Silibus tahun satu anak-anak sekarang ini sangat mencabar kerana sudah pun diajar topik wang, pecahan dan ruang. Jadi nak tak nak, ibu bapa perlu mempersiapkan mental anak supaya bersedia dan sekurang-kurangnya boleh menguasai konsep asas matematik.

Tambah pula anak-anak di usia 5 dan 6 tahun sebelum ini dah lama tak kelas bersemuka dengan guru. Jadi ia agak terhad untuk anak lebih memahaminya. Walaupun sekolah untuk anak-anak tadika dah dibuka semula, masih ada kebimbangan untuk menghantar.

Nak Anak Cekap Asas Matematik Sebelum Darjah 1, DIY Papan Pelangi Tambah Tolak

Sebagai alternatif, ibu bapa boleh cuba mantapkan penguasaan konsep asas matematik sejak peringkat awal lagi dengan cara ini. Ini salah satu yang boleh menarik minat anak. Bukan apa jika anak dah boleh faham konsep tambah dan tolak ini, anak taklah ketinggalan untuk jawab soalan bila masuk tahun satu.

Berikut dikongsikan idea daripada Puan Hanis Athirah Rusli yang mengajar anaknya asas matematik dengan kaedah Papan Pelangi.

Papan Pelangi Tambah Tolak

Jadi ibu ni selalu nak cepat kan? Kalau boleh buat sekaligus, redah je asal cepat. Macam penyediaan bahan bantu belajar anak juga. Anis mempunyai anak yang mempunyai umur dan tahap berbeza.

Nak Anak Cekap Asas Matematik Sebelum Darjah 1, DIY Papan Pelangi Tambah Tolak

Kadang tu untuk nak jimatkan masa dan tenaga hasilkan satu bahan bantu mengajar mereka ni yang mempunyai alternatif pilihan objektif.

Nak Anak Cekap Asas Matematik Sebelum Darjah 1, DIY Papan Pelangi Tambah Tolak

Contohnya, aktiviti Papan Pelangi ni. Boleh digunakan untuk Afraz belajar tambah dan Ahza juga dalam belajar operasi tolak. Senang sekaligus kan?

Jom buat Papan Pelangi ni. Seronok sangat bila anak dapat belajar banyak perkara dalam satu masa. Santai-santai sambil main saja.

@ideahomeschoolReply to @nurulhaziatulmunira Cuba buat ni, senang boleh belajar tambah tolak sekaligus yeay ##homeschoolmalaysia ##pdpr ##pdpr2021 ##belajardarirumah♬ You Know I Go Get – Rizky Ayuba

Kelebihan Papan Pelangi
1️⃣Belajar Tambah 1 nombor
2️⃣Belajar Tolak 1 nombor
3️⃣Belajar Tambah 10 nombor
4️⃣Belajar Tolak 10 Nombor
5️⃣Belajar Turutan Nombor Sebelum dan Selepas
6️⃣Belajar Membilang Nombor
7️⃣Belajar Ketepatan dan Fokus

Nak Anak Cekap Asas Matematik Sebelum Darjah 1, DIY Papan Pelangi Tambah Tolak

Dan banyak lagi. Jemputlah buat, guna kotak terpakai dengan tampera colour je.

Nampak menarik kan? Sambil santai-santai duduk rumah dan bermain dengan anak dapat juga anak belajar. Konsepnya jangan paksa, sebab matematik ini perlu enjoy. Baru anak mudah faham dan terus minat.

Kredit: Hanis Athirah Rusli

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Bagaimana caranya untuk kita pastikan hanya yang terbaik untuk anak-anak? Ayuh, sempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS 2021) sama-sama kita pelajari cara menjadi SUPERHERO anak dengan menyertai webinar Detik Indah Si Manja

Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

Nak Anak Cekap Asas Matematik Sebelum Darjah 1, DIY Papan Pelangi Tambah Tolak

Mama jom rileks jap, klik link ni!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI