“10 Kali Sehari Mummy Tukar Baju Maryam”. Fizo Beli Baju Anak Sejak 5 Tahun Lalu

Share

Betullah orang cakap bila ada anak, apa-apa mesti dahulukan anak. Samalah situasinya bagi Fizo Omar dan Mawar yang kini menjadikan puteri sulungnya, Wan Maryam keutamaan mereka.

Melalui entri instagramnya, Fizo memberitahu hampir 10 helai baju sehari Maryam akan tukar semata-mata untuk memastikan si comel Maryam dapat pakai semua baju yang dibeli mereka sejak lima tahun lalu.

“Lima tahun lepas masa Daddy dan Mummy honeymoon di Italy excited sangat nak beli baju baby, setiap tempat kami pergi benda yang wajib beli adalah baju baby. Biasalah pasangan yang baru kahwin semuanya excited nak dapat baby dan selalunya tak tunggu lama nak dapat zuriat.

Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada  10 November 2013 dan mendapat cahaya mata pada 29 Disember 2017 menerusi rawatan kesuburan.

Sementara itu, Fizo berkata, dia dan isteri tetap yakin membeli baju-baju bayi biarpun ketika itu perkahwinan mereka sudah memasuki tahun keempat.

Kemenangan Bersabar

Fizo berkata, pelbagai rawatan dan ikhtiar diusahakan dalam tempoh itu tanpa rasa putus asa.

“Hari demi hari menunggu sehinggalah masuk tahun ke empat perkahwinan, tak dapat juga zuriat. Macam-macam cara cuba dan ikhtiar.

“Perasaan saya sangat yakin yang satu hari Allah akan izinkan kami untuk berzuriat. Baju bayi tak payah cakap. Yakin je beli dah macam ada anak ramai kat rumah tu.

“Saya tak pernah putus asa atau tertekan dengan soalan “bila nak dapat anak?… doa dan terus berdoa, akhirnya Allah izinkan bila dia tahu kami sudah bersedia untuk jadi ibu bapa,” ujarnya.

Jadi tak hairanlah kalau mummy dia tukar baju Cik Yam ni 1 hari sampai lebih 10 kali, sebab stok baju ni dah kumpul hampir 5 tahun.

Daddy pula, bila tengok Cik Yam pakai baju yang kami ‘confident’ je beli dulu, buatkan saya rasa bersyukur dan meraikan kemenangan bersabar yang susah untuk saya explain erti kepuasannya.

Sumber: Instagram Fizo Omar

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN