Tak sangka, 10 hadiah hari jadi anak pasangan pelakon aktres Rozita Che Wan dan Zain Saidin dibeli di Up Town sahaja!
Muat naik video durasi 7 minit menunjukkan Zain Saidi membawa anak anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana untuk membeli belah di Uptown Kota Damansara bersempena dengan ulang tahun kelahiran yang ke-10.
“Kita dah dekat Kota Dame, Uptown. Ini kali pertama Aaisyah datang sini, dia tak pernah datang Uptown.
“Saya nak tunjuk uptown ada apa dan dia boleh beli 10 barang bersempena dengan hari jadinya yang ke-10,” kata Zain.
Kelihatan Zain membawa Aaisyah berjalan berdua membeli 10 barang pilihan sempena hari jadi anak kesayangannya.
Ads
Antara barang pilihan Aaisyah adalah barang solek, casing telefon, topi dan baju jersey.
“Alhamdulillah siap dah 10 barang untuk Aaisyah, hari jadi yang ke-10. Bila dekat Uptown tau, kita support lokal,” katanya.
Meninjau ke ruangan komen, warganet rata-rata memuji Zain yang memilih untuk membawa anaknya merasai pengalaman membeli belah di lokasi berkenaan yang secara tidak langsung dapat membantu peniaga tempatan.
Di kala usia sekecil tiga tahun, sepatutnya dunia anak kecil hanya dipenuhi dengan tawa dan belaian kasih sayang. Namun, siapa sangka seorang kanak-kanak perempuan di Yunnan, China terpaksa menanggung detik ngeri apabila sebilah pisau tertusuk di kepalanya.
Lebih menyayat hati, si kecil itu tetap kelihatan tenang ketika berjalan masuk ke hospital ditemani ibunya, seolah-olah tidak memahami betapa seriusnya kecederaan yang dialami. Kejadian yang berlaku pada 15 Ogos lalu itu dilaporkan berpunca apabila ibunya sendiri tanpa sengaja menikam anaknya ketika cuba menakut-nakutkan dengan senjata tajam yang disimpan di bawah bantal.
Doktor memberi amaran agar pisau berkenaan tidak dicabut sendiri kerana tindakan tersebut boleh menyebabkan pendarahan serius atau kecederaan lebih parah.
Kanak-kanak itu kemudian dibawa ke bilik pembedahan bagi mengeluarkan pisau berkenaan dan dia kini berada dalam keadaan stabil selepas rawatan intensif.
Rakaman kejadian yang tular di media sosial menunjukkan kanak-kanak tersebut berjalan dengan tenang bersama ibunya sehingga memasuki bilik pembedahan.
Pengguna media sosial di China memuji keberanian luar biasa mangsa yang digambarkan lebih tabah daripada kebanyakan orang dewasa.
Namun insiden tersebut turut mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat mengenai aspek keselamatan kanak-kanak di rumah.
Orang ramai menggesa ibu bapa lebih berhati-hati serta memastikan barang tajam disimpan dengan selamat agar tragedi seumpama ini tidak berulang.
“Biarlah… budak-budak je pun.” Ayat ini kedengaran biasa, malah sering keluar daripada mulut ibu bapa yang menyaksikan gelagat anak mereka menolak, merampas mainan atau menjerit tanpa kawalan.
Tapi tanpa sedar, inilah bibit awal yang membentuk sifat membuli dalam diri anak-anak.
Isu buli di Malaysia, terutama dalam kalangan kanak-kanak dan remaja, semakin membimbangkan. Lebih menyedihkan, ada kes yang berakhir dengan kecederaan fizikal serius malah meragut nyawa. Sedangkan, anak-anak ini tidak dilahirkan dengan sifat pembuli ia terbentuk daripada cara didikan, respons ibu bapa terhadap tingkah laku, dan persekitaran yang tidak membetulkan kesalahan sejak kecil.
Pengguna Threads, @lilybookattic_, berkongsi pandangan jujur yang meraih perhatian ramai. Katanya:
“Budak-budak yang kaki buli di sekolah itu tidak lahir terus jadi begitu. Itu hasil masterpiece didikan daripada ibu bapa. Bila anak tolak budak lain di taman permainan, rampas mainan, jerit macam Tarzan, dan biadab, ibu bapa pula bersahaja cakap ‘budak-budak sahaja pun’. Mereka normalisasikan kelakuan ini sejak umur tiga tahun.”
Tegas beliau, inilah punca utama budaya buli yang makin parah ia bermula dengan ibu bapa yang mengabaikan disiplin anak, dan menganggap semua kelakuan kasar itu sebagai lumrah usia kecil.
Lebih memburukkan keadaan, ada ibu bapa yang cepat melenting bila anak ditegur. Ayat seperti, “Saya kenal anak saya, dia bukan macam tu” sering diluahkan sebagai bentuk perlindungan, tanpa menyelidik terlebih dahulu kebenaran aduan.
“Anak kita bukan malaikat. Mungkin depan kita dia baik, tapi belakang kita kita tak tahu. Siasat dulu. Tanya cikgu, kawan-kawan dia. Jangan terus menafikan,” kata beliau lagi.
