PKP yang panjang dengan jumlah kes Covid-19 yang masih belum menampakkan tanda-tanda semakin berkurangan ini ada baiknya kita mempersiapkan diri dengan pelbagai peralatan di rumah. Tidak terkecuali ubat-ubatan ringan yang sememangnya amat membantu kita sekeluarga.
Melalui perkongsian Public Health Malaysia, seperti yang dikongsikan oleh Dr Dr.Asmi Syabil, jenis-jenis ubatan ini perlu ada dalam simpanan kita di rumah di saat genting seperti demam, batuk dan sebagainya. Sekurang-kurangnya kita tidak perlulah ke klinik atau ke hospital jika mengalami demam-demam biasa.
Ubat ubatan ini penting untuk kita ‘standby’ di rumah sekiranya mengalami gejala ringan. Ubatan ini boleh di perolehi di farmasi tanpa memerlukan preskripsi.
Ubat-ubatan yang wajib anda simpan dirumah, asrama atau diatas kereta. Antara punca utama yang menyebabkan kesesakan di Jabatan Kecemasan adalah apabila pesakit datang untuk mendapatkan rawatan bagi perkara-perkara yang bukan kecemasan,yang mana rawatan boleh didapati di klinik-klinik kesihatan atau jabatan pesakit luar. Antaranya seperti:
-demam
-batuk
-selesema
-cirit-birit
-gatal-gatal badan
-muntah
-sakit perut
-pening
-sakit kepala
Ads
Jadi, kali ini jom kita bicara serba sedikit berkenaan ubat-ubatan yang boleh disimpan dirumah sebagai ‘First aid kit’ ataupun boleh dibawa ketika ingin bermusafir agar kita tidak memenuhi jabatan kecemasan dengan kes-kes yang tidak sepatutnya.
Berilah peluang kepada mereka yang betul-betul memerlukan rawatan kecemasan terutamanya mereka yang bertarung diantara hidup dan mati untuk mendapatkan tumpuan petugas kesihatan.
Ini antara ubat-ubatan yang boleh didapati di farmasi berdekatan dan sering diberikan oleh para doktor untuk gejala-gejala seperti yang disebutkan di atas. (Sila baca deskripsi di setiap gambar ye😊)
Sila dapatkan nasihat doktor jika gejala (symptom) anda berterusan dan dapatkan rawatan dengan kadar segera apabila anda mengalami reaksi alahan terhadap ubat yang diambil.
Ads
Semoga bermanfaat untuk semua dan silakan berkongsi untuk kegunaan bersama.
Dr.Asmi Syabil Pegawai Perubatan Kecemasan
Malah menurut Dr Izzar Anwari pula, tambahkan tiga peralatan ini di rumah di saat kita berdepan pandemik sekarang ini. Wajib ada:
1️⃣ Pulse Oximeter – Ukur spo2 & pulse rate
2️⃣ Blood pressure monitor
3️⃣ Thermometer – Ukur suhu badan
Tak kisahla anda positif ke tak, beli sekarang 3 benda ni. Jangan main-main. Kalau ada 3 alat ni insyaAllah boleh pantau betul-betul dan ambil tindakan segera.
Ads
Jadi, beli 3 benda ni SEKARANG kalau tak de kat rumah.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: Dr Asmi Syabil & Public Health Malaysia & Dr Izzar Anwari
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dah seminggu demam dan suhu badan mencecah hingga 40 darjah celcius, penyampai radio Fizi Ali bersyukur dan mengesahkan anak perempuannya, Ameena Sofia tidak dijangkiti Influenza A atau denggi.
Walaubagaimanapun, menurut Fizi, Ameena masih ditahan di hospital kerana akan demam pada waktu malam.
“Sebenarnya dah seminggu Ameena asyik demam malam. Dalam pukul 2 pagi hari tu, tiba-tiba seluruh badan dia naik bintik-bintik dengan suhu badan yang tinggi, 40 darjah celcius.
“Kami jadi panik dan kelam kabut, itu yang terus bawa dia ke hospital. Selepas melakukan pemeriksaan dan ujian darah diambil, Alhamdulillah Ameena tidak dijangkiti Infleunza A ataupun denggi.
“Namun, Ameena masih perlu ditahan kerana ada beberapa pemeriksaan lanjut akan dibuat.
“Saya harap semua orang akan terus mendoakan semoga Ameena cepat sembuh seperti biasa,” katanya.
Tambah suami kepada aktres Shakilla Khoriri ini, dia akui tidak dapat menahan perasaan sedih apabila melihat keadaan puteri tunggalnya yang jatuh sakit.
“Saya memang berasa sedih melihat keadaan Ameena yang terlantar sakit. Sama juga dengan apa yang dirasai Shakilla.
Mengekalkan bentuk badan yang langsing selepas melahirkan anak bukanlah mudah. Maklum sajalah, ketika hamil semuanya ‘mengembang’. Sejurus bayi keluar, mulalah ada bahagian-bahagian tertentu yang menggelebeh.
Jangan risau kerana dengan tekad dan disiplin yang tinggi, anda mampu mengembalikan bentuk tubuh asal atau mungkin lebih baik lagi. Jangan sehingga menyeksa tubuh, buatlah mana yang mampu tetapi konsisten dan bersungguh-sungguh.
Kebanyakan selebriti di Malaysia, biasanya kembali langsing selepas bersalin. Selain berpantang mengikut cara yang betul, mereka juga bersemangat untuk kembali cantik selepas melahirkan anak. Ambil contoh pelakon dan pengacara jelita, Rozita Che Wan atau mesra disapa sebagai Che Ta, seawal dia melahirkan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana dahulu, selepas tempoh berpantang penampilannya kembali seperti sedia kala. Bagaimana caranya Che Ta buat begitu?
Pa&Ma ingin membuat throwback cara berpantang Che Ta yang boleh para ibu ikut. Selagi tidak memudaratkan dan anda pun boleh kembali cantik, tidak salah menjadikan caranya itu sebagai panduan.
Pernah berkongsi tentang caranya berpantang dahulu, Che Ta memberitahu yang dia sangat menitik beratkan soal ini termasuklah tidak akan keluar rumah sepanjang 45 hari dan menjaga pemakanan sepenuhnya. Che Ta berpantang dengan memilih makanan tertentu dalam tempoh setahun.
Ketika berpantang dahulu, Che Ta makan secara catuan kerana menurutnya ketika inilah seorang ibu bermula untuk menjaga semua proses pemakanan dan mengambil makanan berkhasiat untuk menyusukan bayi. Selain itu, ketika berpantang Che Ta akan mengelak dari memasang penghawa dingin atau kipas kerana mahu memanaskan badan dan mengeluarkan peluh.
Kita mengetahui Che Ta sememangnya seorang yang amat menitikberatkan soal kecantikan dan penjagaan bentuk badan. Oleh kerana itulah, dia memberitahu yang dia gemar menempah pakaian dengan saiz yang lebih kecil dari badannya sendiri sebagai motivasi kepadanya untuk menjaga bentuk badan.
Berkongsi tip kurusnya di laman web Hijabista, Che Ta memberitahu yang dia akan makan malam empat jam sebelum tidur. Selain itu, dia juga mengamalkan makan nasi dua kali sehari dengan kuantiti sebesar penumbuk. Untuk mencapai berat badan yang ideal, kurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman yang diambil.
Semoga dengan perkongsian amalan dari Che Ta ini dapat membantu para ibu yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Tidak mengapa turun lambat sedikit, asalkan konsisten. Gunakan cara yang sihat jadi tidaklah memberi kesan kepada tubuh anda. Selamat mencuba!
Saksikan pasangan Rozita Che Wan & Zain Saidin dalam Pa&Ma Musim Kelima dengan kupasan topik episod ke-12 ‘Ibu & Anak Kaki Melaram’ pada 18 September 2019 2019,Rabu jam 9 malam disaluran Astro Prima (ch 105) , Prima HD (ch 121) dan Astro Go (apps).
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Membesarkan anak-anak satu cabaran yang besar buat ibu bapa hari ini. Bukan hanya dari aspek perkembangan anak sahaja tetapi dari segi penjagaan kesihatan serta pencegahan penyakit juga penting.
Usah sesekali mengambil mudah jika anak mengalami demam, selesema, sakit perut mahupun batuk. Ia mungkin petanda awal bagi penyakit yang lebih serius atau memerlukan rawatan segera.
Mungkin juga anak yang kerap sakit ini berpunca dari masalah pemakanan yang ramai ibu bapa tak perasan.
Melalui perkongsian dari seorang bapa ini apa yang dilakukan untuk anaknya mungkin boleh dijadikan panduan terutama aspek pemakanan buah mengandungi vitamin C untuk kuatkan antibodi anak.
Dulu anak saya selalu juga sakit-sakit. Selsema la batuk la. Memang sangat kerap.
Bagi antibiotik sebenarnya bukan penyelesaian masalah malah boleh tambah masalah lagi kalau sakit anak saya tu bukan disebabkan oleh bakteria. Silap haribulan boleh jadi antibiotic resistance!
Selsema dan demam ni kebanyakannya disebabkan oleh virus je. Kalau disebabkan oleh virus memang tak perlu antibiotik pun. Kalau guna antibiotik pun takde efek juga dan biasanya demam yang disebabkan oleh virus dia self-limiting, maksudnya demam tu akan sembuh sendiri.
Fikir punya fikir camne la nak bagi sistem imun anak saya ni kuat sikit. Mula-mula saya pun tak tahu jugak camne kan. Lepas isteri saya buat satu benda ni baru saya perasan anak anak saya dah jarang sakit sikit.
Nak tahu apa isteri saya buat?
Dia TUKAR BENDA YANG KAT DALAM PETI AIS je!
Senyap-senyap je peti ais saya ni makin banyak buah. Dia kurangkan makanan sejuk beku yang entah apa-apa tu dan ganti dengan buah yang tinggi kandungan Vitamin C macam buah oren, epal dan anggur.
Saya ni memang tak makan buah sangat sebenarnya jadi saya tak hiraukan sangat la kan tapi ada benda yang buat saya akhirnya jadi peminat buah buahan yang tegar! Saya perasan yang anak saya dah kurang demam, selsema dan sakit-sakit!
Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.
Bila saya kaji rupanya Vitamin C dalam buah-buahan tu memang terbukti membantu sistem imun dan pertahanan tubuh untuk lawan kuman-kuman jahat dan bertindak sebagai antioxidant yang menurunkan risiko kanser pada anak kita.
Tolong ajar keluarga kita juga ye untuk penuhkan peti masing-masing dengan buah-buahan ni semua. Jangan-jangan sumber anak kita sakit selama ni datang daripada peti ais kita sendiri.
Kredit : Taufiq Rasul
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Proses penyembuhan luka bersalin sememangnya memerlukan masa untuk sembuh sepenuhnya. Dianggarkan luka jahitan ini akan sembuh dalam masa empat hingga enam minggu bagi yang bersalin normal dan enam minggu hingga berbulan-bulan bagi luka jahitan pembedahan caesarean.