Cutlet Fish yang dijadikan finger food anak diperbuat daripada ikan dan sayur-sayuran. Bila anak dah boleh makan makanan pepejal, jangan lupa perkenalkan ikan pada anak. Seawal usia 8 bulan ibu boleh mula masukkan ikan kedalam menu anak. Selain mampu meningkatkan tahap kecerdasan, kandungan DHA dan juga omega-3 pada ikan bermanfaat untuk meningkatkan daya fokus dan kreativiti anak.

Kalau mama buntu nak sediakan makanan berasaskan ikan, mama boleh ikuti resipi yang dikongsi oleh Puan Aza Razif, iaitu Cutlet Fish atau Jejari Ikan.

Fish cutlet ini boleh dijadikan finger food atau makanan jejari dan boleh juga dimakan dengan nasi  atau bubur. Berikut ialah resipinya;

Fish Cutlet

BAHAN YANG DIPERLUKAN

Cutlet Fish, Finger Food Berasaskan Ikan Untuk Bagus Untuk Otak Anak. Resipi Mudah, Sarat Dengan DHA

  • Isi Ikan (sy guna ikan merah)
  • Ubi kentang
  • Lobak merah
  • Brokoli
  • Bawang merah
  • Serbuk bilis
  • Serbuk kari
  • Telur
  • Tepung gandum unbleached
  • Tepung jagung
  • Garlic powder
  • Serbuk kunyit

LANGKAH PENYEDIAAN

IKLAN
  • Rebus isi ikan.
  • Bawang merah dicincang halus.
  • Kentang, lobak merah & brokoli di steam sehingga lembut (boleh guna apa-apa sayur favourite anak).
  • Campurkn semua bahan-bahan dalam bekas dan hancur lumatkan (mash) semua sekali.

Cutlet Fish, Finger Food Berasaskan Ikan Untuk Bagus Untuk Otak Anak. Resipi Mudah, Sarat Dengan DHA

  • Masukkan serbuk bilis, serbuk kari & garlic powder, gaul semua skli smpai sebati.
  • Bentukkan fish cutlet tadi ( jgn terlalu tebal / terlalu leper, ikut kesesuaian / mudah utk baby pegang).

Cutlet Fish, Finger Food Berasaskan Ikan Untuk Bagus Untuk Otak Anak. Resipi Mudah, Sarat Dengan DHA

  • Campurkan tepung gandum, tepung jagung, garlic powder & sedikit serbuk kunyit.

Cutlet Fish, Finger Food Berasaskan Ikan Untuk Bagus Untuk Otak Anak. Resipi Mudah, Sarat Dengan DHA

  • Pukul telur dan celupkan fish cutlet td sehingga rata.
  • Salutkan fish cutlet dgn tepung dan goreng sehingga keperangan, dh siap!

Cutlet Fish, Finger Food Berasaskan Ikan Untuk Bagus Untuk Otak Anak. Resipi Mudah, Sarat Dengan DHA

IKLAN

-Isi ikan boleh digantikan dengan apa-apa sahaja yang sesuai. Boleh digantikan dengan ayam/ daging / udang.

-Ibu-ibu boleh adjust guna barang-barang yang ada di rumah / boleh alter letak apa-apa bahan lain lagi.

-Boleh buat banyak-banyak & disejuk beku (frozen).

IKLAN

Sumber: Puan Aza Razif

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!

Jom daftar sekarang, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

Cutlet Fish, Finger Food Berasaskan Ikan Untuk Bagus Untuk Otak Anak. Resipi Mudah, Sarat Dengan DHA

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI