Kebanyakan ibu selalu pening fikirkan resipi apa nak masak untuk baby setiap hari. Resipi puri ini cukup mudah dan senang.
Bagi mommy yang bekerja atau suri rumah boleh praktikkan. Lepas ni tak payah nak pening-pening dah.
Cukup 15 minit, mommy dah boleh duduk bersila breakfast atas sofa empuk.
10 Resipi ni penuh khasiat dan dijamin 200% Halal untuk ibu-ibu yang ada anak kecik umur 6 bulan.
Pada usia 6 bulan, anak akan mula lalui proses “weaning”. Maksudnya dari hanya menyusu susu badan atau susu tepung, bayi akan mula makan. Nyum nyum.
Antara zat penting yang mula merosot dalam badan bayi pada usia 6 bulan ke atas ialah zat besi.
Susu ibu dah tak dapat tampung permintaan (demand) zat besi yang mencukupi bila bayi mula cecah usia 6 bulan. Sebab tu proses weaning sangat penting untuk dimulakan seawal umur 6 bulan.
Dari makanan bayi, barulah bayi dapat zat besi yang mencukupi.
Dah start makan ni, susu jangan dilupa pula. Naikkan jumlah makanan yang diberi dan mula kurangkan jumlah susu yang diberi sehingga usia anak cecah 2 tahun.
Yang terbaik kalau awak bagi anak makan dulu sebelum bagi susu. Kalau bagi susu dulu, baby jadi kenyang dan kurang minat nak makan.
Boleh buat banyak-banyak puri ni dan simpan sehingga 2-3 bulan di dalam freezer.
Boleh guna resipi ni secara bergilir sampai baby membesar jadi sihat dan kuat.
Puri Lobak Merah dan Labu
Bahan-bahan:
• 50 g labu
• 1/2 batang lobak merah ( saiz sederhana )
Cara memasak:
1. Labu dan lobak merah dipotong dadu.
2. Masukkan lobak merah ke dalam periuk dan renehkan selama 10 minit atau sehingga lembut.
3. Kemudian, masukkan labu yang telah dipotong dadu, dan reneh selama 2-3 minit atau sehingga labu menjadi lembut lembut. Gigih tak?
4. Masukkan labu dan lobak merah ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga sebati.
Puri Keledek dan Bunga Kubis
Bahan-bahan:
1 biji keledek ( saiz sederhana )
50 g bunga kubis
Cara memasak:
Keledek dibuang kulit dan dipotong dadu.
Bersihkan bunga kubis dan potong kecil.
Stim labu dan bunga kubis selama 10 minit atau sehingga lembut.
Masukkan labu dan bunga kubis ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga sebati.
* boleh gunakan semula air yang digunakan untuk stim
Ads
* air juga boleh diganti dengan stok ayam atau daging
Saiz hidangan : 2-3 hidangan
Usia : Sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas.
Puri Keledek dan Labu
Bahan-bahan:
1 biji keledek ( saiz sederhana )
50 gram labu
Cara memasak:
Labu dan keledek dibuang kulit dan dipotong dadu.
Stim labu dan keledek yang telah dipotong dadu selama 10 minit atau sehingga lembut.
Masukkan labu dan keledek ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga sebati.
* boleh gunakan semula air yang digunakan untuk stim
* air juga boleh diganti dengan stok ayam atau daging
Saiz hidangan : 3-4 hidangan
Usia : Sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas
Puri Lobak Merah dan Kentang
Bahan-bahan:
1 biji kentang ( saiz sederhana )
1 batang lobak merah saiz sederhana
Cara memasak:
Lobak merah dan kentang dibersih dan dipotong dadu.
Rebus lobak merah dan kentang yang telah dipotong dadu selama 10 minit atau sehingga lembut.
Masukkan lobak merah dan kentang ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga sebati.
* boleh gunakan semula air yang digunakan untuk rebusan
* air juga boleh diganti dengan stok ayam atau daging
Ads
Saiz hidangan : 2-3 hidangan
Usia : Sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas
Puri Kentang dan Kubis Bunga
Bahan-bahan:
2 biji kentang ( saiz sederhana )
50 gram kubis bunga
Cara memasak:
Kentang dibuang kulit dan dipotong dadu.
Bersihkan kubis bunga dan potong kecil.
Masukkan kentang ke dalam periuk dan renehkan selama 10 minit atau sehingga lembut.
Kemudian, masukkan bunga kubis dan reneh selama 2-3 minit atau sehingga kubis bunga menjadi lembut.
