“10 tahun menanti… jangan risau bang, anak abang akan selamat.” Itulah antara kata-kata penuh sebak seorang lelaki yang menjadi saksi dan pembantu dalam tragedi kemalangan di Plaza Tol Bukit Kajang yang mengorbankan seorang bayi lelaki berusia setahun baru-baru ini.
Kisah menyayat hati ini bukan sahaja mengejutkan ramai, malah mengundang air mata netizen apabila mengetahui bayi berkenaan adalah cahaya mata pertama yang ditunggu-tunggu pasangan itu hampir sedekad.
Momen Sebak Di Lokasi Kejadian
Seorang individu dikenali sebagai Ridhwan Mohamad berkongsi pengalamannya di TikTok. Dia berada di lokasi kejadian dan sempat membantu si ibu serta keluarga mangsa dalam detik penuh kecemasan itu.
“Aku tolong akak itu untuk bercakap dengan suami dia yang berkali-kali bertanyakan keadaan anak. Sampailah akhirnya aku maklumkan juga yang anak mereka dah tak ada. Bila aku bagitahu ja, mereka meraung weh,” luahnya penuh sebak.
Ads
Malah, ketika ambulans tiba, si ibu berkali-kali merayu ingin melihat anaknya. Nenek bayi itu turut memberitahu bahawa mereka sudah menunggu hampir 10 tahun untuk menimang cahaya mata pertama ini.
Bagi pasangan yang menanti zuriat bertahun-tahun, setiap detik bersama anak adalah doa yang termakbul. Kehilangan anak yang ditunggu hampir satu dekad pastinya meninggalkan luka yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Peristiwa tragis ini menjadi ujian amat berat untuk mereka sekeluarga. Namun di sebalik tangisan dan kesedihan, ramai warganet menitipkan doa agar bayi kecil itu ditempatkan bersama anak-anak syurga dan keluarga ini diberi ketabahan luar biasa.
Anak Adalah Pinjaman Terindah
Buat kita semua, kisah ini menjadi peringatan besar bahawa anak adalah pinjaman paling berharga daripada Allah. Kehadiran mereka adalah doa yang dikabulkan, dan kehilangan mereka pula adalah ujian yang menuntut kesabaran serta reda.
Ads
Sebagai ibu bapa, hargailah setiap momen bersama anak-anak – dari tangisan kecil, senyuman manis hingga telatah yang menguji kesabaran. Kita tidak pernah tahu berapa lama Allah meminjamkan mereka untuk kita.
Semoga keluarga mangsa terus kuat menghadapi ujian besar ini. Dalam masa sama, semoga kisah ini membuka mata kita semua untuk lebih menghargai kehidupan, menjaga keselamatan di jalan raya, dan tidak lupa mendoakan kesejahteraan anak-anak syurga yang pergi terlebih dahulu.
Imam muda dan anak perempuan maut kemalangan, 4WD dinaiki terbabas dalam gaung. Seorang imam muda bersama anak perempuannya maut selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux yang dinaiki lima sekeluarga terbabas lalu terjunam ke dalam gaung di Jalan Labis-Segamat berhampiran Kampung Kwongsai, petang semalam.
Mangsa dikenali sebagai Mohd Fitri Md Said, 38, yang juga imam muda di Masjid Nurul Falah, Felda Redong, dan anak perempuannya Nurin Insyirah, meninggal dunia di tempat kejadian selepas dipercayai tersepit di bawah kenderaan yang terbalik.
Menurut pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat, kejadian dimaklumkan kepada mereka sekitar jam 6.47 petang, dan sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat segera digerakkan ke lokasi.
Komander Operasi, Zainal Abidin Che Deraman memaklumkan bahawa lima individu berada dalam kenderaan terbabit ketika kejadian berlaku, namun tiga daripada mereka berjaya menyelamatkan diri sebelum pasukan penyelamat tiba.
“Dua mangsa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak, didapati tersepit di bawah kenderaan yang dipercayai terbabas dan terbalik ke dalam gaung. Pasukan kami menggunakan peralatan hidraulik bagi menstabilkan dan mengangkat kenderaan untuk mengeluarkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.
Mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas perubatan dan mayat mereka diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, isteri mangsa serta dua lagi anak mereka yang cedera telah dibawa ke Hospital Segamat untuk menerima rawatan.
Mak-mak pastinya buntu dan pening kepala memikirkan apa menu untuk dibawa ke jamuan sekolah anak sebelum cuti sekolah ini. Nak masak apa? Idea ringkas dan mudah pastinya jadi pilihan ibu bekerjaya.
Idea jagung rebus dengan susu yang dibungkuskan dalam bekas kecil ini mungkin memberi idea kepada ibu-ibu. Jom cuba perkongsian Pn Sunita Sabtu.
Jamuan anak di kelas kafa petang ni. Kita buat jagung susu letak siap-siap dalam bekas bagi sorang satu. Senang!
Isi jagung
Susu pekat
Sedikit mentega
Kukus isi jagung hingga lembut.
Masukkan ke dalam bekas bersama dan campurkan bersama sedikit mentega atau marjerin.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Pemergian yang mengejutkan namun seorang ibu, Syahierah Zainal reda pemergian anak keduanya yang disahkan mengalami jangkitan kuman.
Menerusi perkongsiannya di Facebook, dia dan suami sempat meluangkan masa bersama bayi mereka pada hujung minggu dengan melakukan rutin harian serta mendodoikannya sehingga tertidur.
Apa yang membuatkan dia amat terkejut kerana bayinya itu tidak menunjukkan sebarang simptom sedang sakit malah ceria dan sihat seperti biasa sebelum disedari sudah membiru serta tidak sedarkan diri.
Memulakan perkongsian awalmya, ujar ibu ini sekitar jam 11 malam, suaminya melihat bayi mereka seakan tidak bergerak dan badannya nampak biru sebelum cuba mengangkatnya yang sudah lembik.
Disebabkan panik, Syahierah telah meminta bantuan jiran-jiran dan segera membawa bayinya yang berusia 7 bulan ke klinik berhampiran.
Tanpa disangka, dalam masa sejam sahaja, anak keduanya itu disahkan sudah tiada tanpa menunjukkan sebarang simptom.
“Sabtu ahad kita luang masa sama-sama, Ahad tu kita tangkap gambar, kita main, baik sangat awak. Kita balik rumah lepas maghrib papa mandikan awak, mama siapkn main-main dengan awak. Jam 8++ pm mintak papa tidurkan rapi awak mengamok tak nak tido dgn papa.
9++pm mama datang pujuk dodoi2, awak tertido macam biasa. Last mama tinjau awak tido dekat tempat yg sama. Mama keluar bilik duduk depan dengan abang.
10++ -11 pm papa masuk bilik nak tidokan abang, papa nampak awak kt tempat yg sama last mama tgk awak tido, papa nampak awak dh tak begerak, badan awak dh biru. Papa agkat awak dh lembek, papa jerit “ma anak dh biru!” mama mcm nk gila mintak tolong jiran2.
11:20 bawak ke klinik terdekat, doc sahkan awak dh takde😔 gelap dunia mama. Dalam sejam je Allah amek awak, awak pergi macam tu je. Sekelip mata. Mama takde dengar pun awak nangis, sikit pun awak tak tunjuk apa2 simptom. Sakit sangat mama nk terima nak. Mama salahkan diri mama sebab mama last yg tidokan awak. Mama pikir awak tersedak susu/lemas sebab mama. Mama rasa brsalah sangat.
Ramai datang teman awak sekali malam tu, tunggu sampai 4am polis datang, 5am kita sampai kt bilik jenazah forensik. Mama kena balik tinggalkn awak dekat forensik. 8:30am io call mintak datang ke forensik, Awak kena postmortem sebab nak tahu punca kematian.
Mama tak izinkn, mama taknak awak kena belah. Mama tak sanggup nak tengok awak sakit lagi.. tapi doc n io berkeras, akhirnya mama terpaksa akur. Io amek statment dr mama papa.
9:40am awak start postmortem, doc cakap 3-4jam je, tapi lama mama tunggu awak nak, 3pm baru selesai. Result postmortem keluar, doc explain satu2. Doc cakap awak bukan pergi sebab lemas/tersedak susu, takde pun tanda2 tu. Tapi doc jumpa benda pelik dalam badan awak.
Bukan tersedak susu tapi jangkitan kuman
Rupanya awak kena infection nak, limpa, usus, perut awak penuh dengan kuman, infection. Awak pergi mungkin disebabkan infection tu. mama tak sangka sangat sebab awak sihat, awak gemok, ceria, awak kuat senyum, langsung takde tanda2 awak sakit.
Awak tak demam, batuk or apa, najis awak pn ok. Tapi doc tak dapat detect kuman tu dr mana, kuman apa or bila kuman tu dah ada. Tak tahu punca datang dari mana. Doc kata kes ni rare, sampel kuman dihantar ke lab, 3-4 bulan baru tahu final result. Dalam surat kematian awak, punca kematian “PENDING ANYLYSIS”
Bila dengar, mama rasa lega awak pergi tak terseksa. Awak pergi masa tidur, dalam diam tanpa rasa sakit. Awak betul2 taknak susahkn mama papa. Tak nak bagi mama papa tengok awak pergi. Rasa bersalah mama hilang bila tahu awak bukan lemas, tapi mama terkejut sebab awak memang tak sakit nak.
Postmortem dah selesai doc cakap dah boleh amek jenazah Naura untuk mandi. Papa n atok tak bagi mama tengok sebab dorang takot mama tak boleh terima kadaan jasad awak yang dah dibedah, dorang takot mama pitam lagi.
Tapi mama berkeras, walau macam mana kadaan awak masa tu takpe, mama redho. Mama nak mandikan awak buat kali terakhir.
Tapi bila tengok jasad awak, mashaAllah cantiknya awak sayang, sempurna jahitan postmortem awak, muka awak macam awak tengah tidur, jasad awak macam biasa mama papa selalu mandikn, cuma kali ni mama papa mandikan dalam kadaan awak dah tak bernyawa.
Mama papa kafankan awak, mama papa sempurna fardhu kifayah yang terakhir untuk awak. Mama cium awak buat kali terakhir, wangi sangat awak, bersih suci muka awak, anak syurga.
Kami hantar awak sampai ke negeri abadi awak sayang. Mama cuba sebaik mungkin sempurnakan amanah mama ni.
7 bulan je Allah pinjamkan awak untuk mama, mama tak puas lagi gomol awak, perit sangat mama nak terima tapi Mama redho, mama dah lepaskan awak, mama dah terima qada’ qadar Allah.
Awak dah bermain-main dengan kawan-kawan kat syurga💕. Lega bila Mama tahu awak bahagia dekat sana. Doakan mama kuat ye sayang, kat sana nanti tarik mama papa abang ya. Awak selalu ada dalam hati mamapapa, abang Noah. Selamat jalan wildan syurga”.
Kelahiran cahaya mata adalah detik paling membahagiakan buat seorang wanita. Namun di sebalik kegembiraan itu, ibu tetap berdepan dengan risiko kesihatan serius sekiranya tidak diberikan pemantauan yang rapi.