Ads

Sekolah Tutup Akibat Jerebu, Macam Mana Nasib Murid Asrama? Ini Penjelasan KPM!

Sekolah Tutup Akibat Jerebu, Macam Mana Nasib Murid Asrama? Ini Penjelasan KPM!

Keadaan jerebu yang melanda beberapa negeri ketika ini semakin membimbangkan, terutama dalam kalangan ibu ayah yang mempunyai anak masih bersekolah. Lebih-lebih lagi apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil langkah menutup sekolah di kawasan yang terjejas demi menjaga keselamatan dan kesihatan murid.

Bagaimanapun, satu lagi persoalan yang bermain di fikiran ibu ayah ialah bagaimana pula nasib anak-anak yang tinggal di asrama, khususnya murid Sekolah Berasrama Penuh (SBP), sekiranya sekolah mereka diarahkan tutup akibat jerebu?

Adakah anak-anak perlu pulang ke rumah serta-merta? Bagaimana pula dengan ibu ayah yang tinggal jauh dari sekolah dan tidak dapat mengambil anak dalam masa terdekat? Situasi lebih sukar pada ibu ayah bila kementerian mengumumkan setiap hari.

Sekolah Tutup Akibat Jerebu, Macam Mana Nasib Murid Asrama? Ini Penjelasan KPM!

Situasi ini pastinya menimbulkan kebimbangan, apatah lagi bagi ibu ayah yang menyerahkan sepenuhnya urusan penjagaan anak kepada pihak sekolah sepanjang mereka berada di asrama.

Susulan keadaan jerebu semasa, KPM akan mengumumkan status operasi sekolah dari semasa ke semasa, termasuk sebarang arahan penutupan berdasarkan keadaan dan tahap pencemaran udara di kawasan terlibat.

Sehubungan itu, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP) tampil memberikan penjelasan mengenai pengurusan murid asrama sekiranya sekolah diarahkan tutup.

Penjelasan ini merangkumi urusan kepulangan murid, penjagaan di asrama, pembelajaran, peperiksaan serta aktiviti sekolah sepanjang tempoh penutupan.

Sekolah Tutup Akibat Jerebu, Macam Mana Nasib Murid Asrama? Ini Penjelasan KPM!

Apa Yang Berlaku Jika Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Diarahkan Tutup?

Jika sekolah diarahkan tutup akibat jerebu, bagaimana pula dengan murid yang tinggal di asrama?

Ibu bapa tidak perlu bimbang. Berikut ialah perkara yang perlu diketahui sekiranya arahan penutupan sekolah dikeluarkan.

Ads

1. Adakah murid perlu pulang ke rumah?

Murid dibenarkan pulang ke rumah. Walau bagaimanapun, murid yang ingin terus tinggal di asrama boleh berbuat demikian dengan kebenaran ibu bapa atau penjaga.

2. Siapa yang akan menjaga murid di asrama?

Pengurusan sekolah dan warden akan terus bertugas secara bergilir bagi memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan murid yang masih berada di asrama sentiasa terpelihara.

3. Bagaimana dengan pembelajaran murid?

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan diteruskan, termasuk bagi murid yang berada di asrama, sama ada secara dalam talian atau luar talian. Walau bagaimanapun, sesi pembelajaran formal secara bersemuka di dalam kelas tidak dibenarkan sepanjang tempoh penutupan sekolah.

4. Bagaimana jika murid sedang menduduki peperiksaan?

Peperiksaan dalaman sekolah akan dijadualkan semula sekiranya bertembung dengan tempoh penutupan.

Bagi peperiksaan awam, ibu bapa dan murid diminta mengikuti makluman rasmi terkini daripada Lembaga Peperiksaan.

5. Adakah aktiviti sekolah masih diteruskan?

Aktiviti luar tidak dibenarkan sepanjang tempoh penutupan.

Ads

Program anjuran Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP) juga akan ditangguhkan sekiranya semua sekolah di negeri berkenaan diarahkan tutup.

Bagi murid yang telah tiba di lokasi program, pihak penganjur akan memastikan kebajikan mereka terus dijaga, termasuk penyediaan makanan, minuman dan pengurusan pembelajaran.

6. Bagaimana ibu bapa akan mengetahui status sekolah?

Setiap SBP akan mematuhi arahan penutupan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing.

Ibu bapa diminta mengikuti saluran komunikasi rasmi sekolah bagi mendapatkan maklumat dan arahan lanjut.

Sekolah Tutup Akibat Jerebu, Macam Mana Nasib Murid Asrama? Ini Penjelasan KPM!

Ibu Ayah Jangan Panik, Sentiasa Ikuti Makluman Rasmi Sekolah

Dalam keadaan jerebu yang tidak menentu, ibu ayah dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap perkembangan terkini dan sebarang pengumuman rasmi daripada pihak sekolah serta KPM.

Ads

Bagi ibu ayah yang mempunyai anak di SBP, tidak perlu terburu-buru membuat keputusan untuk membawa anak pulang tanpa mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak sekolah.

Ini kerana murid yang tidak dapat pulang masih dibenarkan berada di asrama dengan kebenaran ibu bapa atau penjaga, manakala pihak pengurusan sekolah dan warden akan terus memastikan kebajikan mereka terjaga.

Pada masa sama, ibu ayah juga boleh mengingatkan anak-anak supaya sentiasa menjaga kesihatan, mengurangkan aktiviti luar dan segera memaklumkan kepada warden atau guru sekiranya mengalami gejala seperti batuk, sesak nafas atau kesukaran bernafas.

Apa yang paling penting, penutupan sekolah akibat jerebu bukan bermakna kebajikan dan keselamatan murid yang tinggal di asrama akan diabaikan.

Seperti yang ditegaskan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, keutamaan tetap diberikan kepada keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan setiap murid.

Kerjasama ibu bapa, penjaga dan pihak sekolah amat penting bagi memastikan semua urusan sepanjang tempoh penutupan dapat dilaksanakan dengan teratur, selamat dan lancar.

Menarik: Surah Al-Ikhlas & 3 Zikir Ni Jangan Tinggal Masa Anak Jawab Peperiksaan! 

Zikir Ibu Ayah Ketika Anak Hadapi Peperiksaan, Amalan Mohon Permudahkan Urusan!

Disiplinkan Anak Tanpa Jerit & Ugut Rotan, Ikut Langkah Ni Guna Time Out

Sumber: Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

“Isteri Saya Dah Suruh Angkat Dia!” Syed Saddiq Dukung Bella Astillah,...

Syed Saddiq dukung Bella Astillah dalam video sweet bersama keluarga. Aksi itu buat ramai suami berdebar apabila isteri mula minta layanan sama!