Bukan senang menjadi ibu lagi-lagi yang harus bekerja atas tuntutan tertentu. Sebelum anak lahir lagi, ibu sudah berfikir siapa yang harus menjaga anak dan adakah anak akan selamat dan selesa.
Dilema ini kadang-kadang buatkan ibu jadi berbelah bahagi. Namun kerana komitmen, perasaan itu terpaksa dibuang jauh-jauh dan mampu berdoa agar keselamatan anak terjaga.
Perkongsian dari Pakar Motivasi, Mohd Fairuz Abu atau Akhi Fairuz tip sebelum hantar anak ke rumah pengasuh yang mungkin boleh membantu ibu yang pertama kali nak serahkan anak pada orang lain untuk menjaganya.
Tip ini adalah dari Puan Zilawati Zahari sebelum menghantar anak ke rumah pengasuh :
Ads
Cuba elakkan dari pengasuh yang,
Pengasuh yang mempunyai anak lelaki, berumur 12 tahun ke atas, keciciran persekolahan, menganggur atau yang mempunyai karakter yang mencurigakan.
Pengasuh yang mempunyai suami yang tidak bekerja dan sentiasa ada di rumah.
Pengasuh yang tinggal bersama bapa, bapa mertua atau adik beradik lelaki.
Sekiranya ingin menghantar ke pusat asuhan, pastikan tempat jagaan seperti bilik dan bilik air antara kanak-kanak lelaki dan perempuan diasingkan, terutama untuk budak-budak transit yang berumur 5 tahun ke atas.
Merujuk kepada point 1, 2 dan 3, perkara yg tidak diingini akan berlaku bilamana pengasuh menggunakan khidmat mereka untuk turut sama mengasuh anak-anak tersebut ketika dia sibuk melakukan kerja-kerja rumah dan sebagainya.
Sekiranya tiada pilihan…
Ads
Anak-anak dah bijak bercakap, seringlah berinteraksi/ bersembang dgn mereka. Tanya soalan-soalan biasa dahulu seperti,
“buat apa/ main apa dirumah mak/ nenek (panggilan tuk pengasuh)?”
“Ada tak abang, atuk, uncle peluk cium, raba, usik-usik tempat yang tak sepatutnya? Dia suruh buat sesuatu ke? Kalau anak-anak dah mula bercerita, anda harus ambil langkah berjaga-jaga. Wallahualam.
Ibu bapa mana yang tidak teruja apabila anak sudah memperlihatkan minat membaca dan menulis, bukan? Pasti ramai parents, terutamanya ibu bapa baharu mencari cara ajar anak menulis. Mari kita lihat perkongsian Puan Mastura Abd Halim ini berkenaan cara mengajar anak menulis dengan berkesan.
Nur Medina Khalishah, anak kecil yang manja dan lemah lembut
Puan Mastura Abd Halim dan suaminya, Encik Jasmil Kamal telah dikurniakan dua orang cahaya mata sepanjang perkongsian hidup mereka.
Anak sulungnya, Nur Medina Khalishah lebih mesra dipanggil dengan nama manja Kakak Asha di rumah, kini berusia 5 tahun.
Menurut Puan Mastura, Khalishah merupakan seorang kanak-kanak yang ceria, manja dan juga lemah lembut.
Seperti kebanyakan ibu bapa baharu yang lain, membesarkan anak pertama bukanlah satu perkara yang mudah kerana banyak perkara yang perlu dipelajari sepanjang proses membesarkannya.
Hal ini juga yang dilalui oleh Puan Mastura terutamanya dalam penyediaan proses pembelajaran untuk anaknya, Khalishah.
Sebelum ajar menulis, biasakan anak dengan aktiviti melibatkan motor halus
Puan Mastura mula tergerak hati untuk mencari cara ajar anak menulis setelah banyak melihat ibu-ibu yang berkongsi pengalaman tersebut seawal usia tiga tahun.
Disebabkan itu, dia juga mula mengambil pendekatan untuk mengajar anaknya menulis sejak awal usia.
Namun, sebelum mula mengajar anaknya menulis, Puan Mastura telah memperkenalkan beberapa aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus terlebih dahulu.
Antaranya ialah aktiviti-aktiviti yang banyak melibatkan pergerakan otot dan jari serta koordinasi mata serta tangan.
Tidak dinafikan bahawa proses mengajar Khalishah ini ada kalanya mempunyai masa-masa sukar dan senang.
Namun, Khalishah mudah faham dengan apa yang diajarkan ibunya itu, selain dia sendiri suka dengan pelbagai aktiviti yang disediakan.
Ini 5 cara ajar anak menulis yang dikongsikan Puan Mastura!
Setelah melihat pelbagai tip dan cara ajar anak menulis yang dikongsikan di media sosial, Puan Mastura menggabungkan teknik-teknik ini dan mengaplikasikannya semula kepada si anak.
Berikut adalah 5 cara mengajar anak menulis yang telah Puan Mastura gunakan:
#1. Kenalkan aktiviti pratulis
Sebelum mengajar menulis dengan betul, Puan Mastura memperkenalkan aktiviti pratulis terlebih dahulu kepada anaknya seawal umur 2 tahun.
Aktiviti seperti ini banyak melibatkan penggunaan motor halus otak dan ia memerlukan lebih banyak kawalan dan pergerakan otot.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah seperti mengoyakkan kertas, menampal kertas, mengepit penyepit pakaian, menyusun blok, menulis di atas pasir dan sebagainya.
#2. Buat aktiviti sambungkan garisan
Selain itu, Puan Mastura juga memberikan latihan menyambung garisan putus-putus kepada anaknya, Khalishah.
Latihan ini bertujuan untuk memudahkan anaknya menulis mengikut garisan atau corak yang akan diberikan kelak.
Selain itu, latihan ini juga boleh membiasakan kanak-kanak untuk memegang pensil dengan betul.
#3. Biarkan anak melukis atau menconteng
Ada kalanya, Puan Mastura akan memberikan kebebasan kepada anaknya untuk menulis, menconteng atau melukis.
Namun bukanlah di merata-rata tempat, tetapi pada kertas A4 yang telah diberikannya itu.
Cara ini juga boleh menggalakkan kanak-kanak untuk berkarya dan menulis apa sahaja mengikut imaginasinya.
Pendekatan secara kreatif seperti ini juga merupakan antara cara ajar anak menulis.
#4. Mula ajar huruf dan nombor ketika 4 tahun
Apabila Khalishah sudah mula memasuki umur 4 tahun, barulah Puan Mastura mula mengajarkannya menulis huruf, nombor dan lain-lain lagi.
Ini kerana pada ketika ini, anaknya itu telah faham dan tahu memegang pensil dengan baik.
#5. Belikan buku atau hadiah
Apabila anaknya sudah mula pandai menulis, Puan Mastura mula membelikan buku yang sesuai dengan peringkat umur anaknya bagi merangsang kemahiran motor halus dan juga berfikir.
Selain itu, jika Khalishah selalu membuat latihan menulis dan pandai menulis dengan baik, Puan Mastura juga memberikan hadiah dan ucapan penghargaan kepada anaknya sebagai ganjaran dan galakan.
Khalishah mula pandai susun suku kata, hantar surat selepas guna cara ajar anak menulis di atas
Apakah kelebihan amalkan cara ajar anak menulis sejak awal usia? Menurut ibu ini, dia dapat melihat tulisan anaknya itu menjadi lebih baik dan kemas berbanding hari-hari sebelumnya.
Selain itu, anaknya juga sudah mula pandai menyusun huruf menjadi suku kata, perkataan dan juga ayat pendek.
Bukan itu sahaja, apabila Khalishah sudah mula pandai menulis, anaknya itu juga kerap memberikan surat kepada Puan Mastura dan suami walaupun belum benar-benar pandai menyusun ayat dengan baik.
Ia merupakan satu perkembangan yang baik dan amat menarik bagi seorang kanak-kanak yang baru berusia lima tahun.
Cara ajar anak menulis: Ibu bapa perlu bijak tangani emosi anak sewaktu latihan menulis
Sewaktu Khalishah berumur antara 2 hingga 5 tahun, ia merupakan fasa yang agak sukar untuk mengajar anak menulis.
Ini kerana pada waktu itu, kanak-kanak lebih gemar bermain dan kurang fokus dalam proses pembelajaran.
Jadi, Puan Mastura sentiasa berfikir berkenaan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan umur anaknya bagi merangsang perkembangan daripada pelbagai sudut.
Menurut Puan Mastura,
“Kita perlu lihat emosi anak. Ada waktu anak menjadi rajin dan ada waktunya anak menjadi letih dan kita tidak boleh memaksa anak membuat aktiviti atau latihan menulis pada waktu tersebut. Untuk bagi anak seronok membuat aktiviti menulis, berikan ganjaran selepas anak selesai menyiapkan latihan menulis. Antaranya seperti keluar membeli alat permainan atau dibenarkan untuk menonton televisyen”.
Suami isteri mana yang tidak berbalah di dalam rumah tangga. Ada waktunya berselisih pendapat, malah ada juga bermasam muka dan merajuk. Namun inilah kemanisan dalam rumah tangga. Ada ketikanya semuanya dirasakan cukup indah dan bahagia. Asam garam inilah yang menjadikan kita lebih matang dalam melayari rumahtanggga. Kuncinya adalah toleransi.
Dr Say Shazril juga berdepan masalah yang sama dalam rumah tangganya. Gaduh-gaduh katanya bersama isteri tercinta. Begitu kongsi Dr Say menerusi instagramnya.
“Mungkin ada yang pandang saya sebagai suami mithali memahami bini dari semua segi. Namun hakikatnya itu semua fantasi. Kami tetap berkelahi. Dan kadang-kadang topik pergaduhan tiada isi.
“Contohnya gaduh sebab Eudora dia lambat support Jawhead saya dengan alasan skillnya tengah CD. Ataupun saya mengantuk malas menemaninya ke gym di pagi hari.
“Kadang-kadang kerap bergaduh “tak munasabah” ni buat rumah tangga kami suram. Ada kala kami tidak bertegur sapa dari pagi sampai ke malam. Ada kala kami tidak bertentang mata apa tah lagi bersalam,” kata Dr Say bercerita menerusi instagramnya.
Buang ego dan bertoleransi
Pun begitu kata doktor selebriti ini lagi, apa yang lebih penting adalah bertoleransi dalam hubungan. Tak kiralah siapa menang atau kalah, sebaiknya rendahkan ego kita pada pasangan. Begitu kongsinya.
“Walaupun pergaduhan dalam perkahwinan itu WAJIB, yang menentukan kejayaan pasangan itu mengharunginya adalah TOLERANSI. Toleransi mengikut DBP didefinisikan sebagai sabar dan bertolak ansur, menerima atau menghormati pendapat, fikiran dan kepercayaan orang lain.
“Kita berkahwin dengan seseorang bukan untuk menjadikan dia sempurna sebab diri kita juga jauh dari kesempurnaan. The key is RENDAHKAN EGO baik kepada lelaki mahupun perempuan. Menang dengan pasangan tak menjanjikan kebahagiaan,” kongsinya lagi.
Malah bapa kepada bayi comel, Ace ini mengakui keadaannya kini baik-baik saja selepas melakukan tindakan yang tepat dalam rumah tangga.
“Sekarang kami lebih tenteram. Eudora CD setahun pun saya akur. Saya tidur setahun pun bini akur ke gym seorang diri. Toleransi is key peeps. Dah pi sayang pasangan korang cakap “abang/ sayang sorry asyik nak menang,” katanya lagi.
Terdahulu, Dr Say mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Dr Azura Abas pada 30 Mac 2014 dan kini pasangan sepadan ini dikurniakan seorang anak, Aezriel.
Bagi seorang isteri, selain menguruskan makan pakai suami dan anak, bab pengurusan duit juga sangat penting. Bagi isteri yang bekerja mungkin perbelanjaan untuk membeli tu tak terasa sangat tetapi jika isteri surirumah perkara ini menjadi keutamaan.
Sebab itu, walaupun duit syiling, ia sangat berharga dan apabila simpan sikit-sikit, hasilnya boleh membantu jika berada dalam kesulitan. Seperti perkongsian Puan Norziela Ziela mula dengan disiplin dan lebihan duit belanja dapur, cukup setahun hasilnya sangat berbaloi.
Hasil tabungan hampir setahun. Ni jelah cara saya menyimpan duit selain di bank. Memang agak lama menyimpan. Saya juga dah ajar anak-anak dari kecil supaya menabung. Alhamdulillah anak-anak saya pun memang dah faham.
Duit ni semua saya dapat dari baki ke pasar, duit beli barang dapur dan paling saya suka kalau terjumpa duit dalam mesin basuh.
Ini kerana suami bagi belanja basah mingguan. Hampir setahun simpan, tengok hasilnya kita juga yang rasa gembira.
Hikmah menabung ni juga, kebetulan PKP baru-baru ini disebabkan pendapatan suami sedikit terjejas kerana suami kerja gaji harian, jadi duit simpanan ini sangat membantu. Kiranya hari tu dah dua tabung di buka untuk perbelanjaan keluarga.
Cara saya senang je.. Kalau duit syiling masuk je dalam satu tabung.
RM 1 satu tabung
RM5+RM10+RM20+RM50 satu tabung (Duit RM50 tu selalu suami bagi buat belanja tapi saya simpan)
Total hampir RM1000 lebih. Syiling saya tak kira lagi.. Tengah termenung nak kira.
P/s: Saya hanya suri rumah tak ada bisnes apa-apa. Sumber kewangan saya memang dari suami saya 100%
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Luka Caesarean memerlukan penjagaan rapi selepas bersalin. Ketahui 7 tip penting termasuk berjalan awal, pemakanan seimbang, penyusuan susu ibu dan penjagaan luka untuk mempercepatkan proses pemulihan.