“10 Tahun Diuji Tanpa Zuriat, Ramai Cadangkan Kahwin Lagi, Tapi Saya Pegang Janji..”- Adam Corrie

Share

Pelakon Adam Corrie Lee terbuka untuk berkongsi pandangan mengenai isu poligami dan dugaan rumah tangganya sepanjang mendirikan rumah tangga selama lebih 10 tahun.

Kata Adam, sepanjang diuji dengan ketiadaan zuriat, ada antara individu di sekeliling yang mencadangkannya untuk berpoligami.

“Dugaan rumahtangga mmg banyak. Tempuhilah dengan berlapang dada.

“Ada ketikanya dulu, kami diuji dgn tiada zuriat. Ramai yang cadangkan saya berkahwin lagi.

Tapi saya kata, buat apa saya kahwin lagi hanya nakkan zuriat.

“Kebahagian rumahtangga bukan terletak pada adanya zuriat. Tapi pada diri kita. Bagaimana kita saling membahagiakan diri dan isteri.

“Alhamdulilah selepas 10 tahun melayari rumahtangga. Allah anugerahkan zuriat juga iaitu @adamfatehlee. Sabar .. usaha.. doa,” tulisnya menerusi entri di Instagram.
Adam turut menasihati segelintir individu agar tidak menjadikan perkahwinan kerana nafsu semata-mata.

“Jagalah isteri dan anak sebagai anugerah dan amanah yang Allah berikan pada kita sebagai seorang khalifah keluarga.

“Betulkan niat berkahwin kerana Allah. Bukan kerana makhluk dan nafsu. Jadikan perkahwinan jambatan ke syurga. Redha Allah yang kita minta,” tambahnya.

Perkongsian Adam itu menyentuh hati peminatnya yang turut mendoakan kesejahteraannya bersama keluarga.

Sumber: ig adamcorrielee

 

IKLAN