih gemar menghabiskan masa di luar. Mereka berasa diri mereka bebas dan merdeka. Mereka menemui ketenangan setiap kali berada diluar rumah.
Cuba perhatikan anak-anak kecil kita setiap kali ada tetamu yang bertandang ke rumah, kenapa perangainya menjadi cukup berbeza? Mereka berani melakukan perkara-perkara yang kita larang.
Mereka melompat-lompat diatas sofa. Mereka membuat pelbagai ragam dan semua perbuatannya itu menaikkan darah kita. Ini kerana, mereka tahu diri mereka merdeka ketika itu.
Ibu bapa tidak mungkin memarahi mereka dihadapan tetamu yang hadir. Mereka ingin menunjukkan kebolehan dan kepandaian dihadapan tetamu. Mereka tahu kita tidak membebel waktu itu.
Ada ketikanya, kita membebel sehingga ke tahap mengkritik anak-anak. Kritikan yang tidak membina hanya membuatkan keyakinan diri anak-anak kita luntur.
Kita boleh mengkritik dengan syarat selepas itu tunjukkan kepada kepada anak apa yang perlu mereka lakukan.
Ini barulah dikatakan sebagai kritikan yang membina. Bukannya kritikan mencari salah semata-mata.
Nak dapatkan bahan pembelajaran anak yang menarik, klik di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang bayi di Amerika Syarikat yang berusia enam minggu telah meninggal dunia selepas diuji positif Covid-19 dan kini dipercayai mangsa paling muda di dunia, lapor Metro Uk.
Menurut Gabenor Ned Lamont, bayi itu meninggal dunia di Connecticut minggu lepas dan beliau menggambarkan keadaan itu sebagai benar-benar menyayat hati.
โDengan rasa kesedihan yang mendalam, kami mengesahkan bahawa kematian bayi pertama di Connecticut yang dikaitkan dengan Covid-19. Seorang bayi yang baru lahir berusia enam minggu dari Hartford tidak sedarkan diri semasa dibawa ke hospital lewat minggu lalu dan tidak dapat diselamatkan.
โUjian mengesahkan bahawa bayi baru lahir itu positif Covid-19. Ini benar-benar menyayat hati. Kami percaya ini adalah salah satu kematian termuda yang disebabkan oleh Covid-19.
โVirus ini menyerang tanpa belas kasihan. Keadaan ini juga memperlihatkan betapa pentingnya untuk duduk di rumah dan mengurangkan pendedahan kepada orang lain. Kehidupan anda serta orang sekeliling pada dasarnya boleh bergantung pada virus tersebut. Doa kita untuk keluarga pada masa sukar ini,โ kata Gabenor menerusi kiriman di laman Twitter.
Kanak-kanak dan remaja adalah demografi yang paling tidak terjejas oleh wabak Covid-19. Walau bagaimanapun, satu artikel yang diterbitkan oleh New England Journal of Medicine oleh para penyelidik China melaporkan bahawa seorang kanak-kanak berusia sepuluh bulan meninggal dunia selepas diserang virus itu.
Anak-anak zaman sekarang sememangnya petah dan bijak berbicara. Namun kepetahan dan kebijakkan anak ketiga Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida, Ibraheem Adham Aliff Syukri atau Baem ini mengundang respon positif netizen.
Semalam ini di instagramnya, Datin Seri Nur Shahida memuat naik video Baem yang menyatakan hasrat untuk membayar duit van jenazah ibunya bila ibunya telah kembali ke rahmatullah nanti. Kelakar namun Baem sememangnya anak bijak. Ikhlas menunjukkan rasa sayang yang tidak terhingga pada ibunya.
ย
Budak-budak zaman sekarang kalau berbicara langsung tak jaga hati mak yang duduk depan dia ni.
Tak tahu nak sedih ke nak gelak bila Baem dah sibuk cerita nanti bila mama mati Baem nak bayar duit van jenazah mama. Ammar tak payah bayar biar Baem yang bayar. Siap offer nak jaga yusoff!!???โฆ.
Kalau korang jadi saya korang nak sedih ke nak ketawa? Ke atau ada perasaan lain?
Terkedu dengan kata-kata Beam yang jujur namun percaya si kecil ini sudah pun menunjukkan keikhlasan hatinya malah mempamerkan rasa tanggungjawabnya biarpun masih kecil.
Baem Pandai Ambil Hati
Melalui perkongsiannya yang lain, Datin Seri Shahida sebelum ini juga turut menyifatkan Baem seorang anak yang pandai mengambil hatinya.
Paling pandai ambik hati. Mudah-mudahan sampai besar ya @baemadham_terlajaklaris sayang mama macam ni. Paling susah hati kalau mak dia merajuk. Saya ni sejenis yang tak pandai nak ambik hati, tak pandai nak memujuk apatah lagi memuji orang, walau happy pun simpan dalam hati. Bila ada anak yang pandai ambik hati ni berbunga-bunga je rasa.
Para pengikut Datin Seri Shahida di instagram juga memberikan respon yang positif malah memuji niat murni Baem ini.
Sebenarnya niat dia nak pikul tanggungjawab pada Datin cara anak-anak explain nak tunjukkan sayangnya dia kat datin. Beruntung datin ada anak-anak yang sentiasa sayangkan datin. Lagi pun datin didik anak-anak datin dengan baik dan sempurana. Moga datin dan keluarga sentiasa bahagia hingga ke jannah.โ
โBagus Baem.Sungguh-sungguh dia nak bayar urusan van jenazah mama dan nak jaga Yusof.โ
โKanak-kanak diusia macam ni kurang faham tentang perasaan tapi dorang belajar melalui tindakan. Bagus Baem ni dikelilingi orang yang baik-baik. Sebab tu dia cuba tunjuk kelakuan yang baik.โ
โAnak-anak semua ikut kelakuan ibunya yang serba sederhana, cakap yang baik-baik, dengan diberi ketaatan solat 5 waktu. Alhamdulillah suka tengok datin @shahidadherbs.โ
Semoga Baem terus menjadi anak yang bijak dan bertanggungjawab buat abang, kakak dan adiknya. Bukan hanya Baem anak yang bijak, malah pasangan VIP ini turut mempunyai tiga anak lain, Ammar Ahyyan, Qadejah El Zahra dan Yusof Al Qardawi yang kesemuanya comel, bijak malah mendengarkan kata-kata ibu dan bapanya.
Kredit: @shahidadherbs
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.