Kasih sayang terhadap anak memang tidak bertepi. Tapi apabila terlalu melindungi hingga menutup ruang memperbetulkan kesilapan, anak akan rasa ‘bebas’ berbuat sesuka hati dan inilah yang memupuk sifat pembuli.
Sebagai ibu bapa, kita adalah ‘cermin’ kepada anak. Jika kita menghalalkan kelakuan kasar sejak kecil, jangan terkejut jika mereka membesar tanpa empati dan hormat pada orang lain.
Anak-anak perlu dididik bahawa setiap perbuatan ada akibat. Apabila mereka menolak, merampas atau menengking, tegur dengan kasih sayang. Jangan biarkan tanpa tindakan.
Jangan biarkan budaya ‘biarlah budak-budak’ menjadi alasan untuk terus membiarkan sikap kasar anak-anak berlarutan. Mulakan daripada rumah — bentuk akhlak mereka dengan disiplin, didikan dan kasih sayang yang seimbang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kadangkala, perkara kecil yang kita anggap biasa sebenarnya menyimpan cerita yang tidak disangka. Itulah yang dilalui oleh seorang ibu, Narahnizah Jain, apabila masalah hidung anaknya yang kerap berdarah akhirnya membongkar sesuatu yang mengejutkan.
Segalanya bermula apabila anak sulungnya sering mengalami selesema berpanjangan yang tidak kunjung pulih. Keadaan menjadi lebih merisaukan apabila hidungnya mula berdarah secara kerap, disertai bau hingus yang kurang menyenangkan. Rasa bimbang itu akhirnya mendorong si ibu untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut di klinik pakar ENT.
Ketika sesi pemeriksaan dijalankan, doktor menggunakan kamera kecil untuk melihat keadaan dalam rongga hidung. Bahagian kiri kelihatan normal tanpa sebarang masalah. Namun, situasi berbeza ditemui pada bahagian kanan yang sering mengalami pendarahan.
Pada mulanya, doktor hanya menunjukkan kawasan hadapan hidung yang menjadi punca darah keluar. Namun apabila kamera dimasukkan lebih dalam, mereka menemui sesuatu yang luar biasa. Terdapat satu objek berketul besar dan berkilat terselit di bahagian belakang rongga hidung.
Si ibu mengakui terkejut melihat imej tersebut di skrin. Bentuknya yang pelik membuatkan dia pada mulanya menyangka ia seperti bahan logam nipis, seakan aluminium foil.
Doktor cuba mengeluarkan objek itu beberapa kali, namun tidak berjaya. Dalam proses tersebut, hidung anaknya mula berdarah dengan lebih banyak. Keadaan menjadi sedikit cemas sehingga doktor terpaksa menggunakan semburan kebas dan alat sedutan untuk mengawal pendarahan.
Melihat situasi yang semakin mencabar, doktor meminta bantuan tambahan. Seorang lagi pakar dipanggil untuk membantu proses tersebut. Selepas beberapa percubaan menggunakan pelbagai peralatan, akhirnya objek misteri itu berjaya dikeluarkan dalam tempoh kira-kira 10 minit.
Apa yang mengejutkan, objek tersebut kelihatan hitam dan keras seperti batu. Rupa-rupanya, inilah kesan gula-gula dalam hidung yang telah lama terperangkap dan mengeras.
Selepas itu, hidung anaknya dimasukkan kain khas untuk menghentikan pendarahan. Dalam masa yang sama, si ibu mengambil peluang bertanya semula kepada anaknya tentang kemungkinan dia pernah memasukkan sesuatu ke dalam hidung.
Pada awalnya, anaknya menafikan. Namun selepas dipujuk dan ditanya sekali lagi, dia akhirnya teringat satu kejadian lama. Ketika berusia sekitar tujuh tahun, dia pernah memasukkan sebiji gula-gula kecil ke dalam hidungnya.
Rupa-rupanya, gula-gula tersebut tidak pernah dikeluarkan dan kekal di dalam hidung selama bertahun-tahun. Lama-kelamaan, gula-gula dalam hidung itu mengeras dan membentuk ketulan keras seperti batu.
Kes seperti gula-gula dalam hidung ini boleh menyebabkan jangkitan, keradangan, dan komplikasi jika tidak dirawat.
Si ibu meluahkan rasa lega dan bersyukur kerana keputusan mendapatkan rawatan pakar membongkar masalah sebenar yang selama ini tidak disedari. Anaknya kini dijadualkan untuk pemeriksaan susulan bagi memastikan keadaan hidung benar-benar pulih.
Kisah ini menjadi peringatan buat ibu bapa agar lebih peka terhadap perubahan pada anak-anak. Jangan ambil mudah simptom yang berpanjangan seperti hidung berdarah, bau tidak normal, atau selesema berlarutan.
Kes gula-gula dalam hidung ini jelas menunjukkan bahawa benda kecil boleh membawa kesan besar jika tidak ditangani segera. Pemeriksaan awal mampu mengelakkan komplikasi serius dan memberi ketenangan kepada ibu bapa.
Jika anak menunjukkan tanda-tanda pelik atau berulang, segera dapatkan pemeriksaan pakar. Kadangkala, jawapan kepada masalah tersebut mungkin lebih mengejutkan daripada yang disangka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!