Masukkan kentang dan kubis bunga ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar hingga sebati.
* boleh gunakan semula air yang digunakan untuk stim
* air juga boleh diganti dengan stok ayam atau daging
Saiz hidangan : 3-4 hidangan
Usia : Sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas
Puri Epal, Pic Kering dan Kurma
Bahan-bahan:
1 biji epal merah
4-5 pic kering
1 biji kurma
Cara memasak:
Potong dadu epal.
Hiris kasar kurma dan pic kering.
Masukkan semua bahan dalam periuk. Masukkan 4-6 sudu air.
Renehkan semua bahan selama 10 minit atau sehingga lembut.
Setelah lembut, kisar semua bahan hingga sebati di dalam mesin pengisar.
Saiz hidangan : 2-3 hidangan
Usia : Sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas
Ads
Puri Epal , Pir dan Kayu Manis
Bahan-bahan:
1 biji epal merah
1 biji pir hijau
Sebatang kayu manis
3-5 sudu air
Cara-cara memasak:
Potong dadu epal dan pir
Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
Tutup periuk dan renehkan selama 10 minit atau sehingga buah-buahan tadi lembut
Setelah lembut, keluarkan kayu manis dan kisar di dalam mesin pengisar sehingga sebati
Saiz hidangan : 2-3 hidangan
Usia : Sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas
Puri Pir dan Avocado
Bahan-bahan:
1biji pir hijau
1 biji avocado
Cara memasak:
Potong dadu pir dan renehkan dalam periuk selama 10 minit atau hingga pir jadi lembut.
Masukkan pir dan avocado yang didadu ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga sebati.
Saiz hidangan : 2-3 hidangan
Usia : Sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas
Puri Epal dan Pisang
Bahan-bahan:
1 biji epal merah
1 biji pisang ( saiz sederhana )
Cara memasak:
Potong dadu epal dan renehkan di dalam periuk selama 10 minit atau hingga buah-buahan tadi lembut.
Masukkan epal dan pisang yang telah dipotong-potong ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga sebati.
Saiz hidangan : 2-3 hidangan
Usia : Sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas
Puri Mangga dan Avocado
Bahan-bahan:
1 biji mangga ( saiz sederhana )
2 biji avocado
Cara-cara memasak:
Potong isi mangga dan avacado dan masukkan ke dalam mesin pengisar.
Kisarkan sampai sebati. Campurkan sedikit air atau susu ibu jika perlu untuk memudahkan proses pengisaran.
Masakan yang sedap mestilah cukup rasa semuanya. Kebanyakan daripada kita akan menggunakan serbuk perasa untuk beri rasa sedap. Sebenarnya ada lagi cara yang lebih berkhasiat untuk mama sediakan makanan untuk seisi keluarga.
Salah satu pilihan sihat yang boleh digunakan untuk beri kelazatan pada makanan adalah dengan menggunakan kulit tomato. Rasa asli semulajadinya ini lagi baik untuk kesihatan selain kaya dengan Vitamin C.
Perkongsian Roazura Bahari ini boleh mama cuba kerana kita tahu khasiat buah tomato ini memang sangat bagus.
Akhirnya tertunai juga untuk berkongsi serbuk perisa tambahan bagi sesiapa yang ingin menggunakannya dalam masakan.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua, menambah kesedapan dalam masakan lebih asli dan semulajadi.
Bahan utama:
Buah tomato secukupnya
Langkah membuatnya:
1) Belah 4 bahagian tau potong ‘X’ atas buah tomato
2) Kemudian masukkan dalam periuk dengan air mendidih
3) Biarkan sehingga kulit tomato sedikit terbuka kemudian angkat dan toskan.
4) Kupas kulit tomato tersebut, lapik kertas minyak atas dulang dan susun kulit tomato tersebut.
5) Bakar dalam oven atau air fryer sehingga kulit tomato kering.
6) Selepas itu, masukkan dalam blender kering dan kisar halus kulit tomato tersebut
7) Siap dijadikan serbuk perisa semulajadi
8) Bolehlah dimasukkan dalam masakan untuk menyedapkan lagi rasanya.
Selamat mencuba! Nak lagi mudah buat stok perasa semulajadi ni pada hari minggu. Serbuk perasa ni boleh dicampurkan dalam pelbagai jenis masakan seperti berkuah atau bergoreng. Dijamin sedap!
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Akhir-akhir ni banyak tengok menu baby yang orang share guna singo pear. Apa benda singo pear ni sebenarnya? Bagus ke buah ni?
Mungkin ramai yang kenal dengan buah lai. Tapi tak ramai yang kenal dengan Singo Pear yang juga dikenali sebagai Golden Pear atau Korean Pear. Akhir-akhir ini, makin ramai ibu-ibu yang telah berkongsikan keberkesanan singo pear dalam membantu bayi yang batuk dan sembelit.
Jadi, jom kenali buah singo pear ini dengan lebih rapat dan kenapa buah ini mesti ada dalam senarai stok makanan bayi anda!
🖐5 Sebab Mak-mak Mesti ‘Standby’ Stok Singo Pear Untuk Bayi.
Banyak Khasiat Singo Pear
✅Ia Mudah Didapati
Pertama sekali, janganlah risau nak cari singo pear ini sebab ia boleh didapati di kebanyakan pasar raya utama macam Aeon, Giant, Tesco, Jaya Grocer, dan sebagainya.
Harganya pula berpatutan memandangkan khasiatnya juga banyak, iaitu sekitar RM4-RM5 sebiji. Bergantung juga kalau ada promosi dapatlah harga yang murah sikit.
✅ Elok Untuk Batuk Berkahak
Singo Pear memiliki kandungan Vitamin C dan Vitamin K serta copper yang penting untuk meningkatkan pertahanan tubuh.
✅Buah ini juga dikatakan mampu membantu melegakan batuk berkahak kerana ia mengandungi air yang banyak. Secara tak langsung, ia membantu lendiran kahak untuk keluar melalui najis.
Menurut sumber, para tabib Cina selalu mengesyorkan buah ini sebagai salah satu alternatif untuk mempercepatkan penyembuhan.
Memandangkan anak bawah 2 tahun tak sesuai memakan ubat batuk (kecuali yang disarankan atas sebab tertentu), jadi bolehlah kita cuba singo pear ini.
✅ Membantu Atasi Sembelit
Oleh kerana kandungan seratnya tinggi, ramai mak-mak dah cuba memberi Singo Pear untuk melancarkan pembuangan najis bayi. Memang ideal diberikan kalau bayi sering sembelit dan dah tak membuang sampai 2-3 hari!
✅Menurunkan Demam
Buah ini juga boleh membantu menurunkan demam kerana ia bersifat sejuk. Selain itu, ia juga dipercayai dapat meringankan gejala penyakit seperti sakit kepala.
✅Alergi Yang Sangat Minima
Jika dibandingkan dengan jenis buah lainnya, Singo Pear ini memiliki risiko alergi yang jauh lebih sedikit berbanding buah-buahan lain.
Nasi impit antara yang menjadi pilihan untuk dihidangkan bersama dengan kuah kacang, rendang atau masak kuah lodeh. Tiap kali musim perayaan, menu ini pasti akan masuk dalam senarai juadah utama.
Bagaimanapun, sekarang ni nak makan nasi impit bila-bila masa pun boleh ikut selera masing-masing. Cuma yang agak keberatan sikit untuk menyediakannya sebab proses merebus mengambil masa lama serta melibatkan penggunaan gas yang banyak. Orang kata nak tu sekejap je!
Bagi ibu-ibu yang nak jimat gas atau elektrik semasa merebus nasi impit, ini petua yang sangat membantu. Ringkas saja tapi kira berbaloi.
Gambar Hiasan
Perkongsian Yuhafiqah Mohd Yunus melalui MAHN boleh dicuba ketika hendak merebus nasi impit. Kaedah ini lagi mudah dan jimat.
Petua rebus nasi impit jimat gas dan jimat elektrik
Cara-caranya:
1) Rebus air sampai mendidih lepas tu masukkan nasi impit
2) Masak selama 10 minit lepas tu tutup api
3) Biarkan nasi impit dalam periuk dan tutup dengan penutup biarkan terendam selama 30 minit
4) Lepas 30 minit buka balik api selama 5 ke 10 minit ikut keadaan nasi impit tu
* Petua ni tak sesuai untuk orang yang ada pressure cooker ya. Saya buat macam ni sebab tak ada pressure cooker.
* Jika nasi impit itu banyak, guna periuk yang saiznya lebih besar.
Jadi untuk yang dah ada perancangan untuk buat menu berasaskan nasi impit selepas ini, boleh guna versi jimat jimat elektrik dan gas ini. Sebab kalau pakai periuk nasi pun lama jugakan kena rebus. Selamat mencuba!
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.