Puri buah-buahan selalu menjadi pilihan ibu bapa sebagai makanan pertama bayi tatkala bayi mencecah usia 6 bulan. 10 jenis puri buah-buahan ini boleh menjadi idea sajian bayi anda.

JENIS-JENIS PURI

Terdapat bermacam jenis puri yang diberikan kepada bayi dan ia dikategorikan seperti berikut;

  1. Puri buah
  2. Puri sayur
  3. Puri puri buah/ sayur yang ditambah dengan bijirin
  4. Puri puri buah/ sayur yang ditambah lauk sebagai sumber protein

Puri-puri yang dinyatakan di atas berbeza mengikut fungsi pada setiap kumpulan makanan tersebut. Sayur dan buah merupakan sumber utama serat tidak larut di dalam makanan. Serat yang terdapat di dalam makanan membantu melawaskan pembuangan air besar.

Bijirin ialah karbohidrat yang membekalkan tenaga utama yang diperlukan untuk fungsi otak, keperluan organ badan dan aktiviti fizikal manakala protein yang terkandung didalam lauk seperti ayam, ikan, daging atau telur berperanan mengekalkan serta terlibat dalam pertumbuhan dan pembaikan tisu badan.


10 MENU PURI BUAH-BUAHAN UNTUK BAYI

Puri Buah Mudah Dimasak & Melawaskan. Memang Favourite Bayi 6 Bulan Ke Atas

Puan Aisyah Yusof telah berkongsi 10 jenis sajian yang telah disediakannya untuk bayinya Muhammad Kazeem ketika anaknya itu berumur 6 hingga 7 bulan.

Just to share dengan mommies semua apa yang saya selalu masak untuk anak first intro solid dulu. Basically semua menu saya akan rotate je. Menu tak banyak tapi boleh la kalau nak buat-buat tambah idea kan. Haha!!

Berikut ialah sajian puri yang dikongsikannya;

#1: PURI YOGURT EPAL

Bahan-bahan

  • Natural yogurt
  • Epal

Cara penyediaan:

  1. Epal dipotong kecil dan distim.
  2. Campurkan bersama yogurt dan kisarkan.

Puri Buah Mudah Dimasak & Melawaskan. Memang Favourite Bayi 6 Bulan Ke Atas

TIP: Kata Aisyah, pastikan yogurt yang digunakan tiada tambahan gula dan kalau boleh berlemak (bukan zero fat/ non fat)


#2: PURI STRAWBERI PISANG & YOGURT

Bahan-bahan

IKLAN
  • Natural yogurt
  • Pisang
  • Strawberi

Cara penyediaan: 

  1. Strawberi dipotong kecil dan distim.
  2. Pisang dipotong.
  3. Campurkan semuanya dan kisarkan.

Puri Buah Mudah Dimasak & Melawaskan. Memang Favourite Bayi 6 Bulan Ke Atas



#3: PURI PISANG & BLUBERI

Bahan-bahan

  • Pisang
  • Bluberi

CARA PENYEDIAAN: 

  1. Kukus bluberi sebentar.
  2. pisang tidak perlu dikukus.
  3. Kisarkan bersama dan sedia dihidang.

Aisyah telah menyediakan puri ini ketika anaknya mengalami sembelit.

Puri Buah Mudah Dimasak & Melawaskan. Memang Favourite Bayi 6 Bulan Ke Atas


#4: PURI MANGGA

Bahan-bahan

  • Mangga

Cara penyediaan: 

  1. Mangga dipotong kecil dan distim.
  2. Kisarkan dan sedia dihidang.

Puri Buah Mudah Dimasak & Melawaskan. Memang Favourite Bayi 6 Bulan Ke Atas

IKLAN

#5: PURI YOGURT & NECTARINE

Bahan-bahan

  • Natural yogurt
  • Nectarine

Cara penyediaan:

  1. Nectarine dipotong kecil dan distim.
  2. Campurkan bersama yogurt dan kisarkan.

Puri Buah Mudah Dimasak & Melawaskan. Memang Favourite Bayi 6 Bulan Ke Atas


#6: PURI BUAH PIR

Bahan-bahan

  • Buah pir

Cara penyediaan: 

  1. Pir dipotong kecil dan distim.
  2. Kisarkan dan sedia dihidang.

Puri Buah Mudah Dimasak & Melawaskan. Memang Favourite Bayi 6 Bulan Ke Atas


#7: PURI LABU 

*Puri ini dihidangkan dengan serbuk ikan bilis yang dibuat sendiri oleh Aisyah.

IKLAN

Bahan-bahan

  • Mangga

Cara penyediaan: 

  1. Mangga dipotong kecil dan distim.
  2. Kisarkan dan sedia dihidang.

Puri Buah Mudah Dimasak & Melawaskan. Memang Favourite Bayi 6 Bulan Ke Atas


#8: PURI STRAWBERI, BLUBERI & YOGURT

Bahan-bahan

  • Natural yogurt
  • Strawberi
  • Bluberi

Cara penyediaan:

  1. Epal dipotong kecil dan distim.
  2. Campurkan bersama yogurt dan kisarkan.

Puri Buah Mudah Dimasak & Melawaskan. Memang Favourite Bayi 6 Bulan Ke Atas


#9: PURI STRAWBERI YOGURT

Bahan-bahan

  • Natural yogurt
  • Strawberi

Cara penyediaan:

  1. Strawberi dipotong kecil dan distim.
  2. Campurkan bersama yogurt dan kisarkan.

Puri Buah Mudah Dimasak & Melawaskan. Memang Favourite Bayi 6 Bulan Ke Atas


#10: PURI PIC PUTIH

Bahan-bahan

  • Buah pic putih

Cara penyediaan: 

  1. Pic dipotong kecil dan distim.
  2. Kisarkan dan sedia dihidang.

Puri Buah Mudah Dimasak & Melawaskan. Memang Favourite Bayi 6 Bulan Ke Atas

Sumber: Puan Aisyah Yusof

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI