Melahirkan anak bukan perkara kecil. Ia satu perjuangan yang luar biasa, ibarat bertarung nyawa. Tapi selepas habis tempoh berpantang, ramai ibu mula rasa letih, lesu dan kadang-kadang hilang semangat untuk jaga diri. Eh, tak boleh macam tu ya!
Ingat, bila ibu jaga diri sendiri, baru boleh jaga keluarga dengan lebih baik. Jom kita tengok lima cara paling berkesan untuk jaga badan dan diri sendiri selepas bersalin. Bukan sekadar nak kurus, tapi nak sihat, cergas dan yakin balik!
๐ฅ 1. Makan Untuk Pulih, Bukan Untuk Kenyang Saja
Lepas bersalin, badan perlukan makanan yang bantu pulihkan luka, beri tenaga dan hasilkan susu. Ini masanya untuk betul-betul jaga pemakanan.
Amalkan makanan berpantang yang berkhasiat seperti:
Ikan bakar atau kukus
Sayur sawi, lobak putih, daun pegaga
Sup herba atau sup ayam kampung
Minuman panas seperti air halia atau air kunyit hidup
Kurangkan makanan berminyak, bergoreng dan bergula tinggi. Badan akan rasa lebih ringan dan segar. Bonus: kulit pun lebih berseri!
๐ฆ 2. Minum Air Banyak-Banyak, Bukan Sikit-Sikit
Ads
Ramai orang takut minum air kononnya takut perut buncit. Salah tu! Bila cukup air:
Badan tak cepat penat
Susu badan lebih lancar
Luka cepat sembuh
Sembelit boleh dielakkan
Tip mudah sediakan botol air di setiap sudut rumah. Bila ada masa, teguk sikit-sikit. Jangan tunggu haus baru nak minum!
๐ฟ 3. Bertungku & Urutan โ Rawatan Tradisi Yang Sangat Berkesan
Jangan pandang ringan pada amalan bertungku dan urut lepas bersalin. Ia bantu:
Ads
Kecutkan rahim
Buang angin dalam badan
Legakan lenguh dan sakit badan
Kembalikan bentuk badan
Kalau tak dapat bantuan bidan, gunakan tungku moden atau tuam botol air panas di perut dan pinggang. Urutan boleh minta tolong suami sambil tu boleh eratkan kasih sayang juga ๐
๐ถโโ๏ธ 4. Bergerak Perlahan, Tapi Konsisten
Tak perlu terus buat senaman berat. Mulakan dengan pergerakan ringan:
Bila badan dah biasa, barulah boleh mula bersenam lebih aktif. Jangan terburu-buru, ikut kemampuan badan.
Ads
๐ 5. Jaga Emosi & Perasaan โ Ibu Juga Perlu Disayangi
Selepas bersalin, hormon belum stabil. Ramai ibu alami rasa murung, penat melampau, cepat marah atau rasa tidak berguna. Jangan simpan seorang diri.
Luahkan pada:
Suami
Ibu atau adik-beradik
Kawan yang boleh dipercayai
Kaunselor atau jururawat kesihatan
Jangan rasa bersalah kalau nak โme timeโ. Mandi lama sikit, dengar lagu kegemaran, pakai baju cantik semua tu hak ibu. Bila ibu tenang, barulah rumah tangga rasa bahagia.
๐ธ Penutup Penuh Jiwa
Ibu yang baru lepas bersalin bukan lemah. Ibu sedang membina kekuatan baru โ fizikal, emosi dan semangat. Jangan abaikan diri. Bangkit, jaga diri dan raikan diri sendiri setiap hari.
Kita bukan sekadar ibu. Kita wanita luar biasa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai ibu, kita perlukan masa rehat untuk diri sendiri. Kenapa? Setiap tubuh badan manusia memerlukan waktu rehat yang cukup terutama untuk fizikal dan mental setelah penat menguruskan hal rumahtangga.
Fizikal yang penat ditambah pula dengan mental yang letih boleh membahayakan kesihatan ibu dan memberikan kesan kepada keadaan sekeliling. Isteri dan ibu perlu bertenang setiap hari, ikuti perkongsian dari Puan Umm Zainab;
Isteri dan ibu perlu bertenang, setiap hari
Ada satu kes rujukan psikiatri bagi menilai kesihatan mental seorang wanita pertengahan 30an yang menggoncang bayinya sehingga mengalami inflicted brain injury (shaken baby syndrome).
Wanita itu mendakwa mendengar suara-suara dari dalam kepalanya yang membenci diri sendiri, membenci anak-anak, membenci suami. Lama kelamaan wanita itu mulai rasa sakit kepala, teramat sangat. Dia mudah berasa marah bila mendengar suara bayi kecilnya menangis.
Hasil multiple medical screening, mengesahkan wanita itu bebas daripada sebarang penyakit atau keadaan yang boleh mengakibatkan poor judgement eg:- ketumbuhan yang menekan cerebral cortex ataupun ketumbuhan di bahagian badan lain, kanser (dan rawatan seperti kemoterapi atau radioterapi), penyakit melibatkan gangguan hormon seperti hyperthyroidism ataupun penyalahgunaan dadah dan alkohol. Perbuatan yang dilakukannya hanya berpunca daripada ketidakstabilan keadaan mental.
Ini bukanlah kejadian pertama ibu mencederakan anak kerana hilang pertimbangan diri. Kejadian ini sudah kerap berlaku bahkan ada yang melibatkan kematian.
1) Bagaimana hal seperti ini boleh berlaku?
Kerana para isteri, para ibu ini ada sindrom kepenatan yang berterusan (constant fatigue) sebab mereka tidak ada masa untuk make sense, come to term, merasional dan mewaraskan diri sendiri. Seperti berkerja terus menerus, dalam tidurpun masih berkerja. Walaupun jasad berehat, emosi berkerja.
Ada kisah sedih tentang ibu yang bila hendak buang air di tandas rumah, terpaksa tidak tutup pintu tandas sampai batas aurat dan kesopanan kepada anak yang sudah besar hampir mumaiyiz pun diabaikan kerana anak yang kecil menangis macam kena dera kalau ibunya masuk tandas tutup pintu. Dalam hatinya ada rasa sesal dan malu, tapi apakan daya dia perlu hidup begitu sekurang-kurangnya sehingga anak kecilnya boleh menghadapi saat getir ditinggalkan di luar tandas. Inilah yang menyumbang kepada keletihan emosi ibu walaupun jasad direhatkan.
Ada juga ibu yang berkongsi kerisauan tentang berat badan makin naik, bentuk badan berubah sebab tiada masa hendak bersenam di rumah. Suaminya pula kata, โAwak buat kerja rumah itu kira macam bersenamlahโ. Memanglah berpeluh turun naik tangga ke depan ke belakang menyapu, kutip baju kotor, memasak, uruskan anak tapi hormon dopamine dia gagal mewujudkan rasa teruja, excitement untuk work out sebab minda dia sudah register itu semua sebagai rutin, akibatnya penghasilan serotonin berkurang, dan tidak dapat bertindak balas sebaiknya dengan endothropin untuk beri rasa gembira dan keseronokan berkerja (working / working out as pleasureable activities).
Dia buat kerana dia sudah lali, hafal, ibaratnya kalau pejam matapun sudah tahu di mana bakul baju kotor, bekas garam gula, setting oven. Yalah, kalau ke hulu ke hilir dengan uniform dapur, mana sempat hendak excited letak yoga mat sambil berzumba mengikut rentak irama.
Bila waktu makan pula, dia makan segala macam, tidak ada portion diet, tidak ada control intake. Makan macam kerja buruh binaan sebab banyak guna tenaga untuk kerja fizikal, dalam masa yang sama mental letih juga, badan jadi lesu. Sekali lagi, sebab hormon serotonin dia kurang dan tidak berfungsi dengan baik, selera dia tiada regularity, menyebabkan dia mudah lapar, rasa sentiasa hendak mengunyah, makan banyak pun susah kenyang.
Ada ibu yang tidak sempat minum air selepas makan, langsung terlupa. 2-3 jam kemudian baru teringat. Padahal dalam masa yang sama dia sudah susukan anak dengan susu badan sehingga kenyang. Sebab dia tidak teruja dengan aktiviti yang dijalaninya, dengan hidup. Bila keterujaan tiada, dopamine kurang, serotonin level juga tidak memuaskan. Akibatnya fikiran bercelaru sehingga aktiviti ringkas seperti minum air pun boleh terlupa (more serotonin means more energy and clearer thinking as serotonin is a monoamine neurotransmitter that is thought to be responsible for the sense of well being and happiness). Ada yang pergi kedai makan hendak makan lauk pedas-pedas tapi end up order nasi goreng cina supaya boleh share dengan anak kecilnya. Makanlah apapun dia payah hendak teruja.
2) Apa yang kaum ibu ini perlukan untuk merasa lebih baik (feeling better, feeling good about herself), tidak terseksa sendirian walaupun dia tetap perlu menjalankan tugas seorang isteri dan ibu?
Masa bertenang. Sehari sekali paling kurang.
3) Bagaimana untuk memberi masa bertenang?
Masa bertenang tidak perlukan kos yang tinggi atau mewah, pergi bercuti atau melancong merata, upah pembantu rumah atau nanny dan caretaker. Masa bertenang adalah tempoh bersendiri. Walaupun dalam rumah sahaja.
ย
Benar, ibu-ibu zaman ini memang suka kalau suami bagi voucher spa, sauna ataupun bagi cash suruh shopping atau bagi masa suruh tengok wayang tapi kalau tidak mampu semua itu baik dari segi kewangan ataupun masa (spa paling kurang 2 jam, shopping 4-5 jam, tengok wayang 3 jam โ kalau ada anak kecil menyusu badan ataupun yang clingy sebab sudah terbiasa dengan ibunya sahaja, susah untuk keluar sendirian lama-lama) berilah masa isteri, ibu bertenang 15-30 minit sehari pun jadilah.
4) Ada contoh aktiviti yang boleh dibuat untuk masa bertenang?
Ada. Antara caranya, bapa ambil semua anak, bawa naik kereta, sementara ibu bersendirian di rumah, tanam pokok bunga atau brisk walk, work out, jogging pusing taman. Bapa bawa anak pergi playground sementara ibu di rumah minum kopi secawan sambil makan pisang goreng. Ataupun biar isteri sendirian dalam bilik, membaca novel atau main mekap-mekap, cuba-cuba baju (ini personal choice saya)
manakala suami bawa anak ke bahagian lain rumah, buat aktiviti bersama anak-anak tanpa ibu mereka. Boleh juga biar isteri mandi dengan tenang, dia hendak scrub ke dia nak long shower ke tanpa ada anak ketuk pintu sambil jerit-jerit macam kena picit menyeru nama ibunya.
5) Ada pantang larangkah untuk masa bertenang?
Tidaklah sehingga pantang. Tapi kalau boleh janganlah pula beri alasan anak tidak biasa berenggang dengan ibunya untuk tidak beri si ibu masa bertenang. Kalau suami sudah cakap begini, beri masa bertenang 30 saat pun naluri ibu akan merasa serba salah. Golongan ibu-ibu ini memanglah dia nampak macam ada kuasa magik, bila anak nangis dia ambil, didukung, anakpun senyap. Jadi asal anak menangis sahaja, para bapa pun buat kesimpulan anak hendak ibunya. Sebenarnya tidak. Ibu ini dia refleks, dengar anak menangis meraung, dia akan angkat.
Anakpun bila sudah terbiasa bila menangis ibu dukung, pujuk, dia pun refleks โ berhenti menangis bila ibu datang. Cuba kalau anak itu menangis jauh daripada ibu, si ibu tidak dengar anak menangis, ibu pun tidak akan refleks angkat anaknya, anak pun tidak akan refleks berhenti menangis bila diangkat ibunya, bapapun tidak akan nampak seolah cuma ibu yang memiliki super power untuk menghentikan tangisan anaknya. Sekali sekala dalam kehidupan anak itu dia akan belajar bahawa ada cara lain dan orang lain yang boleh menghentikan tangisannya selain daripada cara ibu, dukungan ibu, pelukan ibu.
6) Selalu dengar orang perjuangkan me time. Apa beza me time dengan masa bertenang?
Masa bertenang ini berbeza dengan masa untuk diri sendiri, me time. Jangan keliru masa bertenang dengan me time. Nanti orang kata isteri zaman sekarang asyik hendak tuntut me time sahaja seolah tidak ikhlas menjalankan tugas sebagai isteri dan ibu. Bukan. Me time itu kelapangan, bersifat ganjaran. Untuk memberi kerehatan. Masa bertenang pula adalah keperluan, bersifat hak. Untuk menata kewarasan. Untuk mewajarkan pertimbangan. Supaya para ibu tidak dihanyut emosi yang keletihan, yang menyuruh mencederakan anak, meninggikan suara kepada suami, atau mudah mengancam menuntut talak.
7) Pentingkah masa bertenang?
Penting. Macam hak asasi isteri. Berilah isteri hak dia berkadaran dengan usia, berkadaran dengan waktu, berkadaran dengan peredaran zaman. Walaupun sudah beranak pinak beberapa orang sekalipun. Dia perlu masa menata hati dan perasaan, menimbang baik buruk keputusan dan pekerjaan yang dikerjakan sehari-harian.
A contemplation of the day. Waktu muhasabah atau waktu dia boleh pilih sesuatu untuk dilakukan sambil berfikir dalam ketenangan. Waktu yang dia boleh buat revision tentang matlamat hidupnya, misalnya untuk sesetengah ibu suri rumah, tujuan asal dia berhenti kerja atau memilih untuk tidak berkerja untuk menjaga anak di rumah. Bagi ibu berkerja pula, justifikasi menghantar anak ke taska atau di bawah jagaan pengasuh. Waktu untuk dia improvisasi visi hidupnya. Ataupun masa untuk dia menghayati kekesalan sebab dia tertinggi suara pada anak atau termerungut dengan tugasnya sebagai ibu. Masa untuk dia motivate diri, kumpul semangat, cari kekuatan, reasoning kemarahan.
Para suami, sungguh tidak rugi berbuat baik kepada isteri. Isteri yang dilayan dengan baik, rumahtanggapun akan jadi baik โ anak-anak terjaga baik, makan pakai keluarga dalam keadaan baik, isteri bercakap lemah lembut dengan perkataan yang baik-baik, sentiasa bermood baik, rajin menjaga bentuk badan dan kesihatan dengan baik. Sebab kehidupannya baik, menjadikan dia isteri yang baik, membentuk anak-anak yang baik, memberi manfaat kepada suami yang baik. Menghasilkan kitaran hidup yang baik-baik. Saling melengkapi dengan kebaikan.
Berbuat baiklah. Tidak kira lelaki perempuan, suami isteri, anak ibu bapa. Jadi orang baik. Layan orang dengan baik. Terutamanya orang yang baik dengan kita. Semoga baik-baik belaka hendaknya.
Meningkatkan berat badan anak memang perlu namun jangan memberikan lebih gula pada anak. Lebih-lebih lagi gula putih. Selain melemahkan memori anak, lebihan gula dan juga bahan sucralose tidak baik untuk diambil anak-anak dalam diet harian mereka.
Setiap kali membeli makanan pada anak, periksa dahulu kandungan bahannya dan elakkan sucralose ini. Ia mengandungi 600 kali ganda dari gula biasa. Ini yang dikongsikan oleh Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar.
Ada satu pagi ni saya singgah kat stesen minyak. Saya nak ambil duit. Bila masuk saja dalam convenience store stesen minyak tu terus dengar bunyi suara budak menangis.
Menjerit sakan budak tu. Siap hentak hentak kaki. Dia dok sebut nak chewing gum. โNak chewing gum nak chewing gummmm haaaโ macam broken record kata oramg putih.
Saya tengok kat tangan dia dah ada minuman yogurt berperisa. Staf di kaunter dok tengok tengok. Orang beratur di ATM mesin pun tengok juga. Saya kesian tengok mak dia. Apalah yang dia fikirkan.
Alhirnya si emak tewas. Beli juga chewinggum. Sekelip mata gegak gempita hilang. Tiada lagi bunyi.
Ni bukan kali pertama saya jumpa insidem macam ni. Kerap berlaku. Ramai orang pernah rasa.
Saya yang tengok pun jatuh belas pada ibubapa. Mak ayah terperangkap. Mungkin juga asalnya salah sendiri sebab beri pada anak. Atau benarkan orang beri pada anak.
Ramai tidak perasan โmakanan dan minumanโ proses begini ada sucralose. Ia adalah pemanis tiruan. Ia 600 kali ganda lebih manis dari gula biasa.
Sucralose ini biasanya ada dalam air berperisa buah, ais krim, frozen yogurt, chewing gum, coklat berperisa, jem, candy, minuman diet, โhealthyโ bar dan minuman berkarbonat.
Satu kajian dapati pemanis tiruan sucralose membunuh 50% bakteria baik. Tinggikan nisbah bakteria jahat dalam usus. Seolah surat jemputan untuk penyakit mula berdempek.
Dalam kajian di jurnal saintifik Frontiers in Physiology tahun 2017, sucralose sebabkan inflamasi kepada liver dan dikaitkan dengan diabetes dan obesiti.
Lebih malang lagi, Sucralose juga ganggu sistem keseimbangan tubuh atau homeostasis. Laporan dari jurnal Cell 2006 sebut gangguan homeostasis boleh sebabkan penyakit cardiovascular, allergies, dan kanser.
Cuba fikirkan sejenak. Bila kita bagi kat anak atau diri sendiri adakah penyakit jantung, diabetes, allergies atau kanser yang kita sedang jemput masuk ke diri?
Atau obesiti dengan limpahan lemak sana sini yang jadi dambaan? Fikir sekejap. Apakata bila beli sesuatu lepas ini semak di bahagian ingredient, ada sucralose atau tidak?
Kalau ada letak balik. Cari yang lain. Boleh begitu?
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.